Wednesday, October 1, 2014

Vibrator

Hai.

Attention, this is not a porn-like post or blog. Kau jangan kang aku kena lari luar negara pulak (US contohnya) tetiba polis carik kang.
....

Haritu aku tengah duduk duduk kat sofa, adik adik kembar masa tu tengok main Magic School Bus kat laptop, yang tiada tetikus. Ke tengah stalk mamat pengawas mana tah tak ingat la diorang buat apa time tu. Tiba tiba terdengar diorang berborak;

"Akak kena guna vibrator la." *sambil ketawa*

WHATTTTTT mana adik aku belajar benda tu? Mana aku pulak belajar benda tu? Nanti aku cerita. Kehkeh.

So aku pun tanya balik.

"Adik, adik tau ke vibrator tu maksud dia apa?"

"Mouse kan?" (mouse as in tetikus)

"Hoi vibrator tu bukan mouse laaaaaa. Vibrator tu bla bla bla bla bla" (sila google sendiri sebagaimana aku google dahulu). "Kat mana adik tau perkataan tu?"

"Kat instagram faizdickie kan ada video yang pasal mouse boleh scan scan tu."

"Adik ni lain kali taktau maksud tengok la kamus dulu, ni tak main sebut je tah pape. Kalau sebut depan orang lain buat malu je. -.-"


Okay nak elakan orang salah sangka, aku copy jugaklah caption nya;

" Heaaa kau jangan ingat produk ni rekaan minda abang sahaja ok! Ia memang wujud tau! Namanya MyScan! Haha Teruja abang dok main benda ni. Serious abang cakap, kalaulah benda ni abang dapat masa diploma and degree dulu kan senang, tak payah nak gi scan or taip balik nota semua, just scan je guna mouse ni. Yang paling teruja, benda yang kau scan tu leh transform jadi words plak tu! Yelah selalu kalau kau scan satu document, dia akan jadi jpeg or pdf kan? Tapi kalau kau scan guna mouse MyScan ni, document korang boleh ditansform masuk dalam words! Haaa those yang selalu kena taip nota or suka snap gambar buat kolaj patut beli benda ni. Seriously berguna! Anyways kalau korang berminat nak beli MyScan ni, kau leh usha IG @andy_abdullah @andy_abdullah@andy_abdullah or call dia di 012-7187276 or emel di andymyscan@gmail.com! Gi usha ig dia, dia ada post cara guna MyScan ni ha! "

Hahahahdoihhh ni lah payahnya bila budak tak cukup umur teringin nak berinstagram jugakkkkk. Tapi diorang video ni tengok guna instagram mak lah. Pastu aku citer kat mak, dah tak memasal kean explain pulak vibrator tu ape jadahnya. -.-

Anyway, aku tau maksud vibrator tu dari cerita orang putih okay. "Aliens in America Season 1 Episode 17." Okay dah la sila lah google. 

Okay nak tengok movie lah. byebye.


Monday, September 22, 2014

Random nombor i dont know i lost count okay malas nak check sebenarnya

hello.

so cerita pomen dekat facebook ni dah jadi viral nak dekat seminggu ke dua minggu and aku sekarang baru nak bukak sebab busy. Busy apa? Busy main minion rush puaka tu la harom betul asal update habis memory phone aku tu.

Anyway, aku tak tertarik sangat pun dengan cerita tu sebab rasanya bukan cerita sebenar, sekadar renungan. Eh tapi taktau la kot cerita betul. Aku just tertarik kat ayat last dia tu je ;

 Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah. Kita saja yang selalu salah buat pilihan.

Bak kata pepatah famous omputih, dont be sad its over, be glad it happened. gittew hihi. at least i've learnt something. i guess. 

One thing for sure, things have gotten a lot better now. God took one person off my life and sent me another 10 crazy happening funny understanding positive gila gila pengantin remaja (not literally 10 person) to cheer me up. Hihi.

Dah la ngantuk nak tidoq. (hakikatnya aku baru lepas bukak satu tab lain). I love you you you you you you and you and you and you and you. (family, friends, you <3>

Hikhik byebye.



Thursday, September 11, 2014

Kerja

Hello.

So, after a looooong wait, I finally got a congratulations you are selected kinda call. Not that I didnt get any call like that before, tapi.....yang dapat dulu tu jenis multilevel punya marketing....so call tu takleh pakai. Jadah nak join MLM siap kena gi interview. Pastu interview standard ceramah MLM makan free lah, Cakap pasal duit, cakap pasal flight pergi overseas bla bla bla bla bla. I'll make another post for that interview. 

So tempat yang pergi interview semalam, company tu dekat dengan rumah, boleh jalan kaki sajorh cuma penat kena turun naik jejantas. Hehehe. 

The interview went well Alhamdulillah (though i had to wait for an hour +), Sebelum pergi nasib baik sempat google "service desk engineer interview question" (harus letak engineer konon nak nampak gah walaupun hakikatnya kerja macam masa intern dahulu kala). So soalan spot yang gua baca, bebetul dia tanyaaaaa nasib baik google!

1) what is a bluescreen death and how do you trouble shoot the computer in such situation? [source]

[source]


Kau fikir masa aku intern aku buat kerja kerja ni? Masa belajar lagi lah idok. Tapi berdasarkan kefahaman gua dari google, Alhamdulillah boleh jawab. Tah betul ke idok jawapan tah le dia angguk je. Tehehe.

Tu je la yang bocor. Soalan paling takleh bla "i am born blind. How can you describe the color blue to me?"

Ah sudah. Cakap macam skies, buta dari lahir pulak. Tah macam mana idea datang nak jawab "i'd relate the color to feelings."

"what kind of feeling?"

"gloomy, down. cause people usually relates the color blue with things like that. Monday blues, blues jeans and etc etc etc. " (i did say blues jeans and i dont know why HAHA. tapi tak lancar macam mana gua type lah. Jenis gugup memang camni. hikhik)

"Good answer. You nailed it."

Me , Yeayyyy dalam hati.

Besok tu dapat call "Hello Syarifah, congratulations you are selected to bla bla bla." Letak call terus melompat jerit peluk umi kite. hehehe. Berkat doa and perintah umi suruh buat solat hajat segala sebelum gi interview. Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhhhh for all those failed interview before.

Gua dah pikir ni kalau dah 3 bulan menganggur dah pikir nak mintak kerja kat bakery kat rumah ni je haaa. hihihi.

Tapi join MLM MEMANG TAK LAH OMG DAH DUA KALI KENA NAK JADI APA INIIIII.

okay dah bye. hikhik.

Friday, September 5, 2014

Laptop

Hai.

So akhirnya laptop dah diformat. FINALLY. Selepas satu demi satu pertangguhan berlaku. YEAY. Finally I can happily write again. I have loads of things to write. With or without internet connection, i am still gonna write. I dont know why I just love writing.

And most important, boleh tengok movie dengan screen resolution yang betul. Yeay. hehehe. 

Thursday, August 21, 2014

Beraya di Laman Seni, Shah Alam.

Hai.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin guys and gals. Ceywah lempang kang. Awkward pulak nak type blogpost dah lama tak type. So anyway, raya tahun ni walaupun tak pergi mana mana sangat sebab dekat rumah mak jaga kakak yang sedang berpantang, tetapi tidak dinafikan ia tetap meriah. Okay ni kalau cikgu BM (mak sendiri) check ni memang fail ni.

So hari Jumaat haritu aku pergi ke Kolej X kesayangan untuk hantar report, check in hari Jumaat, check out hari Ahad. Mampu kau check in check out macam hotel? Free kot. Hehehe. Konon konon nya nak konvoi raya lah, tapi sebab semua orang macam busy, jadi kami membuat keputusan untuk ke Laman Seni, Seksyen 7 Shah Alam. Lepas beraya dua buah rumah. (sebab hujan, nak tangkap gambar takleh, so yeah. hehehe)

Handphone baru oi. Tapi cam camera lama jek. kakaka bye.


L to R : kak Tyra, kak Muinah, Kak Zahidah, Miss Kaliza, Puan Khodijah, Me, Hasnah.

Tu masa nak hantaq report. Besoknya pergi raya rumah Hasnah Kasiran kejap. Last minute katanya, dah kat simpang baru kata nak datang raya. Tapi takpe lar, sedap jugak teh o panas minum time hujan hujan. Kira pass la ni orang nak masuk meminang dah pandai buat teh. Tehehe (promote kawan).

Me and parhaton. Ada gambar lain tapi random picked je yang masuk dalam Google Drive, tengok2 ada satu je. 
Dari rumah Hasnah ingatkan nak raya rumah Mya, sekali si Mya balik kampung pulak. Dah tu tanya kampung kat mana dia macam risau "kau nak raya rumah nenek aku ke?". Hmmmm fine mya fine. Sila belanja chicken chop sedap kat murni. hihihi. So lepastu call la Rabi, nasib baik ada kat ghumahhhh. Yeayyy kalau tak sedih je nak raya semua orang kata takde kat rumah. sobs sobs.

L to R : Me, Rabiatul, Parhaton, Hasnah, Eija. 

Fountain dah takdok, takpe, gambar mesti diambil. (kaitan sangat)

Candid. Pandai kite tangkap gambar :')
Dari rumah Rabi baru pergi ke Laman Seni Shah Alam. Rupanya Rabi kata ada dua, yang lama kat Seksyen 2, and yang baru kat Seksyen 7. Kitorang pergi seksyen 7 dulu sebab dekat dengan rumah Rabi. Pastu baru plan nak pergi Seksyen 2.

Gotta admit, i went overexcited seeing all those creative arts and paintings. Terus tangkap gambar poyo poyo. Mengaku gedik ni mengaku. Beberapa orang jugak la cakap camtu. Bhahaha.




As-solattu khairum minal facebook ya habibi ya maulana.




Hippo tu yang tiru kittew!

Alices in Wonderland.





Beatles tak jadik. 

Dah boleh jadi models visit-my-ig! dah ni. hikhik

Ada orang cakap time gambar ni je kittew kurus. Kalau camtu forever gua pose camni je lah. kehkeh.


Hyper muslimahs are hyper. tehehe

The only group photo of 5 we had. sobs sobs. 

Bawa~ daku pergi.

Takleh solat duduk luar masjid je. 

Next time datang kena bawak dadu nih. 

"Ngaaaaa :O"


Lompat tak jadik.


Look how diva i looked like in this photo. bhahaha muntah.

Okay sebenarnya banyak lagi gambar lain. Tapi masa mencemburui daku (tiru), so silalah pergi ke Laman Seni seksyen 7 Shah Alam tau tau tau. Lepas ni nak pergi kat Seksyen 2 pulak lah. Hehehe. Oh lupa nak cakap ada satu tempat kitorang tak dapat tangkap, kat gambar cermin pecah pecah sebaba da sekumpulan amois tak reti reti nak habis bergambar. Lagi satu dekat gambar payung warna warni. Sebab ada pekerja pekerja kedai lepak betul betul sebelah payung2 tu so macam segan lah kan nak posing. Benci dong ah.

Okay bye! 


Friday, July 25, 2014

Day 5 Week 16 - Thank You

Hai.

This will be posted right after I finished my internship on 25th July which is tomorrow. I would like to thank everyone here, especially the IT team, H, J and Boss H. Oh not to forget the previous IT Team, K and N. I've learnt a lot thank youuu.
To Kak Z, thank you for being my zohor and asar prayer mate. Haaha. We always went to the surau at the same time, unplanned. Today will be the last day we pray together (not literally together, not berjemaah haaha). If you happen to google your own name, I hope google will lead you to this blog. I'm sure you'll remember me (hopefully) tehehe :) 

To Kak H, who gave many advices, about halal foods, about how should i find jobs, the one who pat me on my back when i said i was going for an interview, thank you for being nice to me this whole 4 months. I've once heard how you explaind about  Hudud to another chinese colleague, I seriously respect you for that :)

To my ex-lunchmates; haaha its nice having someone to go lunch with. Thank you S and A . Yes i remembered their full name because of my job. And I dont want to write the IT Team's full name because i dont want them to know my blog. Malu. Hahahah. 

If you guys cant remember me, Im that one intern girl who sat quietly for the first three months. haaha. Sad to think that i only liked my job on my second last week here. Sobs sobs.

Thank you M Berhad and B.B MS for all your kindness and hospitality. Its been an enjoyable 4 months for me. (ye ke tu....hahaha) Im gonna miss B.B's wifi and toilet the most. Hehehe.

Till then,

Regards,
'Aliah Wafa

(okay ini poyo gilaaaa kakakaka)

p/s : i decided not to schedule this post and will manually post it tomorrow. Sebab jap lagi ada makan makan mesti ada gambar. Hihihi.

-------

so this was from yesterday's bukak puasa :D

Ayam Kari, Telur dadar, Ikan Masak Asam, Kangkung goreng, Butter Prawn, Tomyam, Otak otak besar gedabak, semua tu  untuk 5 orang makan. Habis pulak tu terkezut i.
L to R : (supervisor), (boss' boss), (boss), (colleague), (intern (perlu la bagitau?)).

Sekarang aku dah lapar nak buat camne ni haa? Kot tetiba boleh berbuka takpe jugak. EH? kikiki. 

Bye.

P/s : i decided to schedule this post instead. heheh.

------

updated : i decided to edit their full names including the companies' name. Sebab tengok tengok ada 280 view kat post ni. SERAM LA AKU. 

Thursday, July 24, 2014

Day 4 Week 16 - Ada Experience ke?

Hai.

So i have started looking for jobs online since my internship is ending soon. VERY SOON! I am so excited hehehe. I got lazy after searching for quite some time. So i just read thoroughly the requirements, once i saw "Fresh graduates are encouraged to apply" i immediately clicked "Apply Now." But of course, after reading the job description and requirements lah.

Few minutes ke hours later tah, a number called me. Cakap melayu. Uish jarang ni interviewer cakap melayu. Tapi kurang la sikit nervous tu bila dia cakap melayu. Takde lah gua menggagau nak carik grammar betul betul. Lets skip to the annoying part ya ladies and gents sekalian, once akak tu tau je aku ni fresh graduate, dia terus cakap 

"ada experience ke?"

'eh ada la, dari masa saya internship ni ada la jugak experience'

"dapat tau ada job ni dari mana eh?"

'emm jobstreet rasanya. Saya banyak sangat apply kerja dah pening dah hahah.'

"oh jobstreet. Tapi yang kita nak ni technical tau. Ada ke experience?"

Taktau la i was over sensitive or akak tu yang memang perangai annoying macam tu. Rasanya dua dua pun haahah. Tapi sebenarnya bila fikir balik akak tu kedengaran mesra sahaja. Tapi lepas cakap fresh grad tu kurang kemesraan nya. HMMPH!

Lepas tanya ada kereta sendiri ke apa semua dia kata "okay nanti akak go through your resume and email balik ya?". Emmm camtu baik takyah hantar resume kalau tau tak tengok dulu. Oh lepastu aku check history sebenarnya aku apply kat jenjobs bukan kat jobstreet. bhahaha

Tadi pun ada orang call dia sebut nama company dia i was like "company apa ya?" bhahaa nasib baik dia yang sebut company X dari monster.com. Yes from jobstreet to jenjobs to monster.com. Semua aku carik demi mencari sesuap nasi dan mengumpul duit untuk masa hadapan if you know what i mean hehehe.

"Semoga dapat kerja cepat Aliah Wafa!" 

'Aminn thanks korang!'

Monolog dalaman seorang loner. Bye.