Monday, September 16, 2013

Of cats and fireworks.

Hai.

Percaya tak, cuti dari hari jumaat sampai isnin, tapi gua gagah tak balik rumah sebab nak buat assignment? Yeah. Takde siapa nak percaya pun. K. At least siap la jugak dua assignments dalam masa jumaat sabtu ahad ni. Kalau kat rumah memang tak le.

Anyways, selain assignments, waktu waktu senggang juga diisi dengan pergi ke Putrajaya menghadap segala festival yang ada kat situ. Okay la dua je festival kitorang pergi, International Fireworks Competition and satu lagi Festival Kucing Putrajaya 2013. Cuti juga dimanfaatkan dengan pergi wedding lecturer di KL. Lecturer orang lain pulak tu. mihmihmih.

View dari PICC. Gigih kau nak tengok bunga api. 

Lepastu hujannnn. Kaitan sangat caption dengan gambar. 






Dalam lift laa baru boleh tangkap gambar sesama. Luar golap nau.

Tak banyak pun gambar time bunga api. Banyak rakam dalam phone. Ok sebenarnya banyak tapi gambar je la, bukan kau boleh click play nak tengok bunga api tu pun. 

My kind of heaven. HIHIHI

Macam kucing Ninja boys yang gelak hemoh hemoh hemoh tu. Ke tu anjing? Entah la.

Kucing memang sombong. Macam Kwang (kucing sendiri) jugak. hmph.

comellll. Next coming photos will have the same caption. *copy comelllll tu*

Kebanyakannya perempuan la. Hehe

comellll

Kucing 4kg? no problemo. Baby 4kg? "Wey cepat la ambik dia, dia nak jatuh laaa. Dia makan pin tudung aku. Dia lapar, nak mak dia."


Berapa kg tah. Beras lagi ringan kot. K tipu.

comellll. For sale.

Hai. Harga diri iolls RM1500. Beli lah iolls. 

Eh rasanya yang ni la 4kg. Kot la. 
comellll

mak cakap pipi jerawat sebab biar kucing duduk atas katil kat hostel.

comellll! No bukan kau Bee, kucing tu je.

Look how motherly i look when it comes to cat. 

Garangs. But still comellll.

Sorry senah baru start nak ada gambar kau.

Banyak orang buat photoshoot wedding sini. Nak jugak la nanti. Eh eh eh eh.

Sorry ain, baru nak ada gambar kau. 

 baru perasan budak tu pakai kasut tinggi! hahaha

Eh rasa cam lepas ni ada orang tukar twitcon or DP dia lah. Instinct aku kuat ni.

Selamat Hari Malaysia.

Tauke Yeos taknak buat contest iklan ke? Ni candid ni sumpah.

Tauke Yeos taknak buat contest iklan ke? Ni candid ni sumpah. (2). Jenis malas nak type. bhahah
Thanks for coming into my life. cheywah. 

Till jannah. Apa kau ingat couple je boleh? Kawan tak boleh? Ngahaha

Terima kasih sangat engkorangs for today. Serious terharu. Ajak pergi festival kucing terus hilang (sikit aaa) sedih dari pagi.

Bye.

Friday, September 13, 2013

Derma darah and contest teka berat.

Hai.

Eh tak lah, siapa kata derma darah bulanan kami? Gila ape ? :O Okay maybe aku yang gila. So anyway, ni kira first time laa derma darah. Dah banyak kali dah kat sini (baca : kolej) kalau ada event, mesti ada booth untuk derma darah. Sebelum sebelum ni memang nak pergi, tapi..............apakan daya.......... masa tu takde kawan........... i was all alone at that time. okay, alasan orang penakut. eh tapi memang sentiasa sorang je. *sobs*.

Sem ni baru bersemangat nak derma dara, eh darah, since housemates semangat ajak pergi derma dara, eh darah. Tsk samy vellu stop confusing me! 

Syarat syarat menderma darah.


Sesi carik IC. Tu senyum cuak tu, bukan senyum cover. Rasanya la. 

Kalau berat badan less than 45kg, tak boleh derma. So, nanti gua buat contest teka berat okay, dah bagi clue dah ni. kakaka.

"Kamu tau tak darah kamu jenis apa?"

Saya rasa A. Last check time kelas Biology masa form 5.

"Darah kamu B."

Oh ye? K.

Dak dak darah O. Dah pahal macam show off result SPM ni? 

Check blood pressure. Tapi Madihah tak boleh derma sebab seminggu sebelum tu dia selesema.






Masa check blood pressure dia akan tanya soalan soalan seperti "pernah buat seks atau tak?" "tengah hari makan apa?" "Tidur pukul berapa,bangun pukul berapa?" Jawapan yang paling malu nak jawab adalah tidur dan bangun pukul berapa. Tu baru akak pusat darah negara, kalau future bakal mak mertua buat check up tanya tidur pukul berapa bangun pukul berapa, harapnya dah tak macam sekarang le jawapan nya. Hiks. 

Mampu tengok nurse tu masukkan jarum. Masa aku kena cucuk mata pandang ceiling je, takut punya pasal.

Sempat pray4. Untung laa duduk sebelah sebelah boleh borak borak. 

sorang derma satu bag je. bersamaan berapa pint darah? henntah.

Lepas keluarkan jarum, dia bagi rest 10 minutes. Takde la lepas lepas je cabut jarum , lekat plaster cepat cepat nurse tu terus"hoi bangun bangun, banyak lagi orang nak derma darah."

"Senior". Dah second ke third time derma darah. 

Sample darah penderma rasanya. Taktau pape sebab tak pandang langsung ape nurse tu buat sebelum dan selepas dia pegang jarum.

Time ni dah, relax brader brader relax...hehehe. To be honest aku tak pernah dengar lagu tu yang original punya. Pernah dengar/tengok orang nyanyi/tulis je.

Dapat ni. Yeay. Kira macam log book la untuk derma darah. Amboi kemain. 


Effect dia lepas derma, tangan kebas  kebas camtu je laa. Saje mengada tak gerak langsung tangan kiri mula mula, konon teruk sangat effect dia sampai Ain bengang kat kitorang sebab mengada :P. Lepastu malam tu orang lain pergi PKK gua tidur kat bilik. Ain kata sebab derma darah. Rasanya kalau tak derma darah pun..........pernah je tidur lepas maghrib camtu. Wuhahaha. 

In a  nut shell (amboi ayat essay SPM), derma darah best! Hehe. Sebelum derma sejuk sejuk tangan isi borang. Nak test darah apa pun dah cuak. Tapi bila dah derma tu best la jugak. Rasa cam, "yeay dah pernah ada experience derma darah ^^) !" 

Okay first timer memang camni, excited tangkap tangkap gambar bagai time derma darah. Tehehe. Terima kasih madihah dan ain yang tak derma darah tolong tangkap gambar weolls derma darah. 


Bye.

Monday, August 26, 2013

raya, open houses and weddings

hai.

hows your raya? ya, your raya is more important than you. i dont wanna how youre doing. anyway, this year's raya was fun . i guess. with new family members and all. and dengan kengkawan yang sekarang Alhamdulillah senang gak laa nak jumpa. compared to last year's raya and masa zaman zaman takde kereta. Dulu nak raya kereta kena sewa, keluar duit banyak. *sobs* . Or kena naik LRT, tukar tren pulak lepastu, naik teksi/bas, or mengharapkan parents/abang/kakak kawan ambil dan hantar ke destinasi. *sobs*

anyway, i gained 1kg this raya. bloody hell. elok dah turun 5 kg, naik 1 kg. so now im continuing the process of losing some weight which was started before ramadhan. amboi propanya ayat lempang kang. but one thing i cant stand is the 3 liters of plain water per day. AT LEAST 3 liters. the drinking part is okay, the kencing all the time part is the problemo.

emm, what else eh?  oh ya weddings. i received a lot of wedding invitations this raya. well 3 invitations at one time is a lot to hadap okay. all of em are from my high school . one of em is my closed friend, rabi, lagi 2 tu juniors. eh, tak dua je invitations. perasan je semua orang kahwin nak jemput dia. tapi ramai gila budak sekolah gua yang kahwin bulan syawal ni. cuma tak dapat invitation semua je lah tapi. tengok orang post gambar dengan caption "congrats, berbahagia till jannah!" je kat instagram and facebook. 

i was like, "eh why is everyone getting married? T_T". seriously weh macam ramai sangat kahwin serentak ni pehal plan nak dapat baby sama ke ape? eh. i guess its normal for people to feel jealous kan? no? i mean, who doesnt want to get married? especially at this age where our adrenalin are okay ape jadah gua merepek ni  mati laaa eh kbai lah.



gambar instagram je. Puan Rabiatul and Encik Ashraf.

Look, im taller than the pengantin! hehehehe. 

le housemates.

macam salam salam hari raya dah pehal dah ni siap dengan shapa kesat air mata kat belakang tu?

candid. sumpah. tak terniat pun nak jadi model tengah tengah orang dok bergosips. kahkahkah. okay nak tukar DP sekarang. kakaka

fariza tengah call time ni. harus la bercakap sambil senyum.


Jeni tengah explain pasal penjagaan bayi. 

Balqis with sofiyyah, mursyidah's baby.

Jeni dengan baby mursyidah.

fariza macam nenek. nenek cantik la tapi.

hartamas!


primary school friends. sama sama kain hijau baju lusuh tudung getah. all grown up already. :)

primary school friends. sama sama kain hijau baju lusuh tudung getah. all grown up already. :) (2)


gambar dengan dak dak mahad tak banyak, aih semua kat kamera jiha, yang ada tu dalam phone (liy and fariza punya jugak) ja :(

gambar dengan member kuis di ambil dari camera diniy kebanyakannya.

gambar sekolah rendah diambil dari fb member dan instagram sendiri. 

p/s : sesiapa nak kahwin jemput laaa lagi weolls. hewhewhew


Friday, August 9, 2013

selamat hari raya maaf zahir!

hai.

selamat hari raya maaf zahir je. why zahir only meh? cause my batin is not ready to forgive people. wuahaha waklu ramadhan tak bagi pengajaran ape. tak ikhlas betei.

anyway, may this year's raya bring us closer together. and may this raya ...... jap nak copy wish kat google plus. kahkah. oh tu ramadhan. malas ah. 

hah, lagi satu, siapa cakap orang yang type SHRMZB orang pemalas dan wish tak ikhlas ah? ni aku nak buktikan ni yang aku bukan seorang yang pemalas. 

tadddaaaaaaa! tehehehe

Kita kalau ada LDK (Latihan Dalam Kumpulan) time camping masa sekolah dulu kan kena buat logo team lepastu beritahu maksud logo kan? Haaaa kau ingat aku buat ni sesaje je takde maksud ke? Setiap bait lukisan tu ada maksud okay. Kahkahkah. Amenda kelakar sangat tah. 

1. Warna SHRMZB - Hijau, Biru dan Ungu ;  melambangkan warna baju raya (+ 1 baju pergi kelas) tahun ni. 

2. Ketupat Hijau - Ketupat yang belum masak. Daun yang macam sesungut lipas tu simbol perpaduan ummah. waklu. kakakaka . 

3. Ketupat Coklat - Ketupat yang dah siap direbus. Sesungut lipas tu daun atas dia. Tsk susah okay lukis guna paint.

4 . Envelope Purple, Biru, Hijau - Sampul duit raya rumah kitorang tahun ni. Biru tu sebenarnya nak tiru bank islam punya sampul, tapi tak jadi. Lain warna melambangkan lain amount yang ada dalam tu. 

5. Bintang - Melambangkan hari raya. Nampak anak bintang. Jap ke anak bulan? Ke bapak bulan? Ala malas la nak edit lukis bulan pulak. 

6. Hearts - Melambangkan kasih sayang antara ahli keluarga sanak saudara dan sahabat handai di hari yang mulia ini. cheyywahh padahal sebab nak memenuhkan ruang je. 

oh oh oh lagi satu lagi satu, *drum rolls*

tadaaaaaa! Kita berjaya buat ketupat setelah belajar dari tahun lepas. kakaka

Okay serious mode. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Mintak ampun hujung tudung indon sampai hujung kasut tinggi, kalau ada salah silap terkasar bahasa terannoying sampai kena block

Sebenarnya cecuak nak mintak maaf and cakap hari raya sorang sorang sebab takut nanti kena marah cam haritu. K dah tu je. 
Dah la bye. Selamat hari raya anda dan awak semua.

DidYouKnow Facts : Tahukan anda, orang yang forward mesej raya orang lain itu adalah lagi pemalas dari merekan yang menaip dengan tangan sendiri SHMZB? Sebenarnya dua dua pun malas, tapi tahap kemalasan tu, orang yang forward mesej lagi malas. K dah bye.


Saturday, August 3, 2013

Jangan Menipu

Hai.

Itu hari kat kolej gua ada buat road block. Yes, road block in college. Everything is possible in our college. Nak letak penjara dalam Kolej X is also possible. Nak jadi cerita boleh pulak time tu keluar masuk dua tiga kali. First hantar orang pergi KTM, second nak keluar pergi bukak puasa,masuk dalam balik ambil orang lain pulak. Keluar balik. Kena check lagi.

Ustat M : Kad matrik mana kad matrik?

Aku       : Ada ni ustat. *bagi kad matrik time asasi sebab kad matrik degree tertinggal kat bilik*

Ustat M : Kamu sem berapa?

Aku       : Sem 5.

Ustat M : Tapi kad matrik kamu ni 10 ni. (means tarikh masuk tahun 2010)


Ahh sudah. Lupa pulak kalau nak menipu kena pakej tipu semua sekali. Masuk akal sangat dah 3 tahun still kat sem 5 tak blah blah dari kolej X tersebut.

Aku       : Sebenarnya tu kad matrik asasi ustat. Kad matrik degree kat bilik, tertinggal. tehehe

Ustat M : Ni kena potong hujung kad ni, dah tak guna dah ni. Ni saya pegang dulu.

Aku       : Eh saya ambik la ustat, nak pegi balik bilik ambik kad matrik degree pulak.


Nasib baik dia bagi. Ustat M ni ok jugak la sebab dia cakap elok elok. Sebenarnya ada cerita lain masa road block haritu, tapi malas la gua nak panjang cerita sebab yang tu memang salah sendiri. kakaka.


Jangan tanya kenapa mulut camtu. Ni gambar 2010, masih ber-braces lagi time tu.

Anyway, rules memang annoying pun. Lagi lagi yang tak masuk akal. Saya ni takde la rebellious sangat orangnya jenis nak langgar segala peraturan tok mak nenek ayah chik ayah pin mak esah bagai. Tapi tang yang tak masuk akal ni........lu pikir la sendiri. 

Tak kisah pun sebenarnya kena tegur ni kalau memang dah salah sendiri. Tapi jenis tegur menjerit terus marah marah ni, aih, tak puasa ke bang aji (Encik Z bukan nama sebenar)? kahkahkah geli gila address orang as bang aji. Siapa suka oiii kita cakap elok elok lepastu kena marah pulak. Rasa macam dalam tahanan penjara je kena ketuk ketuk tingkap kereta bagai. Ingat ketuk ketuk ramadhan sheila rusly ape. Ish geram pulak teringat balik. Where's the love yo? I dont know. Where's the truth yo? I dont know (nyanyi lagu BEP jap).

kali ketiga kena check (lepas ambil kad matrik degree), orang yang check tu baik. Nasib baik. Terima kasih sebab tak marah marah. Tak macam yang ketuk ketuk ramadhan tu. hmmmm.

Tapi hikmah dia kena tahan haritu, kitorang sampai kedai makan just in time nak berbuka puasa. So, takde la lama sangat tunggu. Takde la kaitan sangat sebenarnya. kakaka

Bye.

DidYouKnow Facts :  Setiap kali kena tahan dengan Pakgad atau mendapat layanan buruk dari staf Kolej X, benda pertama yang aku buat adalah cam muka, dan tengok nama dekat kad pekerja dia, dan ingat sampai bila bila. *angin + sound effect biasa ada dalam cerita cowboy*


Thursday, August 1, 2013

And i thought i can never move on

Hai.

"Allah has the ability to let us heal and move on."





In the end putting faith in God is whats important. 


Just a reminder for myself. tehehe. 

Bye. :')