Showing posts with label pregnancy and stuff. Show all posts
Showing posts with label pregnancy and stuff. Show all posts

Sunday, December 17, 2017

Pregnancy Journey

Hi....

Its been a long time since i last updated my blog. i almost forgot that i even private it due to some reason... excuse my rusty english lol.

Tajuk very the typical kan pregnancy journey gitu. Just wanted to blog about this so that i can remember how it feels like to be pregnant, in the future. and/or whether i should go through it over again or not in the future lol. jkjk.

First trimester - 

Okay. At first, i already suspected that i was pregnant.  i have always had my period on time every month. without fail. regularly. gitu. Tiba tiba at that time period lambat. Ada la keluar tapi sekejap je. After 2 days, dah tak ada apa2. So mandi wajib and buat aktiviti ibadah seperti biasa, gittohh. Lepas seminggu, i secretly bought a UPT and tested it myself. The result was negative. Not sure why but i was relieved at that time. Maybe risau tak puas enjoy kot.

Did some readings after that. Some say that youll have to wait for at least 2-3 weeks late before testing it. So i did, bought another UPT and waited for 2-3 weeks before testing it. TAPI, naluri tu dah ada. So the following week, masa tengah lunch, dah makan nasi ni boleh pulak teringin pasta, so beli pulak pasta and makan. Lepastu cakap dengan Nieda "beb jom gi Guardian. Aku rasa aku pregnant la. Nak beli test kit tu." Gigih naik uber pergi Guardian.

 Beli time tu yang tak payah tunggu pagi untuk test. Sebab UPT biasa disarankan untuk buat time pagi. Like you need to test it using the first pee of the day. I couldnt wait any longer. So i tested it straight away after returning back to office. As expected, the result was positive, Alhamdulillah :)

I couldnt stop smiling the whole day. Nieda expected it, but of course i wouldnt want her to be the first person to know about it. Of course husband kena tahu dulu! Lepas makan malam, this was our conversation:

Me : Nanti dalam hujung bulan 12 ada orang nak datang ziarah tau.

Him : Siapa?

Me : Ada la, dalam bulan 12 nak ke bulan 1 macam tu.

Him : Siapa? Bagitau la.

Me : Showed him my belly.

His first reaction was to tell Ibu, my MIL. I shhh-ed him at first. He already suspected it anyway. Lepas makan macam tu, baru boleh bagitau MIL. I was expecting him to cry or to be overjoyed with the news, hence the shhh-ing. Lepas bagitau MIL baru husband excited cakap "yeay nanti ada kawan kecik."

First trimester was a bit tough. Pagi gosok gigi muntah, malam lepas makan muntah. Memang nak makan asam asam je time tu. So meja aku ada asam tu lah, asam ni lah. Tapi Alhamdulillah dekat office tak ada muntah2 sangat.

[image source]


Second trimester-

Wohooo enjoyyyy. Pergi berjalan sana sini. Sampai ke JB pergi wedding Eija. Tidur hotel best. Penat pun tak rasa sangat. Lunch kalau teringin apa2 pergi carik. Tapi so far bila orang tanya ada craving apa2 tak, tak ada. Craving tu macam datang dan pergi. Cuma ada la satu masa tu teringin sangat nak roti canai dekat specific kedai kat Simpang Balak tu, but husband was on fever att and wouldnt buy it for me. So i drove myself and bought it, sambil nangis2 ni sebab kecik hati. LOLLL.

At second trimester, dah nampak sikit baby bump. Rasa beza lemak (lembik) and baby bump (keras). Also, at this stage is where you will feel the movement of the baby. I first felt it while at office. Time tu nak solat asar, baring kejap. Sekali rasa "DUP." Time tu ingatkan masuk angin ke apa. Rupanya it was my baby, kicking and doing his/her thing :')

Also, we knew our baby's gender at the age of 25 weeks if im not mistaken. :)

[image source]
we did most of our shopping during my late 2nd trimester to early 3rd trimester. Most of the baby shopping was done by my husband. Dia punya excited tu, hanya Tuhan yang tahu. hahahha. Tapi its okay hes excited daripada tak ada rasa apa apa langsung. :)

and, mostly beli barang baby online. Dah hujung2 nak masuk third trimester baru beli dekat kedai baby. Kitorang prefer Aeon Midvalley. Sebab nak masuk mother care bagai idok le temannn.

Third trimester-

Sikit sikit sakit tu datang, sakit ni datang. Sakit pinggang. Tapi Alhamdulillah towards the end jugak lah sakit tu datang. Certain orang awal2 dah sakit pinggang, macam aku hujung2 nak dekat due date ni sakit datang. Air ketuban kurang sampai kena warded. Sampai la ni, at 38 weeks belum bersalin lagi.

Also, time third trimester ni boleh la pergi antenatal class. Ada yang free and ada yang berbayar. We went to Hospital Pakar An-Nur punya antenatal class. RM150 per couple. You can just message them on facebook. Cause kalau call pun, dia akan suruh PM facebook. Tapi sebenarnya, apa yang dia ajar, semua ada dalam buku pink checkup pregnancy tu. kalau bukak buku dekat Klinik Kesihatan la. Kalau swasta tak pasti.

Andddd dah hujung2 pregnancy ni, banyak pulak barang sampai kat rumah. Emmm rupanya ada orang beli mainan sebab tengah sale. Tau2 je, "nanti ada barang sampai bagitau ya." Haiyoh husband very the excited. Nasib baik dia pandai kemas so im okay with it. As long as he's happy and excited its fine. heheh.


I think thats about it. Phewh. Please pray por meeee. May Allah ease this journey and my labour process. Serem oi.

Me RN. [image source]

Will un-private this blog back.. sooner or later. lol.

Monday, November 21, 2016

2 months slash 8 weeks

hi.

aku dah MC selama 2 weeks and bakal bekerja semula pada esok hari. which is okay to me. tak pernah pernah dapat MC 2 minggu, biasa nak dapat sehari pun kena menagih, ni kan pulak 2 minggu.

straight to the point, aku MC 2 minggu sebab keguguran,miscarriage, missed abortion (surat dari lab tulis aku tiru je) and whatever you call it.

Alhamdulillah lepas 2 bulan kahwin dapat rezeki untuk pregnant. Memang untuk first pregnancy kitorang taknak rancang, sebab nanti kang rancang2 tak dapat pulak. Lagipun tak ada sebab untuk merancang pun Alhamdulillah. Ekonomi okay, ada rumah selesa, tak sakit Alhamdulillah etc etc.

Awal2 dapat agak bila tiba tiba rasa penat ya'mat. Aku jarang tidur kalau duduk kat seat depan. Tapi tiba tiba haritu dari Kajang nak ke KL aku boleh tidur. Rasa mengantuk sangat sangat sangat sampai tak boleh tahan. Pastu yang mengukuhkan lagi teori aku pregnant is of course lah period. Period memang selalu on time or awal 2 hari, tapi masa bulan tu dia lambat.

Kitorang pun senyap2 beli UPT and simpan dulu. Tunggu lama sikit baru nak check. MIL aku kata 3 bulan baru check. Tapi as a newlywed of course kitorang tak boleh sabar 3 bulan. Alhamdulillah ada double line. Pergi klinik lagi untuk confirmkan, walaupun memang dah tahu confirm. ehehe.

Start la segala kisah muntah, selera makan bertambah, tetiba tak selera. Muntah muntah tu okay la time malam je. Siang ada la sekali kat office keluar laksa and sirap limau lunch hari tu euwww why do i have to explain this. Tapi exactly on week 9, muntah2 tu stop. Padahal kalau ikutkan mak aku kata at least 3 - 4 months. Aku pun okay la relaks takde fikir apa. Yeay je la tak muntah.

Fast forward to week 10. Aku gi kerja cam biasa. Tapi haritu jam luar biasa. Barbie sangat jalan kena tutup and kena lalu jalan lain tak memasal kena bukak waze. Sampai office, terus pergi toilet. Tetiba ada something that looks like a period. Terus call mak, mak cakap benda tu sometimes normal, tapi better balik rumah check. Aku pun boss dah kasi green light, terus balik rumah. Office dekat dengan rumah mak aku by the way.

Check kat first klinik Pakar sakit puan, doctor scan and kata baby tak sihat. Kat screen tu kata baby 8 weeks. (aku lupa time ni dah 10 weeks).Jantung tak berdegup. Tu berkias lagi. Dah lama sikit, dia cakap confirm miscarriage. Tapi untuk second option boleh check dekat hospital lain. Confirm is confirm, option lain tu cam either nak double check or nak buat camne dengan kandungan tu, D&C (Dilation and curettage (D&C)) ke camne. Nampak copy paste di situ.

Aku dah meleleh dah air mata time tu. Nasib baik ada mak kesayangan kat sebelah. Keluar klnik mintak tolong mak call kan husband. Nasib baik jugak office dia 10 minit dari PJ. Dia datang PJ, kitorang pergi klinik Azzahran Bangi. Doktor tu pun kata tak nampak heartbeat. Dia buat surat refer kitorang jumpa pakar. Esok tu jumpa pakar, confirm miscarriage. Tanya jugak doktor sebab apa boleh gugur, Kerja aku depan PC je, tak se-stress kerja lama, takde angkat berat ke apa.

Doctor 1st cakap 1 daripada 5 orang wanita mengandung keguguran. Dalam kes ni aku la yang 1 tu cis. Doctor 2nd tak function sangat sebab maybe bukan kepakaran dia. Tu dia refer ke O&G and doctor 3rd cakap sometimes rahim kita tak kuat, kalau baby keluar pun akan tak normal. Similar to doctor 1st's and mom's opinion.

Time tu nangis sikit tapi dah redha. Sebab dah 3 doctor jumpa so dah boleh agak jawapan dia. Terus warded . Pukul 11.30 macam tu nurse kasi ubat. Takleh makan kena puasa dah. Petang pukul 2 masuk labour room. Doktor kasi ubat tidur, sedar2 dah settle.  Tapi perasaan ngilu tu ada lah. Lepas masuk bilik, tidur dalam 3 jam macam tu, baru aku berani nak pergi toilet. Ngilu aih tulis ni pun. Tapi Alhamdulillah tak ngilu buang air. Malam around 8 macam tu kitorang balik PJ. Pantang rumak mak aku sebab kalau duk Kajang semua kerja rumah kosong tian ittew.

Sedih masa mula2 tau sebab, sehari sebelum tu kitorang jalan2 kat IOI. Masuk Parkson nampak stroller. Dah siap plan dah nak beli stroller macam mana, husband siap cakap toys kalau anak laki beli banyak-banyak supaya dia boleh main sama. Okay aku tulis ni pun sedih lak tetiba.

Tapi takpe la, ada hikmah. Allah nak kasi honeymoon lagi sekali kot *uhuk* another Pulau *uhuk* trip *uhuk* please.

Oh ya, kalau gugur kena pantang jugak okay. Kau jangan harap la boleh bersuka ria macam biasa makan itu ini, malam tu terus nak cuba buat baby lagi ke memang tidak okay. Yang aku baca kalau gugur < 4 months, pantang 2 weeks to 1 month macam tu je. And kalau nak try lagi pun tunggu la at least lepas period sekali or 2 kali. Bagi rahim bersih and sihat dulu.

Okay i know no ones gonna read this post. Just posting just in case someone else happens to be in the same situation as i did . =)


Bye!