Friday, August 9, 2013

selamat hari raya maaf zahir!

hai.

selamat hari raya maaf zahir je. why zahir only meh? cause my batin is not ready to forgive people. wuahaha waklu ramadhan tak bagi pengajaran ape. tak ikhlas betei.

anyway, may this year's raya bring us closer together. and may this raya ...... jap nak copy wish kat google plus. kahkah. oh tu ramadhan. malas ah. 

hah, lagi satu, siapa cakap orang yang type SHRMZB orang pemalas dan wish tak ikhlas ah? ni aku nak buktikan ni yang aku bukan seorang yang pemalas. 

tadddaaaaaaa! tehehehe

Kita kalau ada LDK (Latihan Dalam Kumpulan) time camping masa sekolah dulu kan kena buat logo team lepastu beritahu maksud logo kan? Haaaa kau ingat aku buat ni sesaje je takde maksud ke? Setiap bait lukisan tu ada maksud okay. Kahkahkah. Amenda kelakar sangat tah. 

1. Warna SHRMZB - Hijau, Biru dan Ungu ;  melambangkan warna baju raya (+ 1 baju pergi kelas) tahun ni. 

2. Ketupat Hijau - Ketupat yang belum masak. Daun yang macam sesungut lipas tu simbol perpaduan ummah. waklu. kakakaka . 

3. Ketupat Coklat - Ketupat yang dah siap direbus. Sesungut lipas tu daun atas dia. Tsk susah okay lukis guna paint.

4 . Envelope Purple, Biru, Hijau - Sampul duit raya rumah kitorang tahun ni. Biru tu sebenarnya nak tiru bank islam punya sampul, tapi tak jadi. Lain warna melambangkan lain amount yang ada dalam tu. 

5. Bintang - Melambangkan hari raya. Nampak anak bintang. Jap ke anak bulan? Ke bapak bulan? Ala malas la nak edit lukis bulan pulak. 

6. Hearts - Melambangkan kasih sayang antara ahli keluarga sanak saudara dan sahabat handai di hari yang mulia ini. cheyywahh padahal sebab nak memenuhkan ruang je. 

oh oh oh lagi satu lagi satu, *drum rolls*

tadaaaaaa! Kita berjaya buat ketupat setelah belajar dari tahun lepas. kakaka

Okay serious mode. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Mintak ampun hujung tudung indon sampai hujung kasut tinggi, kalau ada salah silap terkasar bahasa terannoying sampai kena block

Sebenarnya cecuak nak mintak maaf and cakap hari raya sorang sorang sebab takut nanti kena marah cam haritu. K dah tu je. 
Dah la bye. Selamat hari raya anda dan awak semua.

DidYouKnow Facts : Tahukan anda, orang yang forward mesej raya orang lain itu adalah lagi pemalas dari merekan yang menaip dengan tangan sendiri SHMZB? Sebenarnya dua dua pun malas, tapi tahap kemalasan tu, orang yang forward mesej lagi malas. K dah bye.


Saturday, August 3, 2013

Jangan Menipu

Hai.

Itu hari kat kolej gua ada buat road block. Yes, road block in college. Everything is possible in our college. Nak letak penjara dalam Kolej X is also possible. Nak jadi cerita boleh pulak time tu keluar masuk dua tiga kali. First hantar orang pergi KTM, second nak keluar pergi bukak puasa,masuk dalam balik ambil orang lain pulak. Keluar balik. Kena check lagi.

Ustat M : Kad matrik mana kad matrik?

Aku       : Ada ni ustat. *bagi kad matrik time asasi sebab kad matrik degree tertinggal kat bilik*

Ustat M : Kamu sem berapa?

Aku       : Sem 5.

Ustat M : Tapi kad matrik kamu ni 10 ni. (means tarikh masuk tahun 2010)


Ahh sudah. Lupa pulak kalau nak menipu kena pakej tipu semua sekali. Masuk akal sangat dah 3 tahun still kat sem 5 tak blah blah dari kolej X tersebut.

Aku       : Sebenarnya tu kad matrik asasi ustat. Kad matrik degree kat bilik, tertinggal. tehehe

Ustat M : Ni kena potong hujung kad ni, dah tak guna dah ni. Ni saya pegang dulu.

Aku       : Eh saya ambik la ustat, nak pegi balik bilik ambik kad matrik degree pulak.


Nasib baik dia bagi. Ustat M ni ok jugak la sebab dia cakap elok elok. Sebenarnya ada cerita lain masa road block haritu, tapi malas la gua nak panjang cerita sebab yang tu memang salah sendiri. kakaka.


Jangan tanya kenapa mulut camtu. Ni gambar 2010, masih ber-braces lagi time tu.

Anyway, rules memang annoying pun. Lagi lagi yang tak masuk akal. Saya ni takde la rebellious sangat orangnya jenis nak langgar segala peraturan tok mak nenek ayah chik ayah pin mak esah bagai. Tapi tang yang tak masuk akal ni........lu pikir la sendiri. 

Tak kisah pun sebenarnya kena tegur ni kalau memang dah salah sendiri. Tapi jenis tegur menjerit terus marah marah ni, aih, tak puasa ke bang aji (Encik Z bukan nama sebenar)? kahkahkah geli gila address orang as bang aji. Siapa suka oiii kita cakap elok elok lepastu kena marah pulak. Rasa macam dalam tahanan penjara je kena ketuk ketuk tingkap kereta bagai. Ingat ketuk ketuk ramadhan sheila rusly ape. Ish geram pulak teringat balik. Where's the love yo? I dont know. Where's the truth yo? I dont know (nyanyi lagu BEP jap).

kali ketiga kena check (lepas ambil kad matrik degree), orang yang check tu baik. Nasib baik. Terima kasih sebab tak marah marah. Tak macam yang ketuk ketuk ramadhan tu. hmmmm.

Tapi hikmah dia kena tahan haritu, kitorang sampai kedai makan just in time nak berbuka puasa. So, takde la lama sangat tunggu. Takde la kaitan sangat sebenarnya. kakaka

Bye.

DidYouKnow Facts :  Setiap kali kena tahan dengan Pakgad atau mendapat layanan buruk dari staf Kolej X, benda pertama yang aku buat adalah cam muka, dan tengok nama dekat kad pekerja dia, dan ingat sampai bila bila. *angin + sound effect biasa ada dalam cerita cowboy*


Thursday, August 1, 2013

And i thought i can never move on

Hai.

"Allah has the ability to let us heal and move on."





In the end putting faith in God is whats important. 


Just a reminder for myself. tehehe. 

Bye. :')

Wednesday, July 31, 2013

Lelaki dan shopping

Hai.

Haritu aku pergi shah alam. Abah ajak pergi beli baju raya. Walhal aku dah beli kat Syira. Serious baju ada banyak beads yang biasa orang jual 200+, Syira jual 100 je. I repeat, banyak beads, cantik, RM100 tunai SAHAJA. I guess for us women, rm100 is considered cheap okay laaaaa since baju sekarang semua mahal amat. tehehe. Beriya-iya aku buat belanjawan bajet raya 2013 tau. 

Masa pergi shopping tu, orang dah la ramai gila. Aku dah macam ganti kan mak aku pergi carik baju untuk adik aku. Busy iolls tau. Ye la adik adik pemalu betei nak tanya fitting room pun payah, nak test baju pun payah, nak suruh bayar sendiri (duit bukan sendiri punya la tapi) pun payah. Macam mak mak sangat iolls. Tinggal nak practice masak je and ambil kursus kahwin , dah boleh on je. eh eh eh eh eh eh bye.

Anyway, lelaki memang kesian kalau pergi shopping. Masa kat shah alam tu, (and kat tempat lain jugak, *amboi banyak tempat kau shopping kak jah*)

[source]


-yang beratur kat ATM kebanyakannya lelaki (termasuk abah),
-yang duduk kat tepi tepi muka bosan, lelaki (termasuk abah),
-yang avoid dari masuk kedai emas, lelaki ( sebab terdengar ada orang cakap kat awek/bini dia depan kedai emas yang ada prmotion buy 1 free 1 ,"ya ya nanti saya beli.ya nanti saya beli." sebab awek/bini dia cakap "tapi tu buy 1 free 1"), 
-yang duduk tepi jaga baby, lelaki. 
-yang tunggu tepi fitting room beri pendapat , lelaki (tak semua , abah tak pun)

Kahkah kesiannya. Mesti penat, lagi lagi kalau shopping dengan perempuan yang cerewet, double penat wey. Bukan takat lelaki, aku pun penat keluar dengan orang cerewet. 

[source]

Kira untung la lelaki kalau dapat bini/awek tak suka shopping. Ehem, saya pun tak suka shopping sangat. Shopping kalau perlu (kalau ada duit) sahaja. Undilah saya, kakaka *Mati laaa ingat ni rancangan realiti ape*

Dah la bye.

p/s : baju kurung kain sedap kat Giant  Kelana Jaya murah je wey. Dap sangat kita pakai! (baju raya dah pakai dulu wey).

p/s : Ye la kau ingat aku suka sangat baju banyak manik? Satu tu je pun. Buat berat je pergi raya. Nanti raya orang tanya "asal jalan lambat sangat niii?" sebab baju berat.

p/s : Lepas raya dah ada muscle sebab baju berat sangat. kakaka over nya statement mintak lempang sahaja lagaknya.

p/s : Sape pakai biru dengan purple nanti kita team up buat boria miskin kaya kat depan rumah orang okay mintak duit raya sesama! (student , belum bekerja = duit raya masih boleh diterima)

KKKK BYE.

Saturday, July 13, 2013

Ramadhon

Hai.

Ni conversation dengan opah before berbuka;

Opah : Cik anak kucing hilang 2 ekor. Agaknya orang ambik makan ke ape tak. *muka risau gila* + *randomly tuju jari telunjuk kat rumah mana tah*

Aku  : Isy opah ni, tak baik tuduh tuduh. Bulan ramadhon ni. (aku tegaskan dhon tu k)


Ni conversation lepas teraweh;

Aku  : Alaaa anak kucing dah hilang mesti orang ambik. Isy bela la kucing sendiri. -.-

Lepastu tersedar, "eh tak baik tuduh, Astaghfirullah al azim" . Sekali dengan kakak aku ada kat situ.

Opah : Cik tak baik tuduh tuduh bulan puasa ni.

Aku  : Elele opah tadi pun tuduh ada cina makan anak kucing kan? 

Opah cam nak jawab tapi taktau nak cakap apa lepastu terus masuk rumah. Kakak aku dah gelak gelak sebab kata cina makan kucing. Jadi kategori cucu derhaka kah kitorang? Harapnya idok la. hewhewhew

facebook : The Muslim Show. Best! kelakar at the same time bagus. :)


p/s : selamat berpuasa uolls. jangan jadi macam aku dengan opah aku, tegur pandai, time sendiri buat, pandai jugak. pandai carik alasan. kahkah. mari jaga mulut dan practice berbuat/menambah kebaikan dan meneruskan ianya di bulan lain jugak.

p/s : siapa nak belanja kita berbukak puasa di alu-alu kan. hewhewhew

Bye.

.

Thursday, July 4, 2013

Mengumpat punya pasal

Hai.

Tadi petang aku dengan eija teman bee pergi klinik kat atas nu ha. Sementara tunggu tu kitorang ambil la majalah kat situ. Tapi sayang , tak ada komik doraemon . K takde kaitan. Lepastu aku terjumpa satu artikel ni. Ni kira journey nak naik atas langit la, kan ada 7 lapis semua kan. Tapi point aku kat langit first la, yang bila baca, rasa cam, *gulp*;

Dekat pintu langit pertama ;
   
Malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari. Berkata malaikat penjaga pintu langit, 

"Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya."

and cursing too. [source]


Haaaaa. Tetiba terasa pedas tak uolls? Ke iolls je yang terasa pedas nya? K. Jangan nak menipu la tak suka mengumpat. Tup tap tup tap bukak cerita reramai sambil makan kann? Tak pun krup krap krup krap tengah makan kerepek, boleh pulak "tengok tak status baru ***** ****** ? annoying kannn?"

ah tapi status fb dia memang annoying pun. K K K K K K K K K serupa takyah buat post mengumpat kalau takde rasa insap .

ish.

Astaghfirullah.

Saturday, June 22, 2013

Just Married!

So one of my close high school friends just got married last night. Congratulations Rabiatul! Taktau berapa banyak kali congrats dah. hahah.

Rabi malu time ni. Ihiks :')

senah masa ni "ahh nasib baik."

simple and beautiful. kalau heavy make up takut salah orang pulak kang. scarlett johansson  katanyaaa. XD


got to meet some of my high school friends last night :')



ambil berkat sikit. eh?

high school and college friends :')

sempat sebelum masing masing balik.

ah after all those frustrations, she finally met someone. Congratulations awak! (again)

i iz jealouzzz. kakaka

p/s : ni nikah je, tak jemput reramai cam kuih jemput jemput tu. eh. rasanya walimah mesti Rabi jemput sekampung teruih.

p/s : pakgad malam tadi baik bagi masuk even dah pukul 12 lebih. Alhamdulillah

p/s : satu door gift bagi pakgad sebagai tanda terima kasih.

p/s : nak bagi bunga telur sekali, tapi dia taknak. sebab takde nasi minyak sekali. (k ni tipu)

p/s : nak pms p/s sampai tahun depan ke cemane ni?

kbai :D