hai.
Lately ni tak tidur petang (amboi lately padahal baru semalam dan harini) sebab terjumpa blog namee roslan. So aku ni jenis jumpa blog best akan korek post post lama. Hehehe. Lepastu banyak baca post pasal wedding and married life dia. Tiba tiba teringat haritu.
Haritu kite dua orang pergi dating dekat mines. Jalan berdua macam mines tu takde orang lain, macam mines tu dah tutup, specially bukak untuk kitorang dua orang je. Amboi mesti ramai volunteer nak lempang kalau baca post ni. Hikhik.
Sekali tiba tiba time lalu depan kedai emas, promoter kedai emas tu bagi flyers sambil cakap "bang, beli bang. Sayang awek belikan bang." Time tu aku pulak macam magnet utara bertemu magnet selatan. Terus cam "wahh cincin."
Wah gitu. Padahal aku ni bukan jenis minat sangat nak pakai barang kemas tau. Tapi tu la orang kata, perempuan. Dalam tak minat tak minat tu mesti ada jugak sikit sel sel dalam pembuluh darah tu yang minat benda benda girly thing ni. Hikhik.
Walaupun tak berapa minat, tapi still rasa excited kalau dapat pakai cincin tanda (wah gitu). Takyah susah susah buat kat semua bio social accounts "Faez's" or "Panjang's" or "wafa's" or "aliahwafa's"tauuuu. Tapi relationship status kat fb is exceptional mehehehe.
Anyway, between gold and white gold, i suka white gold. Okay baru google, orang kata emas lagi better dari emas putih in terms of pelaburan. Heyyyyy cincin kahwin buat apa nak laburkan. So cincin kahwin memang prefer emas putih.
Eh tetiba terplan dah kenapa huahewhuahewhuahew. To me what's important is the memory. Harga drop bila nak jual balik ke, takde value ke belakang kira okay.
yang penting kite nak emas putih tau sebab cantik and tak nampak tua sangat. Eh tetiba demand. Bhahaha.
Dah lah bye. Mengarut je petang petang ni. Rajin pulak tup psot dua tiga kali konon konon ada orang baca. Takpe kalau sorang tu je yang stalk and baca kite punya post je pun dah happy .
Hee okay bye. Love you.
Thursday, November 13, 2014
Office's makan makan
Hai.
Betul la orang cakap, kalau environment kerja seronok, there's no such things as monday blues.:)
Okay tu tipu best ke tak environment tu mesti ada sikit rasa malas nak masuk hari isnin. hehehehe.
okay bye. ada masa nak tulis pasal kerja lah. hehehe.
byebye.
Last week kitorang check email, (kitorang ada banyak email accounts btw, yang aku guna satu je untuk kerja). Yang email yang di check ni email pay slip and email from HR. So check check sekali ada kata makan makan for deepavali kat pantry hari khamis (tadi) pukul 12 pm. Memandangkan aku punya meal break adalah awal pagi ya'ni pukul 7.30 sampai 8.30, maka sebelum tibanya pukul 12 tengahari perut pun dah kebulur.
Kitorang sehari ada 3 breaks, 2 short (15 mins) breaks and 1 meal (1 hour)break. Masa depends on shifts. So shift aku start pukul 4 pagi, that's why my meal break is at 7.30. EEEE NAK CERITA PASAL MAKANMAKAN LAH BUKAN PASAL BREAK!
So my second break today was at 11.45 am. 15 mins before the makan makan event. Masa pergi break tu, bau pantry Ya Tuhan wanginya tak terkata. Makanan banyak gila eee sedapnye. Serious sedih sebab pukul 12 (waktu makan makan start) kena masuk balik. Hmmmmmm.
Tapi tiba tiba, lagi few minutes before masuk balik, dapat tau yang Team Lead bagi chance keluar makan makan, tapi ada queue lah. Since our jobs is to entertain (amboi ayat) callers, so apa apa nak buat pun kena ada queue. Gi toilet kena ikut queue, gi break kena ikut queue. Aku dah sedih sampai tweet kesedihan tak berlagu sebab tengah lapar, bau sedap tapi takleh join. Dah tak heran dah orang kata "eleh tu pun nak tweet. dasar loser." Excited okay tengah lapar tetiba dapat green light join makan makan. 15 minutes jadi 20 minutes camtu. hehe.
hahahha sebenarnya takde lah best sangat makan makan tu. Cumanya aku jadi seronok bila aku yang pendiam and observer ni tetiba dapat cakap ngan orang yang tak pernah cakap pun sebelum ni. H contohnya. Tak pernah borak tetiba ajak makan sekali yeay ihihi. S yang sama shift pun sebelum ni aku pernah tanya sekali je, "password reset using bender kita takde access kan?" boleh borak.
Tapi masuk office aku jadi observer balik. Join bila perlu je. Hikhik. Tapi ketawa tetap ketawa lah.
Betul la orang cakap, kalau environment kerja seronok, there's no such things as monday blues.:)
Okay tu tipu best ke tak environment tu mesti ada sikit rasa malas nak masuk hari isnin. hehehehe.
okay bye. ada masa nak tulis pasal kerja lah. hehehe.
byebye.
Wednesday, November 12, 2014
Intern vs Real Job
Hai.
Memandangkan ramai rakan rakanku yang sedang menjalani latihan praktikal, maka secara tiba tiba terkenang ketika zaman praktikal sendiri pada april hingga julai yang lalu.
Rasa berbeza betul masa zaman prakatikal dengan zaman bekerja sebenar.
1) Penerimaan
Ni depends on company and environment. Tapi mostly kat company lama, tengok budak budak parktikal mana depa pandang sangat. Takat introduce gitu gitu je la. Aku lagi la masuk2 takde introduction apa terus kena......................................duduk and key in extension number untuk staff kat situ. hmph.
Bila dah kerja betul betul, Masuk pun ada introduction. Ada training, dia bawak tour kat satu office (2 levels). Training for a week camtuh. Kire ada preparation la before start kerja. Pastu takde pulak orang buat layan tak layan cam office lama.
------------------------------------------------------------
2) Kerja
Masa praktikal, memang baaaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaak gilaaaaaaaaaaaaa masa terbuang. Serious cakap. Bukan tak pernah mintak nak buat kerja tu kerja ni, tapi macam terbatas sikit. Fresh grad khennn. Most of the time kerja aku baca beautifulnara (bhahaha dulu tak pernah suka tapi takde kerja sangat, terpaksa la. heheh), baca blog. Masa awal awal bukak facebook and twitter siap. Mampu? Lepas2 tu tak dah la. Dah faham tempat kerja. Hik.
| TRUE STORYYYYY. I was asked to type the same bloody documents over and over again. [source] |
Bila dah kerja betul betul. Kerja takde la sentiasa ada, tapi takde la sampai boleh baca gossip time kerja, boleh bukak social networks bagai. Okay sebenarnya office kitorang pakai intranet je, plus phone kena letak dalam locker. Bhahaha. Tapi okay jugak macam tu. Meriah uolls. Takde la masing masing ngadap phone je. And kalau taktau orang tak segan nak tanya orang sekeliling. Sebab diorang akan tolong. Tak pandang rendah pun okay.
------------------------------------------------------------
3) Communication
Masa praktikal communication aku sangat kurang. Masa awal awal tanya la jugak itu ini itu ini. Tapi sebab rasa rendah diri, memang aku banyak diam. Nak nak pulak lepas aku pernah tanya something sekali supervisor aku cam buat muka. Dia bukan la jahat sebenarnya, tapi dia jenis tak kuasa. Time tu aku tekad nak tukar tempat praktikal terus (over to the max), besoknya dia okay siap tolong aku setup email lagi. Hikhik. Time tu baru tau oh environment office jangan nak ngengada sensitp lelebih.
| biasanya yang cakap user bodoh diorang akan mute kan phone tu, or hold user tu. hihihi [source] |
Dah kerja betul betul ni baru communication okay sikit. In terms of speaking in English confidently (cehwahcecehwah) and speaking with colleagues, dua dua Alhamdulillah dah okay sikit. Masa praktikal dulu diam je buat kerja sendiri. Sekarang ni still diam, tapi campur jugak kalau diorang buat lawak. Kira aku ni observer gitu. kahkah. Semua ingat aku ni pendiam. Which is normal actually. Semua orang time mula mula kenal aku ingat aku diam. And naive. Hakikatnya.....hihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihih mari rakan rakan terdekat ketawa hihi bersama saya hihihihihihihihih.
Okay dah tu je nak cerita. Pendek kata Alhamdulillah first job after praktikal so far so good. Awal awal dulu rasa nak berhenti je bila most of the people around me kept saying "why choose this job? kenapa tak ambik kerja lain? Not a good job to start your carrier. I can help you find better place with better $$$$. bla bla bla bla." zzzzzzzT_TzzzzzzT_T
Lepastu umi cakap kerja je dulu, carik pengalaman. Lepastu kena brainwash dengan paez bahrin lepastu baru okay.
Okay have a nice day. Good bye (closing before ending a call). hihihi.
byebye.
p/s : tak semua rasa pengalaman yang sama. maybe orang lain time intern dia tak kena camni, maybe dia kena buat coffee or photostat fake documents =) hahahahah k.
p/s/s: this post is about my experience okay. Tiada kena mengena dengan yang sedang mahupun akan menjalani praktikal =)
Sunday, November 9, 2014
Sebulan.
Haiiiiii.
Hari Ahad adalah hari bosan sedunia tau tak sebabnya kau bukak tv, tengok semua channel, kau akan rasa nak bakar TV. Nak keluar, gaji tak masuk lagi + malas yang amat.
So anyway baru aku perasan aku sebenarnya dah cukup sebulan kat tempat kerja baru. yeay. Haritu masa awal awal beriya kira by weeks. Konon dah target nak kerja setahun je kat situ. Lepastu masuk week3 dah okay sebab speaking skills dah okay sikit. And dah pandai goreng user sikit sikit. Blame my colleagues please.
"Kau cakap dengan dia, restart laptop, lepastu kalau ada papehal please call ITSD back."
"Wafa cakap je nanti suruh dia call IT balik. Jangan tunggu user restart laptop."
So .......yeah. Hehehe. Awal awal dulu tak reti melarikan diri. Hikhik.
Paling best haritu ada user call, twice cakap ngan aku. Lepastu dia kata dia ada kerja, i'll call you later. What's your name again? Wafa. Okay wafa.
Lepastu balik kerja ada colleague cakap "He called and said can i speak to wafa? i said you're on call." Awwww padahal time tu mungkin aku tengah merenung skrin kira waktu nak balik. Padahal lagi aku lega takyah jawab call lagi sebenarnya. Dah nak balik okay.
One thing i hate about users are those who drag my short breaks and meal break time. Every second, every minute counts okay.
Oh sebenarnya post ni sangat random.
Bye.

Saturday, October 25, 2014
Annoying End users
Hello.
"User ni cakap laju sangat camne?"
"User ni nak tau work order. Work order tu apa?"
"User ni monitor dia rosak. Nak buat apa?"
"User ni nak rest password dia. Tapi tak dengar application apa. Camne?"
Tapi second day okay dah la. Eh AKU SEBENARNYA NAK CERITA PASAL END USER YANG ANNOYING AH. Last week end user yang annoying;
1 - End user yang tak reti bahasa.
2 - End user yang letih dan meletihkan.
3 - End user acah acah nak gertak kau.
Pastu colleague aku cakap "Bagi je. Diorang ni memang camni. Aku dia siap mintak employee ID, nama penuh, nama manager semua. Bagi je."
Sebijik cam apa yang supervisor time intern cakap. "Kau ni takyah ikutkan sangat user tu."
Okay bye.
So last week was kinda tough. Since i had to woke up at 3 am every morning to go to work. Hey walaupun dekat kau jangan ingat senang okay nak pergi office pagi pagi macam tu. Nasib baik ada kasih seorang ibu sanggup bangun sekali nak hantarkan anak beliau ke office. Padahal kalau jalan kaki 8 minit je okay. Tapi kalau pukul 3.30 nak jalan kaki mungkin 3 minit sampai dah la sebab most probably aku akan berlari lari anak ke office.
Last week jugak kitorang dah start answer calls and emails. Padahal training sepatutnya sebulan okay. Grrr. Tapi it wasnt that bad since there were many helpful colleagues around us. First day memang setiap calls setiap emails semua gua tanya.
| [source] |
"User ni cakap laju sangat camne?"
"User ni nak tau work order. Work order tu apa?"
"User ni monitor dia rosak. Nak buat apa?"
"User ni nak rest password dia. Tapi tak dengar application apa. Camne?"
Tapi second day okay dah la. Eh AKU SEBENARNYA NAK CERITA PASAL END USER YANG ANNOYING AH. Last week end user yang annoying;
1 - End user yang tak reti bahasa.
Ada satu call tu, end user mintak special font untuk kerja dia. Bila cakap kitorang akan bagitau kat team yang sepatutnya, dia tak puas hati. In the end "is there any supervisor i can talk to there?" So i passed the call to my colleague. Ada la dalam few minutes diorang cakap. Letak je call;
"Fcuker punya perempuan. Teeet. Tuuuut betul. bla bla bla." Dia cakap last 3 months, ada orang installkan untuk dia by phone. Well maybe she called the wrong team. Or maybe she was just idiot. Okaybye takbaik.
2 - End user yang letih dan meletihkan.
Haritu aku sepatutnya break pukul 6.15 am okay nak gi subuh. Tetiba tup tup dapat call. Perempuan tu mengeluh manjang. Tak ingat pulak apa issue dia. Issue nak mintak lempang kot. Eh? Dah ah dah bagitau nak pass issue kat team sepatutnya, "haih....you dont hang up ah. Dont put me on hold." Lepastu "haihhhh." and haihhhh lagi. Sampai la waktu short break aku nak habis. Hmph. Bukan dia je letih, aku pun letih sekali dengar dia letih.
3 - End user acah acah nak gertak kau.
Haritu ada end user ni call nak reset password. So aku pun reset password dia, Hello123. Aku rasa dia kurang cerdik ke apa tak tau lah kan.
"Hai your password has been reset. Can you try logging in using this password "Hello123" capital H." Aku rasa dia letak camni "Hello123H". Lepastu takleh lagi suruh reset lagi, "Today123. Capital T." Aku agak dia key in "Today123T" kot. Lepastu sibuk salahkan server la apa jadah la. Kata nak report kat support team lain, siap mintak "whats your employee ID?" Aku pun apahal perempuan ni. "My employee ID?!"
Pastu colleague aku cakap "Bagi je. Diorang ni memang camni. Aku dia siap mintak employee ID, nama penuh, nama manager semua. Bagi je."
Mula mula rasa macam susah nyeeeee kerja ni. Sampai satu hari colleague aku cakap "kau takyah fikir nak resolvekan semua issue diorang. Kau ingat je kerja kita, raise ticket, dispatch kat team lain Tu je. Takyah susah susah pikir."
Sebijik cam apa yang supervisor time intern cakap. "Kau ni takyah ikutkan sangat user tu."
So lepas lepastu mana mana yang memang takleh resolvekan issue, cakap elok elok, diorang okay je. Mostly okay la. Yang annoying ada la dua tiga orang per day. Hehehe. Tapi mostly okay. Cabaran dia kalau dapat user yang cakap laju nak mampuih la.
Okay bye.
Thursday, October 16, 2014
Anak Jati PJ (only section 14)
Hai.
Boss : Okay, ask your question. :)))
Me : Non IT related question can right?
Boss : Of course. Feel free to ask. :)))
Me : Where's the most cheapest place to go for lunch?
So all of the seniors answered my questions.
"In jaya 33 got MnJ. The price there are quite cheap and reasonable."
"Across the street got KFC. And behind the KFC there are many malay stalls that sells nasi campur. Many halal foods there. There's also mamak there."
"And at the new mall got Serai, and white elephant something, a thai restaurant, texas chicken." (padahal aku tanya paling murah. tiba tiba cakap Serai.)
"There's nasi lemak infront of maybank also. Downstairs got Barn Thai, with the sparkly chairs and all. :)))"
Boss : Since when you live in PJ.
Me : errr since birth? hehe.
Guy infront : Parents house also in PJ?
Me : Haah. Hehehe
Boss : See, she was just testing you guys :))) ( < still with his big smile)
Another guy infront : so were all our answers correct?
Gua gelak je la sambil angguk. Adoi baru nak buat buat naive taktau pape pasal area PJ. Mesti terkantoi punya.
Tapi so far our team is okay la. Hehe. No my team leader is okay. She's nice. Hehe. NOO i dont hate here just because she keeps telling people how "far" my house is from office XD.
Okay dah tu je. Bye. hehehe.
So minggu ni aku dah letak jawatan sebagai penganggur dan dah mula bekerja semula. Yeay..........happy sangat........
Tapi Alhamdulillah sebab office sangat dekat dengan rumah. 8 minutes walking from home. Peluang yang jarang jarang sangat ada okay. So bila office dekat dengan rumah, tipu la kalau kata tak familiar dengan persekitaran tempat kerja kan. Hewhewhew.
Sebenarnya mula mula masuk kerja aku taknak bagitau pun tinggal kat mana, Tapi team lead aku amboi kemain, setiap kali kena perkenalkan diri je mesti dia sebut "wafa lives very far from PJ. VEEERY far from here." Hish. Lepastu orang tanya kat mana, mesti la aku kena jawab, "I live in PJ. hehe." And my team lead would add "she lives just across the street." K. hahahaha.
So anyway, tadi ada sesi pengenalan lagi dengan few of our seniors camtuh. Boss suruh semua tanya soalan. Aku sepatutnya orang first kena tanya, tapi taktau nak tanya apa, so boss suruh tanya last sekali. Since semua orang tanya pasal IT related issue je, aku pun taktau nak tanya apa. Penat pikir nak tanya apa. Last sekali dah sampai turn;
Boss : Okay, ask your question. :)))
Me : Non IT related question can right?
Boss : Of course. Feel free to ask. :)))
Me : Where's the most cheapest place to go for lunch?
My boss smiles a lot. Hence the :))) sign. hehehe. Everyone laughed. Elelele tau semua dah mengantuk and boring kan sebab asyik citer pasal kerja kennn. hikhik.
So all of the seniors answered my questions.
"In jaya 33 got MnJ. The price there are quite cheap and reasonable."
"Across the street got KFC. And behind the KFC there are many malay stalls that sells nasi campur. Many halal foods there. There's also mamak there."
"And at the new mall got Serai, and white elephant something, a thai restaurant, texas chicken." (padahal aku tanya paling murah. tiba tiba cakap Serai.)
"There's nasi lemak infront of maybank also. Downstairs got Barn Thai, with the sparkly chairs and all. :)))"
So aku diam je la. Padahal dah tau dah kat mana semua semua tu. TIBA TIBA, team leader aku dengan soalan lazimnya, "Wafa lives very far from PJ."
So aku pun terpaksa jawab, "I live in PJ. Just nearby. hehe." And......bila semua orang tau aku sebenarnya duduk dekat sangat dengan office. Semua macam terkjeut. XD. I can see some of the faces in front were like "whaaaaa".
Boss : Since when you live in PJ.
Me : errr since birth? hehe.
Guy infront : Parents house also in PJ?
Me : Haah. Hehehe
Boss : See, she was just testing you guys :))) ( < still with his big smile)
Another guy infront : so were all our answers correct?
Gua gelak je la sambil angguk. Adoi baru nak buat buat naive taktau pape pasal area PJ. Mesti terkantoi punya.
Tapi so far our team is okay la. Hehe. No my team leader is okay. She's nice. Hehe. NOO i dont hate here just because she keeps telling people how "far" my house is from office XD.
Okay dah tu je. Bye. hehehe.
Wednesday, October 1, 2014
Vibrator
Hai.
Attention, this is not a porn-like post or blog. Kau jangan kang aku kena lari luar negara pulak (US contohnya) tetiba polis carik kang.
Haritu aku tengah duduk duduk kat sofa, adik adik kembar masa tu tengok main Magic School Bus kat laptop, yang tiada tetikus. Ke tengah stalk mamat pengawas mana tah tak ingat la diorang buat apa time tu. Tiba tiba terdengar diorang berborak;
"Akak kena guna vibrator la." *sambil ketawa*
WHATTTTTT mana adik aku belajar benda tu? Mana aku pulak belajar benda tu? Nanti aku cerita. Kehkeh.
So aku pun tanya balik.
"Adik, adik tau ke vibrator tu maksud dia apa?"
"Mouse kan?" (mouse as in tetikus)
"Hoi vibrator tu bukan mouse laaaaaa. Vibrator tu bla bla bla bla bla" (sila google sendiri sebagaimana aku google dahulu). "Kat mana adik tau perkataan tu?"
"Kat instagram faizdickie kan ada video yang pasal mouse boleh scan scan tu."
"Adik ni lain kali taktau maksud tengok la kamus dulu, ni tak main sebut je tah pape. Kalau sebut depan orang lain buat malu je. -.-"
Attention, this is not a porn-like post or blog. Kau jangan kang aku kena lari luar negara pulak (US contohnya) tetiba polis carik kang.
....
Haritu aku tengah duduk duduk kat sofa, adik adik kembar masa tu tengok main Magic School Bus kat laptop, yang tiada tetikus. Ke tengah stalk mamat pengawas mana tah tak ingat la diorang buat apa time tu. Tiba tiba terdengar diorang berborak;
"Akak kena guna vibrator la." *sambil ketawa*
WHATTTTTT mana adik aku belajar benda tu? Mana aku pulak belajar benda tu? Nanti aku cerita. Kehkeh.
So aku pun tanya balik.
"Adik, adik tau ke vibrator tu maksud dia apa?"
"Mouse kan?" (mouse as in tetikus)
"Hoi vibrator tu bukan mouse laaaaaa. Vibrator tu bla bla bla bla bla" (sila google sendiri sebagaimana aku google dahulu). "Kat mana adik tau perkataan tu?"
"Kat instagram faizdickie kan ada video yang pasal mouse boleh scan scan tu."
"Adik ni lain kali taktau maksud tengok la kamus dulu, ni tak main sebut je tah pape. Kalau sebut depan orang lain buat malu je. -.-"
Okay nak elakan orang salah sangka, aku copy jugaklah caption nya;
" Heaaa kau jangan ingat produk ni rekaan minda abang sahaja ok! Ia memang wujud tau! Namanya MyScan! Haha Teruja abang dok main benda ni. Serious abang cakap, kalaulah benda ni abang dapat masa diploma and degree dulu kan senang, tak payah nak gi scan or taip balik nota semua, just scan je guna mouse ni. Yang paling teruja, benda yang kau scan tu leh transform jadi words plak tu! Yelah selalu kalau kau scan satu document, dia akan jadi jpeg or pdf kan? Tapi kalau kau scan guna mouse MyScan ni, document korang boleh ditansform masuk dalam words! Haaa those yang selalu kena taip nota or suka snap gambar buat kolaj patut beli benda ni. Seriously berguna! Anyways kalau korang berminat nak beli MyScan ni, kau leh usha IG @andy_abdullah @andy_abdullah@andy_abdullah or call dia di 012-7187276 or emel di andymyscan@gmail.com! Gi usha ig dia, dia ada post cara guna MyScan ni ha! "
Hahahahdoihhh ni lah payahnya bila budak tak cukup umur teringin nak berinstagram jugakkkkk. Tapi diorang video ni tengok guna instagram mak lah. Pastu aku citer kat mak, dah tak memasal kean explain pulak vibrator tu ape jadahnya. -.-
Anyway, aku tau maksud vibrator tu dari cerita orang putih okay. "Aliens in America Season 1 Episode 17." Okay dah la sila lah google.
Okay nak tengok movie lah. byebye.
Subscribe to:
Posts (Atom)