Thursday, April 9, 2020

RMO - day 23 - how to be a perfect mom. Not.

hey yall.

Today is the 23rd day of the MCO. Not complaining, merely just wanna let out some steam here. betul ke tidak ayat mak tu, lantaklahhh.

dalam masa 23 hari ni i think today is kind of the busiest day of working from home. meaning that dari pagi tercongok depan laptop, reply whatsapp, meeting and so on. also mandikan anak, basuh kain and masak in between. masak taknak kurang pulak kan nak yang renyah renyah je. time time ada meeting sibuk nak pi buat bergedil la apa la.

in between buat bergedil, join meeting pulak. memang hujung2 baru focus yer kak temah. in between buat bergedil and meeting, sibuk tunggu rider pulak nak hantar butter cake. erghh tak sabarnya cant wait to taste it. been wanting a butter cake since last 2 weeks. tapi butter cake ni actually aku mintak tolong husband ambikkan, which is double the pressure. he's the kind of guy yang kalau kata on the way, will keep on asking "dah kat mana dah?". tried my best to not tell him about me buying cake online, tapi terpaksa jugak la sebab tadi kelam kabut dah rasa. tapi okay la he did help me so i thank him for that.

em i also felt bad for not being able to be the kind of moms that can cook on time, feed their baby on time. play with them. im not competing against anyone, but yeah i do compare myself with them sometimes. jenis ada je masa untuk main dengan anak + masak + kerja + kemas rumah like erghhh stahp being so perfect. plus point, dapat jaga badan at the same time.

i know not everything you see on social media is true, plus takde orang kat social media aku yang perfect pun sebenarnya. sendiri je over thinking hshshshs.

entah lah, as i said i just wanted to let things out of my chest. 

Thursday, April 2, 2020

RMO Day 16 - of Jobs and selfish idiots

Hi.

Since RMO ni banyak dengar company yang buang orang, or ada yang tak dapat gaji langsung. ada nampak few tweets lalu timeline kena buang kerja :(

Tapi Alhamdulillah current company punya plan, instead of buang orang or potong separuh gaji, kitorang dapat Day Off on Friday, meaning that gaji tolak prorated based on how many fridays ada on a month. Contoh kira sehari gaji RM32, kalau ada 4 kali Jumaat dalam bulan tu, 4*RM32 =  RM128 kena tolak dari gaji.

Which is fair enough i think. ada part lain yang dia freeze, dental and gym. Tapi nasib baik PM Care tak freeze, lega sikit dengar. in case sakit ke apa time cuti ni. takde la risau nak korek duit kat mana. And we were told that the founder of the company will not be receiving his salary for 6 months, to help sustain the company.

Lega sebab company cakap if possible taknak buang orang,hence the off day on friday initiative. tak dapat imagine kalau tiber kena buang, balik office lepas RMO nak ambik barang semata. hopefully tak la.i still have a lot to learn from my team, and a goal to achieve. gitu tau ada goal sekarang. dulu kerja nak duit je hshshs. ye la nak nak gaji seiring dengan naik pretasi kerja la. takde la nanti orang kata "eh apehal dia naik gaji, dapat bonus tapi kerja cam haram eh?". Contoh. Aku tak pernah cakap kat orang camtu hikhikhikhik

anyway, hope we all can get through this together. cant wait for this covid season to end. jangan lah degil, duduk la rumah. jangan la jadi taik macam patient136 tak reti nak quarantine and jadi punca 2nd wave. jangan jugak jadi orang kaya benak mont kiara time time ni sibuk nak jogging dengan alasan tak ramai orang dasar elitist selfish ya. tadi keluar kat news masih ada orang balik dari luar negara tak self quarantine sampai government carik tempat and hotel to quarantine those selfish assholes.

okay tu je. akhir kalam.

bye.

Thursday, March 26, 2020

The Unpexted Long Leave - A Pandemic

Hi.

Macam biasa tajuk kena exaggerate, baru sesuai dengan keperibadian diri. hahha okok tak. ya Allah rindunya blog ni. havent been on it since last year i think.

So sekarang tengah cuti RMO - restriction movement order @ PKP - perintah kawalan pergerakan @ MCO - Movement control order. From 2 weeks duration, it got extended to another 2 weeks. Nak dekat sebulan jugak duduk rumah. Gila, tapi bersyukur. Been wanting to spend time with my baby a lot. Kat office asyik rindu rindu, ha kau amek. Tengok muka tu hari hari 24/7 lol

Tapi susah jugak sebab iolls bukan kira cuti ya, kita Work From Home. But kinda relieved sebab kerja2 pending dah settle before kena cuti haritu. Nasib baik!!!

Em makanan pulak setakat ni.....nak masak lebih2 pun barang limited. We bought what we think is necessary for a 2 weeks time. Bawang merah, bawang putih, telur, mi kuning, sayur sikit and that's that i think. Nak beli roti ke apa memang tak sempat sebab tak ada cash at that time. Bawang je dah RM6 okay kau ghasaa. Time tu ada RM10 je kat tangan.

Konon nak feeling la masak Burnt Cheese Cake(again), kek batik la apa jadah la, nan hado okay. Jimat jimat sebab malas nak suruh husband keluar banyak kali. Tak lari pun benda2 tu semua. Cuma ada la few times teringin benda manis kitorang GrabFood Secret Recipe and Baskin Robbins hewhew. Flavor Caramel Fig Cheesecake. PLEASE BELI YA SEDAP SANGATTTT.

[source]
I think thats about it. just wanted to make a blog post to somehow remember this tough times. lol tough la sangat orang suruh duduk rumah je pun. but on a serious note there are people out there who have to struggle during this RMO. I pray nothing but the best for them, and also for all of us.

Well except maybe a few......hahhaha okok tak. Nak mengumpat post lain.

Stay safe everyone, and please dont be selfish when buying groceries ya. Semalam nampak video sekor sekor beli roti sampai 5-6 bungkus kau nak buat apa???? Nak buat taik pun jangan la dengan roti je. Cam ba alif ba ya ye perangai. Maghoh ni maghohhhh. (okay changed my mind. when i say except a few, i meant orang2 yang habiskan barang kat pasaraya lepastu end up benda tu expired kat rumah dia)

Bye.

Monday, September 9, 2019

...

Instagram is really unhealthy. Newsflash. I know. It was and has always been unhealthy. Actually its not just instagram, the whole social media sites are.

Been comparing my life with what i saw on their stories. Padahal dah cukup semua tu....and me sharing photos of my baby, entah2 ada orang lain tak suka jugak. Zzz.

Going back to blogspot where people don't even remember their passwords anymore.

Or maybe just netflix. Lol.

Being old sucks and not bad at the same time.

Monday, July 1, 2019

Gifts, ole ole

Hi.

Tadi pagi aku pergi rumah mak aku before masuk office. Mak aku cerita yang opah aku tertanya-tanya yang anak dia baru balik dari raya kat oversea takde belikan apa2 ke?

Dah few times dah rupanya.....weh sian opah. Yang pergi umrah, balik ziarah opah, cerita macam2 tapi tak belikan pape, sebiji kurma pun. Pi jepun 2 weeks, balik cerita macam2 kat opah tapi tak beli pape pun.

Pastu yang terharuuuuu, opah slalu cakap "ni cik belikan" sambil keluarkan barang yang aku belikan kat jepun dari bilik. Wey aku belikan opah fridge magnet je, ada kucing yang putih tu  sebab opah suka kucing. Tak sangka opah ingat sampai camtu sekali.

Back to kisah tak belikan apa2 tu. Yang jadi kantoi tu sebab time tu tengah makan, opah cakap kat adik aku "***** takde belikan apa2 ke balik dari ****". Adik aku pergi tanya abah aku kuat2, "abah, *** takde belikan pape ke untuk opah?"

Gitu la kantoi nya. Mak aku pun cakap "takpe nanti kite belikan ya."

Wehhh sedih. Hopefully I will always remember my family no matter how expensive the place is, how taktau nak beli apa situation happened. Always always always remember your loved ones."

Lebih kurang macam ni. Tapi luck cat tu duk sebelah temple 






Tuesday, March 26, 2019

Of BF and FM for our babies

Hello.

Dari lepas bersalin  ke waktu pantang dan hingga kini ramai yang akan mengalami situasi di mana orang sekeliling akan keep on saying "susu tak cukup tuuu!" if the baby cries.

Let me tell you what my sister told me during my confinement, right after she knew about me buying FM for my baby.

1. First few days, you won't know how banyak is banyak  and how sikit is sikit your milk is. Kalau pump susu, psychologically akan fikir "eh cukup ke ni? Eh baby minum kejap je habis ni." etc etc etc

Her advice? Jangan pump dulu. Direct feed the baby, and if the baby pees and poos normally  ada la tu susu tu.

2. Baby asyik nangis nak latch je. Actually that is the only way for them to communicate with us mothers. They cant talk, they cant tell you what they want. Kakak aku cakap "nak tukar diaper, dia menyusu. Lapar, menyusu. Perut tak selesa, menyusu." so bukan masalah tak cukup susu.

Kena rajin check. You'll know the signs in no time, no worries :) chehwah sekarang no worries, padahal duluuu time sendiri kena.......nangis. hahaha

Tapi for me. FM or BF, NEVER LET YOUR BABY GO HUNGRY. Jangan dengar cakap orang yang FM is bad for your baby la, nak anak pandai bagi BF je la(i personally kena ni!!!!!). Mother knows best gitu. Dont let other mothers downgrade you just because you feed different milk from them.

Like duhh we all know mothers' milk are the best. Tapi kalau dah takde nak buat camna.

3. Growth spurt aka tukar bulan. Ni pada I penting sangat untuk tau!!!! Sebab i never heard of it before, sampai la ada satu hari tu baby cranky gilaaaaaa. Like she wont sleep all night, wanted to latch all the time. Wanted to be held all the time.

Sampai la kakak aku cakap, tu nama dia growth spurt. Baby akan cranky sebab badan dia sedang mengalami perubahan. Kekerapan growth spurt tu varies. Ada yang sebulan, lepastu 3 bulan, 4 bulan, and then skip pulak 7 months. Baby lain2.

Oh and during growth spurt(could take up until a week) baby akan rasa lapar tu lebih so they tend to menyusu more than usual. Jangan fikir you tak cukup susu, jangan fikir you're a bad mom for not giving enough milk to your baby. NO. Kalau kencing berak okay tu ado la susu tu ha.

I pernah rasa baby tak cukup susu, i bancuh FM, lepastu bagi kat baby. Tak sampai berapa minit. Bluwekkkkkk. Muntah balik susu tu. Bukan tak cukup wakkk tapi nature dia camtu. Gittewww.

Okay nak tidur dulu. Hope this helps. In case anyone reads this. Lol.

Btw im typing this using my phone, so if there's a typo, just ignore it ya.

Wednesday, September 19, 2018

Pengalaman Bersalin di PPUM

Hi.

Bosan bosan tadi saja baca blog sendiri balik, sekali tengok ada few comments pasal bersalin kat PPUM. Alang2 tu i cerita sekali la camne rasanya beranak kat PPUM. Izinkan aku menggunakan kata ganti nama diri I di post ini. gitchew.

Untuk tengok proses bersalin kat ppum, korang boleh baca dekat sini http://sweetscent92.blogspot.com/2018/01/pengalaman-bersalin-di-ppum.html. Sebab I dulu pun jenuh google process nak bersalin macam mana. so i hope it will be a useful guide for those yang nak try bersalin kat PPUM.

23 december pagi

mak dengan kakak i detect ada spotting dekat toilet atas malam tu. Which malam tu i sorang je yang guna toilet tu. Kakak i terus cakap kat mak i "Umi,ni spotting ni. Memang tanda nak bersalin dah ni." Tapi diorang decide untuk bagitau besok pagi. Mak i takut i cuak hahhaah.

Diorang taktau yang kul 3 pagi camtu I dah rasa contraction, tapi very mild punya and i didnt know it was a contraction at that time. Siap kejut husband gitau sakit. Biasa sakit2 gitu je. Tapi malam tu sakit betul. Tak expect pun nak beranak time tu . Dah la sebelum tidur sempat gossip dua2 orang. Rindu :')

Bila mak i dah gitau pasal spotting tu, i masuk toilet and yes memang nampak ada darah keluar.....omg neves mak. Sempat google jap perlu tunggu ke tidak kalau dah spotting gitu. Mostly suggest terus gi hospital. TAPI, kalau korang boleh tahan sakit,or tak sakit sangat, gi lambat2 pun takpe hahaha. Sebab tension je duduk lelama kat hospital tunggu bukaan okay. Dengan orang lain dok "sakit....sakit...". Malam tu aku join skali "sakit...sakit...."

Sampai PPUM, gitau ada spotting semua. Nurse dah cakap memang kena stay ward.  Check bukaan 2 cm. Terus masuk ward. Tak silap kat PPUM ward prenatal(before bersalin) is at 5th floor, ke 4th tah. Postnatal (lepas bersalin) kat 6th floor. Time check bukaan nurse dah tanya nak  pain killer tak? I cakap takyah time tu, sebab tak sakit sangat pun. more to nervous.

23 december malam

dah start rasa sakit. actually petang towards malam tu sakit tu dah ada. bertambah sakit bila parents dengan husband dah balik rumah. orang katil sebelah dah zikir2 dah. I mula2 zikir,lepastu dok sakit sakit. sorry ya kalau ada yang rasa cuak, its natural to feel the pain. Pain is good bak kata nurse sana. Katil sebelah kul 4 pagi dah gi masuk labor room.

24 december pagi

time ni tak tahan rasa sakit, mintak nurse nak pain killer. nurse suruh HO check bukaan, dah sorang kata 4 cm, sorang kata baru 2 cm. Dia kalau u dah 4 cm, memang diorang terus masuk labor room kalau kosong. anyway sebenarnya bukaan baru 2-3 cm camtu time tu. Pain killer tu nurse bagi lepas solat subuh. Time tu baru dapat rehat sikit and tidur. nyenyak ya kawan kawan. Pain killer ni kalau dah 4 cm dia tak bagi dah, sebab nanti tak rasa sakit nak beranak dah camne kau nak teran pulak kan.

24 december tengahari ke petang

tengahari husband datang, sakit dah start rasa balik. husband paksa makan kasi ada tenaga. wey, firstly i tak makan ikan. pastuuuu lauk tengahari tu ikan rebus ke singgang tah. kalau goreng mungkin ada rasa la sikit hahhaa. dah kena marah, makan la i dalam 2-3 suap camtu. pastu gi cuci muka. pastu sambung rasa sakit.

lepas asar, husband tengok i dah asyik sakit sakit, panggil nurse suruh check. tengok2 dah 4 cm. Nurse kata dah boleh ready ke labour room. Time tu sakit hilang sikit sebab baby dah nak keluar. Excited semacam sampai termuntah, iyek bau balik ikan yang makan 2-3 suap tadi tu.

Masuk labor room,i mintak nak solat zohor ngan asar jap. Zohor tu qadha sebab tak tahan sangat. Pas smayang, terbaring la tunggu. Pastu ada doktor tolong pecahkan air ketuban. Tunggu lagi bukaan.

24 december malam

i taktau semua sama ke tak, tapi orang cakap mostly first born dia cam lambat sikit bukaan tu. Cam i, sejam 1 cm tu bukak. Camno? Pengsan weh. tiap2 masa suruh diorang check bukaan. Sian HO yang jaga i tu kena panggil doktor je. Muka stress je hahahha. Tapi dia baik, time nak air dia datang.

TAPI time tengah2 sakit tu, i termuntah, tekan emergency button takde siapa pun datang okay. terkapai2 i dengan baju penuh muntah :(

Time tu baru tau muntah tu affect dari pain killer tadi. dengar nurse tu cakap.

25 december pagi

time ni tiber leh buat lawak tengah sakit2, "doktor baby i baby christmas :')". Bengong pastu sambung sedut gas yang kurangkan sakit tu. Long story short, bukaan 10 cm tu kul 2.30am+ camtu. Aku beranak pukul 3.20am. Time ni still dengan lawak baby christmas. Tak memasal doktor lagi satu cakap "jangan bid'ah sangat" in a funny way la tapi hahahhaa.


Tapi serious time baby keluar tak rasa apa, tau2 je dah letak atas dada. Siapa yang kata PPUM tak letak baby atas dada tu meh iolls tinju sikit. Tapi kejap je la, takde la berdakap dakapan. Sebab anak i lepastu masuk nicu, nafas laju sangat.


lama gak process lepas baby keluar tu nak ke wad. kena tunggu dalam setengah jam ke sejam jugak nak settle segala jahit and what not. HO yang tolong  tu i siap cakap "i hope you will become a good doctor in the future" sebab dia baik sangat. Siap akap "actually im not a doctor, im just a student"

sampai kat ward, finally boleh tengok phone, boleh baring normally. Tapi time tu tak ngantuk sangat. more to semangat nak gitau family and kawan2 yang kite dah beranak. hahaha. kul 5 lebih camtu baru tidur. baby kat nicu boleh la tidur.

esok tu dalam tengahari baru gi visit baby kat nicu. time tu awkward je nak pegang, tapi sayang tu sayang la dah nama pun anak sendiri hahahah. sehari setengah je dia kat nicu, lepastu masuk ward pediatric sebab kuning. Tidur situ satu malam and then pulanggg. and the pantang begins.... well maybe on another post hahahha.

sampai sini je la pegalamannya pendeknya. hahahah. panjang, panjang sangat kang. kat bawah ni summarize untuk service dsb:

nurse : 

kalau time antenatal checkup, nurse and staff garang sikit. garang banyak actually. tanya pun kena marah :( or maybe nurse sorang tu je kot

tapi nurse kat ward bersalin sangatttttttt lah baik. Alhamdulillah jumpa semua okay. Ada sorang tu siap bagi i biskut ngan buatkan air sebab lepas beranak tu i cakap "nurse saya lapar...."

checkup: 

checkup lama nak mampus. ni tak tipu. kira beruntung jugak i pergi time 8 months sebenarnya. takde la nak checkup banyak kali sangat kat ppum huahuahua. kalau checkup kat KK i loike. Tapi depends ok which KK. cam i KK Sungai Chua, bersih and tak pack serta laju.

pharmacy:

in case time checkup korang kena amik ubat, make sure to confirm with the pharmacist few times okay. cam nama you dah kena panggil ke belum, sebab i haritu tunggu ubat lama nak mampus. first pharmacist cakap tunggu nama kena panggil. pastu dia tukar shift. 2nd pharmacist tak cakap apa, dok panggil nama lain ulang2 kali. last2 i tanya dia suruh check nama i bila kena panggi, dia kata "oh ubat ni kita tak ada stock, kena gi farmasi luar."

eh kalau nampak orang tunggu lama boleh kot inform or tanya i tunggu apa ke apa. takde la bazir masa i tunggu and ended up ubat kena beli kat farmasi luar. farmasi luar tu memang la dalam ppum tu jugak tapi masa tu masa. smh.

kat situ siap ada notis kalau sesiapa tak sopan dengan staff akan dikenakan tindakan. habis kalau staff yang tak helpful dah camne lak tu? haish.

parking: 

kalau checkup please datang awal pagi sebab parking penuh. kalau nak terberanak berdoa lah untuk tak terberanak time visiting hour. sebab slalu parking penuh time visiting hour. cam husband i time hantar and balik je naik kereta, visit2 semua naik motor.

bayar2: 

untuk bayar2 siapa yang kerja gov boleh guna GL. tapi cost beranak je la GL tanggung, kalau cam i siap mintak vacuum bagai kena charge. maternity pads pun dia kira uolls. i suggest bawak sendiri maternity pads

toiletries: 

ni pun bawak sendiri. bukan swasta uolls nak sediakan semua. hahaha. pernah masuk ward kat Azzahrah dia sediakan semua, so time masuk PPUM bawak diri je la. Sekali terkapai kapai nak mandi kena tunggu husband datang bawak toiletries. XD


Gigih type blog ni dari kat ruang tamu ke dalam toilet, and now kat atas sejadah. Apa2 hal boleh leave a comment yaaa and i hope kalau i reply korang pun dapat notification ke apa lah.

Selamat bersalinnnn. Btw i beranak ni last year, 2017.