Friday, September 4, 2015

Convocation Week - part 1(kot?)

Hello.

Before you guys start reading this post, please put on Vitamin C's Graduation song first!! Been waiting for this right moment to play that song hahahhaa. Not that i havent played it before while driving  hehehe. Saje nak bagi emosi. hihihi.

So last week was our convocation day. But took us a week to settle up few things before we can actually wear that robe and naik pentas ambik scroll. Phewh dramanya. A week before convocation tu berapa kali pergi kuis. Settle yuran jubah, ambil jubah, rehearsal tapi datang time rehearsal dah lama habis etc. Sampai Farah ingat aku dah berhenti kerja sebab asyik pergi kuis je kerjanya. Ye la sekali pergi berapa gambar masuk instagram. hihihiks.

Guess i'll start with our convocation day. Cause a week before that was nothing. hahaha. Just pergi kuis > tangkap gambaq > balik. zzzzz. Or maybe i'll start with the rehearsal day. Which we...em....arrived late? Hihihi. Masa rehearsal tu sempat la jalan jalan pergi ekstival, carik tudung untuk convo. Specifically kena pakai tudung putih or cream. T_T Pestu dah jumpa tudung murah, jual kat orang (which she didnt use it at all hurmmm), and bought the same one at warta for Rm37. X(


Nasi kukus kat bukit mahkota terpaling sedap ever T___T

Menumpang bilik orang. Dah habis madu sepah dibuang pergi jalan tempat lain kekeke.


masa convo tu kitorang keluar awal. Pukul 5.30 umi dah kejut suruh mandi and sesiap. 6.22 am dah gerak dah rumah uolls. Sebab dekat kad jemputan tulis "pintu akan ditutup jam 8 pagi." abah was a bit pissed off with that sentence. hahaha. he said it sounded rude. Masa sampai sempat makan. 7.30 orang merayau rayau lagi. Tutup dewan apanya -_____- Anyway, my parents were among the firsts who went in :') And aku terkapai kapai kat luar PKK pegang jubah, hood and mortarboard dengan hanger, tak jumpa orang lain :')

FINALLY MET SOMEONE.okay tak dia lambat. jumpa akak akak dahulu. 

masa dah terkapai kapai tu call kak zahidah, sebab tau kak zahidah mesti awal gila sampai. ehehhee. pestu baru tau rupanya kena beratur kat sebelah PKK. Kalau tak sampai orang dah habis grad aku tunggu je kat depan PKK. sobs.


Sampai baru pakai jubah, hoodie and mortarboard tu. oh sesiapa yang pakai tudung, please pakai shawl je jemah. Senang hidupmu dunia akhirat. unless kau tak kisah nak tudung bawal depan tu penyek dek mortarboard tu, silakan. contoh sepergi rajah di bawah.

Thanks kak zahidah pakai kan jubah and mortar board. :') 

Thanks kak zahidah sebab selalu ingatkan kite pasal assignment yang nak kena hantar. Pestu sama sama siapkan network design and sama sama terlupa. Padahal benda dah ada manual tinggal buat je, tu pun tak dapat ;') Pestu sama sama buat FYP macam orang gila, sanggup tunggu Sir Irwan habis kelas malam, padahal besok tu mock present je . Ingat lagi kelas first sama, kelas sir irwan......time tu first class habis pukul malam sangat. 11 lebih baru habis....time tu baru start rapat ngan kak zahidah . plus 2 orang je perempuan waktu tu hehehe. 


we survived degree together Alhamdulillah. Walaupun FYP semua present last minute, assignment selalu last minute, datang kelas selalu lewat few minutes, etc ;') Teringa time sem 1 ada lecturer suruh kitorang ambik banyak subject. Siap cakap "ambik subject X X X , nanti fail nak repeat senang ada masa lagi -___-" hahahaha misss K. And we didnt failed any subjects Alhamdulillah. well maybe except for usrah. thats exceptional okay! hahaha


and for us, we survived both foundation and degree at kuis. Alhamdulillah. Dari zaman gua rebel masa asasi dulu taknak pakai stokin pergi kelas (oooo rebel angat) sampai zaman redho ikut peraturan, dari zaman kasut tinggi time asasi, sampai kasut flat tapak dah haus tak reti reti beli baru, dari zaman rajin nak mix and match baju pergi kelas and tudung, sampai pakai tudung sama je pergi kelas, and dari zaman takleh hidup tanpa berada di dalam kepompong senah, sampai senah keluar dari kepompong kitorang. hahaha. and that was the time where i learn how to survive, being the only girl in the class wasnt that easy kay. I had to keep my face straight when other people are laughing along with their classmates, and there i was, sitting  alone infront/at the back of the class staring at my phone. Padahal time tu data plan dah habis :') Tetiba terjumpa jodoh ada orang usha kite eh kbai kakakaka. 


Still with the skema pose!!!

BCNTs and BSEs! Btw baju tu size S okay. Just so you guys know tehehe. 

lama sangat beratur.

candiddd. not so candid la tapi yang belah kiri tu. *emoticon mulut senget sebelah*

ini live update from the other side of sebelah pkk. hikhik.

walaupun muka haku dah terlepas, takpe la masukkan la jugak gambor ni. Nak tunjuk suasana graduan masuk dewan. gitu graduan. kekeke.



LOOK HOW BORED EVERYONE WAS. harharhar.


And so was this guy i guess. hahaha. 

gambar atas pentas ada baru ambik last week. tapi zzzzz malas nak semangat kesukanan macam orang lain siap scan. plus rumah takde scanner, rosak. bhahaha. 

Keluaq dewan jumpa abah je tak jumpa umi, pestu nak nangis. tehehe. dah la call tak dapek. takde coverage kat luar tu. sobs

abah boleh dikatakan seorang yang busy. jadi masa mula dapat tau tarikh konvo, awal awal dah cakap "abah kena freekan 29 august. takde siapa leh pergi orang kahwin time tu." tapi petang tu pergi jugak wedding. lepas konvo. nasib baik iolls sesi pagi hihihi.

abah kite beria nak snapkan :')



Lepas tu, abah kengkonon nak pi tapak ekstival nak tengok ada jual jual apa. Rupanya abah nak pergi sebab kesian kat anak dia. Ye aaa taknak la pergi, ambik scroll, blah centu je. Pestu tau aku dah pergi masa rehearsal tu teruih straight pergi wedding kat damansara. Tak sempat nak ambik gambar, bunga, chocs etc dengan kawan kawan pun. Memang melekat ngan parents time tu hihihi. Lagipun dah plan nak pergi picnic besok tu so takde hal la. Masing masing pun faham time tu busy ngan mak ayah. so takde istilah nak tacing takleh tangkap gambar ngan retis aku. Eh?


Okay mula mula ingat nak compile satu post tapi tetiba cam malas sebab gambar picnic tu banyak. hikshiks. so kena ada special post hikshiks.

Thursday, August 20, 2015

Pengalaman pertama beli barang kemas


Hai.

Haritu aku dan pasangan (lol taktau nak bahasakan boyfriend sendiri apa) ada bincang untuk beli cincin sebelum family dia datang rumah. Kira risik pakej tunang sekali la. cause i dont like the concept of malay punya adat tunang. Not that im against it though. Rasa cam tah, membazir sikit la. heheh tapi depends on masing masing punya point of view lah kot. tehehe.

So haritu kitorang sebenarnya plan nak carik hujung bulan ni. 30 haribulan 8. Sekali ada orang tu tetiba whatsapp di awal pagi (pukui 9 lebih takdak awai sangat lah kot) kata nak carik cincin lepas balik kerja. kemain google kedai emas dekat petaling jaya. Tanya mak, dapat greenlight, kereta okay boleh sewa (i bayar duit minyak okay, kire sewa la kekeke) terus setuju.

Mula mula plan nak beli dekat kedai emas W dan P bukan nama sebenar, tapi ada dengar member office cakap, biasanya diorang campur emas tu. Terms campur ni kire elok2 dari berkualiti, turun sikit la kualiti dia. Or range harga dia entah la aku ni tak pakar bab emas2 ni. Balik rumah cakap ngan mak nak beli kat kedai emas atas tu, terus cakap "boleh percaya ke? haritu ada cerita dalam dia letak besi bagi berat, luar salut emas. Carik kedai lain la.."

Tanya balik kedai sri pinang okay? Sebab haritu macam ada survey2 situ. Beliau terus mengiyakan dan menyetujuinya. Balik kerja, ambik paeh kat LRT, zooom to PKNS Shah Alam we go. Shah alam biasa la jam dia fefaham je lah. Sampai sana,sambil carik kedai emas sri pinang, sambil tu tengok banyak gak kedai emas lain. Tapi sedikit kuciwa sebab, kedai emas sri pinang tengah promosi emas putih so memang emas yang emas tu takde stock. Huwaaa kalau ikut hati memang prefer emas putih, tapi hurmmm semua orang kata emas kuning tu lagi ada value. tapi cantik pe T_T

semalam masuk semua kaler putih sobs. and time tu tengah promosi cincin lelaki. (gambaq ambik kat website dia ja)


Pestu jalan jalan nampak Habib jewels. Terus masuk. Sebab so far tak pernah dengar cerita buruk buruk lagi la. Nasib baik paeh nampak matang and pakai pun baju orang kerja, smart. Kalau aku masuk sendiri mesti orang ingat "eh adik ni ada ke duit masuk masuk kedai emas ni?" T___T

Sebab ni first time beli  cincin, kitorang mintak tolong orang kedai tu explain. Dia explain la, yang satu side ni belah rotan, bawah belah rotan tu untuk nikah. Time tu la baru nak tau jari saiz apa pakai semua. Try try, ambik saiz 15. tapi design cincin yang aku nak tu size 24. Bayangkan la berapa banyak beza dia T____T. Sebab kan belum ada yang berkenan, kitorang decide nak survey kedai lain dulu.

contoh cincin belah rotan. taken from [link] nooo im not gonna show mine here.


seriouslyyyy dulu ingatkan cincin belah rotan betul2 diperbuat dari rotannn [link]



lagi satu kat PKNS ada dua kedai melayu. Kedai emas first pergi. Datang duduk, paeh yang tanya. "Size 15 yang belah2 mana?" Emmm akak tu pun cam tak sure. Pestu aku pun buat2 ramah nak tengok cincin tu cincin ni. Tengok akak ni diam je, emmm terus bagi alasan "kejap lagi datang balik lah" cerita dia. Depan sikit ada lagi satu kedai emas. Datang2 dia tanya pakai saiz apa. Okay ni kena terangkan dalam bentuk dialog.

Akak ; Ni saiz berapa pakai ni?

Me : 15 :)  <  nak tunjuk aku senyum time tu.

Akak : Eh 15 ko ni? Takde lah akak pakai pun 12 takkan awok 15?

Me : Eh betul akak, 12 kecik saya tau la. :) < still smiling

Akak : Mana tau pakai saiz 15 ni?

Aku diam je malas nak layan akak ni. Takkan nak cakap baru tau tadi kat kedai habib jewels pulak kan. Paeh jawab "dia memang dah biasa pakai saiz 15 ni kak."

Paeh : Yang cincin saiz 15 kat belah mana ni kak?

Akak : *she ignored his question and took one ring and said cuba test ni?

Me : *Innocently tried the ring.* ni size berapa ni kak?  :/ < senyum dah senget sikit

Couldnt remember what the size she gave me but it wasnt 15!!!

Paeh : Yang size 15 kat belah mana kak?

Akak : *Still ignored him* Cuba try yang ni pulok?

Me : Ni size berapa?

Akak : Kejap nak tengok. *sambil keluarkan alat ukur size cincin tu*

Couldnt remember how many times my boyfriend asked for a size 15, she doesnt seem to listen though. Time tu aku dah cuit cuit paeh dah, sambil cakap "takpe lah kak lepas maghrib kitorang datang balik."

Tetiba akak tu boleh pulak "Lepas maghrib kedai akak tutup dah. Takdok dah la." Lebih kurang macam tu la jawapan dia but it sounded annoying to me. The way she treated us, it wasnt that bad. Tapi macam "aku tuan kedai emas aku tau la apa aku buat." heh.

In the end, we went back to Habib jewels. Took some time for me to choose one. Susah sebab dari awal dah aim yang cincin saiz 24  tu T_T

Tapi Alhamdulillah dapat beli satu cincin belah rotan. Rupanya cincin risik/tunang memang belah rotan. and belah rotan ni mostly simple je design dia. hehehe.

And puas hati dengan orang kedai Habib jewels sebab very helpful and tak bajet bajet macam akak kedai tu. hahahha. Hopefully everything will go smoothly for us insyaAllah. Baru first step. Baby steps bak kata orang putih  hehehe.

Tuesday, July 28, 2015

Wedding & Short Trip to Johor

Hai.

Post ni ada lah post untuk diri ini yang tak boleh move on dari JB Trip haritu. Yea yea i know, semua orang macam "JB ke?" Okay tipu. kekeke.

So last month, dekat group whatsapp, ada dua orang daripada geng kuis  yang kakaknya nak kahwin. Dalam hari yang sama, tarikh yang sama, masa yang hampir sama. Jadi sebagai rakan rakan rapat, ia adalah tanggungjawab bersama untuk memenuhi jemputan yang telah diberikan di group whatsapp. Oh God boringnya introduction.

Hari Sabtu haritu 25 July 2015, kakak Diniy and Eija kahwin. Satu majlis dekat Bangi and satu lagi dekat Skudai. Punyala lemah Geografi aku, aku cakap kat mak aku Skudai tu paling dekat, bukan paling jauh yang nak ke Singapura tu. Sebab nak dapat greenlight punya pasal lagi satu. hehehe.

So pagi tu, bergerak lah aku, Ain, Hasnah dan Bee ke rumah Diniy. Tapi diorang semua naik kereta. Ada yang semata gi KTM untuk naik kereta pun ada. Hurmmmm. Pukul 11 nak ke 12 macam tu sampai rumah diniy.





Diorang kat atas terpaksa tunggu ittew. Hik hik. Siapa suruh semua dah baca mesej whatsapp tapi tak reply. Hikhikhik. 


Dah sampaiii. Ketahuilah bahawa aku kena patah balik ke kereta untuk ambil phone yang tertinggal semata mata untuk tangkap gambar ni. Dah la Ain parking macam kat kaki bukit broga. Letih ittew.


Baju pengantin. Time kitorang sampai ni tengah photoshoot. Gantung baju dengan kasut dekat pokok gittew.



Lepaih dah makan kot. Clear ja meja nampaknya tu. Hehehe. Lauk dia sedap! Lagi lagi cendawan masak kuah kuning tu. And ayam masak merah. Uuuuu lapar. We really had fun at the wedding. Thanks diniy and family! Sesi bahan membahan tak pernah dilupa. Lagi lagi yang paling mintak di bahan dengan ehem bukan nama sebenar. hihihiks.

Lepas dah settle semua kat rumah diniy, kitorang bergerak dari bangi menuju ke Skudai. Eija siap dah send location ni.


Eija - Korang kat mana dah tu?

Me - Kitorang on the way.

Hakikatnya time tu baru nak keluar tol Bandar Seri Putra hahahhahaha. Kire on the way lah jugak tu. Best sangat trip kali ni sebab tak serabut nak rushing kejar waktu bas lah, train lah. Teringat time zaman semua belum ada duit sendiri, pergi beraya ka wedding ka semua numpang  :')





Gambar gambar kat atas memang cantik. Jeles ittew. Time tu kat toilet tengah beratuq. Sobs sobs. Ketahuilah bahawa gambar kat atas tu kat RnR je. Sesiapa nak plan buat photoshoot wedding tepi toilet tu sila lah ya. Tapi tak ingat RnR mana. hehehe.


Pukul 5 lebih macam tu sampai la kat rumah Eija. Excited bila dah masuk Melaka. Sebab ingatkan dah dekat dengan Skudai. Pastu dah masuk Johor lagi excited. Perut dah lapaq. Tunggu tunggu, tak nampak nampak lagi signboard tulis Skudai. 12345678 minit kemudian, Skudai - 247km. Kriks....kriks....Okay i may be exaggerating, tapi lebih kurang macam tu lah keadaannya. hehehe.  Rupanya, Skudai tu sebelah Singapore. And bukan Johor yang lebih dekat ke arah Melaka. Sorry Umi hehehe.

Tak sempat pergi dewan pun sebab kat dewan dah takdak apa dah. Tu terus gi rumah Eija. Seronok sebab disambut meriah oleh family orang lain. And ada satu additional family member. Kot. Hekhems. hihihi.


Resume - Rajah 1


Resume - Rajah 2

Lepas dah minum air yang ibu eija buat, and makan kuih and kerepek yang Mak ngah eija hidangkan, kitorang pun bergerak ke homestay D'Skudai. Berjalan kaki je uolls. Seminit tak sampai sebab dekat sangat dengan rumah Eija. Tapi nak masuk rumah yang lama sebab kena main game teka dan menang dulu. Kunci sejambak camtu kena try satu satu nak bukak pintu.  Hehehe.


We finally got in. Thanks Eija simpankan makanan untuk kitorang. Memang time tu lapar. D'Skudai homestay ni okay la range harga dia. Kitorang dapat 170 per night. Ada TV, 2 bedrooms with air conds, dapur untuk masak, siap dengan kitchen utensils. Lepastu ada washing machine and iron. Bilik air separate, satu untuk buang air and satu untuk mandi. And yang penting bersih! :)

Malam tu lepas Maghrib baru Eija bawak gi jenjalan. Sementara menunggu maghrib.....Sempat lagi ada orang suruh install balik dubsmash. Sikit ralat sebab buat satu je video, padahal plan nak main main lagi. Cuma penat and asyik nak save battery phone. 




Lepas maghrib tu kitorang keluar pergi makan chicken chop RM5 dekat hutan bandar. Emmm okay la sedap la jugak. Aku share dengan Senah makanan tu. Cumanya situ raaaamaaaaai orang makan. Siap kena beratur tunggu meja. Kitorang lagi rare, siap beratur, siap angkat meja, kerusi semua. Hahaha. Lama gak laa tunggu. Sebab ramai orang and waiter ada satu je. kak Pah nama dia. Macam mana kitorang tau? Nama dia ada tulis kat baju. Kemain kitorang membincangkan kepenatan kak pah bekerja sendirian megambil order. Orang dah la ramai.


Bila kau duduk di sebalik bayang bayang si pemetik gambar....sobs sobs.


So kite decide untuk tukar angle berselfie. Hehehe. Ni la jadinya bila lama sangat tunggu order nak sampai. Hehehe. By the way, yang belakang tu Pakcik Eija, and yang depan dia tu kawan  kuis kitorang. Dalam blog tak seronok nak bahan lebih lebih ni takdak geng. 

Aku rasa kitorang lah antara customer yang paling tak menyusahkan kat situ. kerusi meja angkat sendiri, order semua sama, fresh orange 7, chicken chop 6. Pestu tak rude macam aunty meja sebelah. Main ambik je chicken chop kat kaunter. Hehehe. Seronoknya semua jenis tak kisah :')


Lepas makan, eija bawak kitorang jalan jalan dekat sekitar bandaraya johor bahru. Forgive the spelling. not sure if its bharu, bahru, baharu, baru. BM changes the spelling of a word like twice a day. Couldnt catch up. So yeah. Gittew


Tangkap gambar ni sebab senah kept bothering me with "cantiknya lampu. tangkap la gambar." Snap jugak la satu bagi dia puas hati. Lepastu pergi Pasar Karat. Biasa dengar eija je cerita pergi situ. ni dah pergi situ, dia macam up town kat damansara camtu la walaupun hakikatnya aku tak pernah pergi uptown damansara. Pricing pun lebih kurang sama. Beli la satu sling bag fancy kaler merah and skirt satu. 


Them guys while waiting for Eija and Ain pergi chaiwalla. Lebih kurang macam cool blog tapi instead of pearl, dia guna bola jugak, tapi boleh pop dalam mulut. Kat tutti frutti ada benda tu. 


Tengah tengah kesibukan. Takde la sibuk sangat pun time tu, tapi dengar ada orang dok Astaghfirullah time lalu. Hurmmm.


Ni Senah ambik gambar ni. Tak ambik sebab time ni dah penat. Dah past waktu tidur dah . Hahaha. Maklum lah, dah tua tidoq awai. Kaki pun cepat sakit. Sobs sobs. Rindu zaman remaja :'(

Lepas beli chaiwalla tu, kitorang pergi Country Garden dekat Danga Bay. First thing yang dicarik was, TOILETTTT. nak masuk kot pintu depan, nampak ada cleaner tengah cuci lantai. And nampak macam tempat tu dah tutup. Kitorang pun pusing sampai ke belakang, tengok pintu belakang kunci. Tapi situ malam pun still ada orang datang lepak lepak. Belakang tu ada laut. Best! Syok pergi laut malam malam, kalau ada orang macam haritu la. hehehe. Seberang laut tu boleh nampak Singapore. 

tapi tak syok sebab tak pergi toilet lagi. last last pergi depan balik, dah ingat nak naik kereta semata pergi carik toilet. Last last tanya guard kat situ, rupanya boleh je masuk dalam pergi toilet. orang tu cuci kat certain tempat ja -_______- hahaha

Dah lega baru boleh lepak tepi laut. Sambil buat sesi luahan hati. :') Biasa lah perempuan, emosi lebih sikit. so kena share dengan kawan kawan baik till jannah. 
hehehe.

Dah agak lama sesi tersebut, kitorang pun pulang ke sarang D'Skudai. Amboi sarang hahaha. Tu pun takes time nak masuk sebab....kunci. hahahah.


Day 2

Too lazy to make a different post like my previous trips. Sebab sekarang dah jarang on laptop. Sobs sobs.

So day 2 lepas breakfast. Adik eija cadangkan bawak kitorang kat R&F Tanjung Puteri. By the way, masa breakfast pun kitorang tunggu lama macam masa dinner. Tapi ni kes tak dengar kata. Akak tu dah cakap kalau order roti canai dan sewaktu dengannya agak lama, tapi atas rasa memberontak dan degil, ada jugak order roti telur, roti canai serta roti tampal. Hambek kau, nak dekat sejam gak laa tunggu. 


Daripada tempat parking, ada khidmat buggy disediakan. Tapi takyah la naik buggy, dia hantar kau sampai kat tangga. tak sampai setengah saat dah kena turun. Tengok la punya over Latipah and Cik Ton kat belakang tu naik buggy. Siap jerit wooooo. Tak sempat nak sambung huuuuu dah kena turun. HAHAHAHAHA.

Turun tangga, serious rasa macam "Eija kau bawak kitorang gi mana ni?"kriks...kriks.... Tempat ni rasanya sama ada bekas tempat penginapan/rekreasi (sebab ada banyak canoe tersusun kat tepi tangga, tapi laut jauh and dah kena tambak), or dalam proses pembinaan sebab ada rajah 2 dan 3 di bawah.


Rajah 2


Rajah 3.

Tapi on the other side, tempat ni cantikkkkkk. Sila rujuk rajah rajah di bawah, yang pasti bukan Rajah Khanna ataupun Rajahsamy. hambarnya. erm.



Tempat ni kalau lepak nak tenangkan diri memang best. Time kitorang pergi ni hari Ahad, Johor Ahad dah start kerja and sekolah, so tak ramai orang. Rasanya hari cuti maybe ramai kot. Sesuai untuk lepak satu family makan nasi lemak berkelah kat situ. Just scenery tak berapa cantik sebab kena hadap rajah 2 dan 3 di atas la. hahaha.








Jemah's angels. 


Jemah's angels full throttle



Dah penat bergambar. Kitorang teruskan perjalanan ke depan sikit. Depan macam ada stage and kedai makan kot. Kot la tapi. Sebab stage tu cam tempat orang perform je. 



Ni depan cafe ape tah. boleh la beli solex dua tiga ketul kunci kat sini. 


Jalan depan lagi sikit ada macam under water gym. Takde la underwater sangat tapi gym dalam air la. And again scenery tak syiok sangat sebab tengah angkut2 pasir kat depan tu.


Jalan depan lagi ada kerusi duduk duduk cam gambar kat bawah ni. Syiok. Macam macam gaya buat tapi takleh masuk sini lah. kekeke. Gaya kucing tidur ada, gaya meniarap bajet cute ada, etc.




Gaya Head of HR. hiks hiks hiks.


Kerusi ni besar muat 5 orang gamaknya. hihihi


Habis CEO la tu gaya tu? hahaha


Mak pak angkat masa kat johor SEH (kena ada SEH sebab nak ikut arus percakapan orang johor kahkah).

Lepas tu kitorang pergi Legoland. Pergi macam tourist yang lain lah. Untuk tangkap gambar semata. hahaha. Ingatkan legoland ni macam tempat tu je semata. Rupanya kat belah luar ada cam kedai kedai. Cam ala ala KLIA la, ada mall kecik camtuh. Tapi takde la mall sangat pun. 


Farhaton Loy.


Sedap nyaaaaaa.


Lepak sementara tunggu ittew kuar toilet. hiks.

Trip ni memang penuh kasih sayang :')



Konon nak photobomb tak jadik. hahaha.




Lawaaaaa ameng tangkap gambar. T____T. Tak sia sia dia ikut. kekeke.



Tiket mahei. Masuk mesti lama. So duduk luar je  lah. 


candid photos like this are the best :)




Lepas keluar dari situ, kitorang pergi Hello Kitty Town. Dia macam indoor tempat dia. Kat luar luar tu cam ada kedai kedai makan. Konsep dia cam JPO la lebih kurang.





Sekali pintas nampak cam SENARIO Kitty Town. Terbayang pulak muka Azlee Senario jadi hello kitty kekeke. 


Jeling jeling harga, ermmmm dapat bau je pun cukup lah. hihihi.


bakal boypreng bee sila belikan benda peluk peluk dekat atas sebab beliau suka sangat. 


rindu tadika gamaknya.

kat luar tu selain dari helo kitty, ada kedai superman, and batman, tah kedai apa tah lagi. tapi concept cam JPO lah. 




Gambar kat atas ni semua bertempiaran lari sebab takut guard preettt!! *tiup whistle*. Sepanjang trip ni kitorang banyak kali kena tiup whistle dengan guard. Or at least tengok orang kena. First masa kat Country Garden, takleh pijak rumput. Malam weh peka betul guard tu. Pastu masa keluar toilet, just tengok pelan yang dia nak buat kat country garden tu, kena jugak tegur dengan guard. 

 Ni kat atas ni sebelum masuk kitty town tu guard tiup whistle sebab kitorang diri kat atas bendalah tu. Taktau nama apa, nak panggil deck bukan. Kat tempat tinggi tu lah. Tapi time ambik gambar atas ni, nampak guard tu pandang, dah penat nak larikan diri, tetiba dia relax pulak. letih kot tiup whistle seharian :')



ni kat masjid kat bandar seri iskandar. Masjid dia cantik seriousssssss. Tapi dia macam dead town pun ada gak. Means kalau takde orang kerja, macam sunyi and kriks kriks je. Tapi serious cantik, kubah dia pun cantik. Tapi dah dalam kereta nak balik baru perasan. 


kat masjid tak tangkap gambar sangat. (kecuali gambar bee, dia memang jadi model sementara kekeke). Lepas gi masjid carik tempat makan. Restoran atas pokok katanya. Memang Eija bawak semua berkonsepkan alam. Chicken chop kat hutan bandar. Lunch kat Restoran atas pokok. Tapi tutup la cerita dia. hahaha.


Seluruh alam aman buat seketika. Okay tu over hahahahaha. Masa lunch pun tak snap gambar sebab dah penat. And still, penantian yang agak lama untuk makanan sampai. Hahaha. Dah sampai semua diam and makan sebab tengah lappaq. 

Habis makan baru kitorang bergerak pulang ke rumah Eija. Time to ziarah atuk Eija officially! :D Sampai sampai atuk Eija dah ada kat luar rumah. Nampak seronok muka atuk tengok kawan kawan angah (Eija) datang. :'D

Sementara semua rehat rehat kejap. Aku dengan Ain pergi beli 'topup' kat Skudai Parade. Topup tu nak mengaburi mata Bee and Senah je, padahal pergi beli kek. Dah tua tua ni takde nak surprise gempaq macam masa zaman study dulu. Man how i miss my college days. The energy and time that we had was priceless. 


And dah makin tua ni idea nak membahan tulis tulis atas kek ni dah berkurang. Or maybe time tu penat kot. hehehe.  Sempat la belikan senah and bee bantal hello kitty one each. Terharu tengok bee and Senah appreciate hadiah tu. Anggap je la kitorang beli mahal kat Hello Kitty Town tu hikshiks. 


Senah tau kitorang nak pegi beli kek, tapi taktau ada nama dia tertulis sekali. hehehe.


Last gambar sebelum bertolak pulang ke negeri Selangor. :')


Thank you Eija and Diniy for inviting us to the wedding. And to Eija, for the hospitality. Terharu sangat ada kawan yang appreciate kite. Friends are one of God's best gifts ;') Thanks as well to Azhar, Eija's uncle and Ameng, Eija's emmmm, approved friend, kekeke, thanks for emm memeriahkan keadaan hihihi.

Pernah dengar ustat kata kalau nak tau perangai sebenar kawan kawan kite, pergi bermusafir bersama. Sorang lebihkan orang lain dari diri sendiri, sorang suka mintak kena maki 24/7, sorang suka bergambar, sorang jadi mak.  Okay aku copy paste ni dari instagram.

Thanks jugak Senah bee and Ain sebab buat trip ni penuh dengan gelak ketawa. Terharu tau tengok kawan kawan kite sacrifice untuk kite. Sorang tolong bayar makan, sorang tolong pergi mintakkan sos and cutlery, sorang sanggup hantar sampai rumah setiap sorang. Terharu sangat.

Thank you so much. Alhamdulillah for these great people. Semoga kite jiran sebelah menyebelah kat sorga nanti ;')