Sunday, December 20, 2020

10

 Hi.


Tengah tengok blog sendiri tiba tiba baru perasan, eh dah 10 tahun dah blog ni rupanya. Rasa macam baru semalam create time zaman lepas SPM. content pun bodoh bodoh je. tapi bodoh bodoh pun time tu ada orang baca sebab kawan kawan semua baru buat blog jugak. you follow i follow gitu kekdahnya. hshshhs.


ni nampak sikit je. ada tahun yang takde padahal aku dah archive semua. aku dulu aktif gila blogging. that was before twitter and instagram. segala cerita masuk sini. segala gambar masuk sini tak fikir privacy bagai. 

Sekarang twitter instagram semua private. tapi ye tau there is no such thing as privacy when youre online. tengah berak sambil main phone si mark zuckerberg boleh tengok kot front camera. https://www.theverge.com/2020/7/25/21338151/instagram-bug-camera-privacy-ios14-apple in case youre wondering what im talking about. yeah it says on ios14, tapi kalau apps survey bodoh ex company aku pun boleh secretly capture front and back camera at a certain time, apa tah lagi apps yang dah advanced kan. 

anyway tu je nak cakap. da 10 tahun blog ni. tu je. siapa yang still active blogging hari hari tu aku......nak cakap tabik tak jugak. takde nak cakap apa lah. hshshs.

bye nak masak. mak mak kan sekarang kena la masak. takde la nak order burger king je. tiber. dah craving pulak burger king. damn

Monday, December 14, 2020

Sharing food

 Hi.

Pernah tak dulu dulu baca article pasal benda tu kalau anak anak suka makan, mak automatically jadi 'kenyang'? Okay i cant find the right keyword to Google it. Been randomly searching for "mak dah kenyang komik" for the past 5 minutes hshshshs. I've seen it in a comic form hence the keyword komik included. 


Tadi order Burger King set. French Chicken set which has been my favorite since uni days. Still remember going to Giant Nilai alone after class to have my French chicken burger. Masa pergi holiday kat PD pun before check in kitorang beli BK sementara nak tunggu dinner and order benda sama. Sedikit selingan di situ sebab these 2 incidents will always come to mind everytime makan French Chicken. 


Lepastu tanya my daughter apa dia nak makan. Jawapan dia sambil bisik "ice cream" *sambil sengih*. Minah ni memang tau nak je aku debik hahah. Last last orderkan dia cheese fries. 

sedapnyeee emmm. probably cause takdak sayur lagi satu that made it extra sedap :P [source]


Dalam setengah jam makanan pun sampai. Lepastu ajak dia makan sekali. Fries taknak. Nak burger. MY favorite burger that I've been craving for quite some time jugak. Tapi bila dia keep on asking for more, which would rareeely happen unless benda tu memang dia suka. So kite pun tiber terus tak jadi makan. Habiskan fries dulu sebab nak bagi dia kenyang dulu. Sambil sambil suap tu makan la sikit sikit burger. Bila dia dah kenyang, tunjuk tunjuk air pulakkk. Jenis pantang nampak air sejuk. Share lagi tuang separuh masuk cawan dia. 


Tapiiiiii. Bila dah habis tu kenyang dia lain macam. Rasa content gituuuu. Im writing this here because it kinda affected me in a way. Lepasni kalau makan French Chicken akan ingat moment share makan dengan anak. Sampai air pun share sama sama. Rasa dia dapat lebih kot, mak dia dapat ais je ek eleh. Hshshs


Okay tu je. Been awhile since i last updated this blog. Lepasni makan apa2 share dua orang je lah. Kecuali spicy chicken mcdeluxe ah. Tu terpaling favorite so tengok lah camne nak share ke tak hshshshs


Bye

Wednesday, June 17, 2020

jobless and looking for one right now

Hi All,

Cheyy macam tulis email kan. Semenjak hari hari send email carik kerja ni. As all of my followers know, (which is takde orang pun), i've been sacked from my current (current ke?) job. in fact it wasnt just me, everyone in the company pun kena. idk it was kinda expected, but we didnt expect it to be in the middle of project. in the midst of handling tasks here and there. tup tup dapat invitation for meeting, and TA-DA! in short, the company lost to covid-19.

kalau lepas PRU tu kena buang kerja, boleh la faham.  Najib kalah PRU, time tu lagi la kerja takde apa takde. Memang faham ah kalau company tutup ke apa. Sekali tak tutup, okay ada project baru bagai. Even before PKP pun ada meeting pasal business continuity strategy, like 4 working days policy only, meaning that hari jumaat tu takde gaji. in short tolak gaji.

tup tup ha kau kena buang. tapi tu la husband aku cakap dia macam dah boleh predict sebenarnya bila tengok situation wife dia. hmm apa boleh buat. benda dah jadi.

aku nangis macam apa ah time tu. dah la sorang2 kat rumah. hshshs. petang tu dah okay sikit la dapat let it all out to my husband. effect dia macam breakup punya effect. one time kau okay, and tiba tiba je boleh nangis gitu. lepastu kejap kang okay hahah.

just want to let it out here. at least in the future kalau aku baca balik, mana tau boleh senyum ke. lol. but in all seriousness, if anyone is reading this, kindly let me know if there is any vacancy anywhere. currently looking for an IT Support helpdesk or any related position. I also have minimum experience in assisting project management. Just drop your email and i'll give it a try.

i know no one's probably gonna read this post, but im trying my luck anyway. you never know kan

Monday, June 15, 2020

Fom work from home to....

yep, you guessed it, to being jobless. that's it. that's the content of the post.

to more exciting (ke?) things to look forward to.

bye

Saturday, May 16, 2020

WFH during RMO to WFH forever

Hi. I've lost count on what day of RMO we are in today. Okay tak sebenarnya harini takde siapa update dekat group office so aku malas nak kira walaupun its just a click away je kalau google. a gittewwww.

Last week kitorang ada division meeting. annnnd guess what? we wont be coming to office anymore unless there's a need to. As the title says, office kitorang memang dah start WFH full time. well almos full time la. people can still go to office on Tuesday and Thursday. Hari lain kerja dari rumah

well ada pros and cons lah to me. Pros dia very very flexible working hours. say if you're comfortable and more productive during the night, then buat la kerja time malam. Janji kerja siap kekdahnya. Boss aku siap cakap kalau nak pergi hospital ke, checkup ke, beli groceries ke pergi je. Cuti tak tolak. As long as you are there when needed. Tapi im pretty sure tak ada meeting terkejut ke apa. Rasa boss aku cakap kalau nak buat meeting pun ada SOP, macam 2 hours earlier ke apa tah. Gitu la

Lagi satu pros is kurangnya mengumpat hshshs. tu sebenarnya cons jugak untuk aku sebab tak dapat jumpa kawan kawan. sobs sobs.

Lagi cons, untuk aku lah is aku tak bebas sangat nak gerak sana sini. Sebab sini nak gi mana2 kena naik kereta, and kalau grab jauh. camtu la. tapi time time sekarang ni nak keluar pun buat apa. carik penyakit je.

Tapi okay la, boleh la tengok anak lebih sikit. Aku decided to hantar dia taska selang sehari. Sebab Taska pun tak galakkan untuk anak2 ramai kat taska. So selang sehari la minah tu pi sekolah. Ni bila tanya "nak pergi sekolah tak?", terus dah jawab "taknak". Padahal dulu pergi sekolah, kalau orang ambik awal kau buat muka kan sebab tak sempat main. haiyo si tembam ni

guess that's it for today. also maybe akan start blogging balik. dah alang duduk rumah. time tak busy la tapi.

bye

Wednesday, May 13, 2020

RMO - Day 57 - Things I Bought during RMO

Hi All. Sekarang pukul 6.07am, tarikh 13/05/2020. Saja online lepas subuh walaupun aku tak semayang subuh pun hshshs.

Keeping this here as one of the memoirs of RMO. Gittew.  Sekarang dah tukar jadi CMCO. Controlled Movement Control Order which im pretty sure there are still some people who are stupid enough not to understand it and thought that the MCO is over. Apo pergi beli groceries bawak anak letak dalam trolley tu. haih entah lah. dah agak panjang intro ni. moh kite start walaupun benda ni aku sorang je yang baca kekeke.

1. Febreze

Febreze ni aku beli sebab anak aku pampers bocor. So nak feeling iklan bini harith iskander merungut tilam berbau hapak dan hancing, beli la febreze.

photo credit [shopee]

2. Stuffs from Guardian

Pantyliner, Deodorant, Tissue Kotak, and Facial Cleanser Aiken. Yang ni lama nak mampus process order. Ada la dalam 9-10 WORKING days ya. Tapi aku redha je la sebab expect pkp sambung lagi sebab time tu kes banyak gila.

3. Ubat Berak anak

Duphalac Syrup. Anak aku memang ada masalah buang air besar. Makan dia takde masalah sangat. Cuma tu la, aku tak macam mak lain ada je idea nak masak itu ini bagi sayur and buah tu nampak sedap. Jadi dia pun jarang makan buah and sayur. Bila masak tu, potong kecik2 sebab letak dalam mihun la, mee goreng la.

Duphalac ni memang pediatrician yang suggest so dia safe okay untuk anak kecik kau. jangan pakai Lactule. Lactule tu untuk kite2 yang dewasa ni okay la.  

4. Mouse

Aku dah penat pakai wireles asyik kena beli battery je. Plus before cuti yang sepatutnya 2 minggu tu je, aku tinggal mouse wireless aku and bawak balik wired mouse separa rosak aku yang kemudiannya menjadi fully rosak. hshshs. susah kay nak buat kerja takde mouse. Mouse ni laki aku pilihkan. Dia kata kalau aku yang pilih mouse tah pape nanti. cheh.

[source]
5. Downy 2.4Lx 2

Ye, aku beli softener pun online. Sebab offline dia mahal, and susah kot nak carik yang 2.4L. Busuk2 pun yang tinggal kat Tesco tu yang size kecik.

6. Barang dari Alpro pharmacy

Second time nak beli barang dari pharmacy aku tak beli kat Guardian dah. Taubat lahum bak kata ustaz2 penceramah. Beli Pad, Masks, Sanitizers and Champs untuk budak tembam tu. Dah la first time makan, mintak banyak kali. Kau ingat tu gula2 ke apa???

champ perisa ni. Tablet dia kecik je sebab tu makan 1 tak puas 🤣[source]
7. Baju Tidur budak

Baju tidur murah je kat shopee. Takde carters2 eh musim gaji kena tolak ni hshshs.

8. Portable Sewing Kit

Every house needs a portable sewing kit. pshh. kisah dia sebab patung anak aku koyak. Tu je. Lepastu nak kukuhkan alasan, nanti senang nak jahit nametag anak dah ada tempat jahit. kekeke

silakah beli.berbaloi2.pastu takyah letak dalam butter cookies punya bekas[source]

9. Mauripan Instant Dry Yeast and Plastic Food Wrap

Ni time tu susah sangat nak carik yeast yang 11g tu  yang ada free delivery. Aku beli yang besar terus. Kelmarin buat donut nasib baik hidup lagi yeast tu. Nak buat roti tapi malas nak try selagi dapur tak betul2 kemas.

[source]
10. Sambal Garing Che Nor and Maggi Pazzta

Sambal Garing untuk makan time sahur, magi pazzta untuk anak. Sian dia mak dia ada kat rumah pun kena kerja. Takde masa nak tung tang tung tang kat dapur.

11. Chipsmore, Munchys and Captain Oats Oatmeal

12. Blouse

13. Ankou Airtight Food Container

Yang ni mak sukaaaa sangat! Lama tau dok dalam cart, dok survey survey sebab for me mahal la price range dia starting from RM25 satu camtu. Kononnya nak tukar bekas2 serbuk kari, garam gula kat dapur semua tu. Carik punya carik last2 beli jugek kekeke. Nak beli bekas biasa tu rasa cam membazir kalau beli 1-2 je. 1-2 bekas tu boleh dapat free dengan pembelian kuih raya which aku tak beli pun tahun ni hahah.

Beli kay siapa yang carik food container yang betul2 berkualiti

[source]
14. Panty Liner, along with Pringles and Andes Chocolates

Asalnya nak beli panty liner je hshshs. tapi nampak produk lain yang menarik tu selit sekali.

[source]
15. Khind FPC900 Mini Chopper

Ni pun lama dalam cart. Haritu nampak ada orang beli kat twitter. Lepastu dok usha2 tapi fikir nanti dulu lah. Tapi setiap kali aku kena pakai lesung batu, or chopper kecik which aku rasa maybe dalam 0.1L kot size dia, setiap kali tu aku rasa aku kena beli benda ni. Susah kot chopper kecik kalau nak masak dalam kuantiti yang banyak. Aku kena 2-3 trip nak bagi chop semua bahan tumis.

Kalau pakai lesung batu, memang makanan jadi lagi best, lagi rasa.Tapi lesung batu kitorang kecik. so kalau banyak benda nak tumbuk tu, dia punya terkeluar2 dari lesung tu. Mak rimas ya!

[source]
16. Flash Card Jawi

Yang ni aku beli untuk anak aku. Sebab dia macam phase nak belajar, and tiru semua benda. So elok lah ada benda ni. Kalau tak asyik mintak nak main Pou bodoh tu je kat phone aku. Btw aku baru tau pronunciation dia is Poo as in taik.Mungkin sebab tu dia bentuk segitiga cam taik tu?

17. Kuah kacang segera Mama

Sebab tak jadi raya. Beli instant je la labuuuu.

18. Toys

- Bouncing the Room. Yang ni kononnya nak main satu family la. Sekali anak aku buat susun2 dalam measuring cup. Susun ikut warna. and last2 kena sorok dengan bapak dia sebab ayam kecik2 tu asyik hilang je hshshs.

[source]

- Ice Cream cart toy. Yang ni anak aku sukaaaa tapi bisingnya lagu dia ya Allah. hahaha. tapi sebab dia suka biar la. kesian asyik buat ice cream guna lego je (yang dah sorok jugak hshshshs)
[source]

Ni baru dari shopee and lazada. Luar shopee and Lazada tak termasuk hshshs. Tapi tak banyak sangat la. Just tudung from tudungpeople, Gene Martino and makanan dari peniaga kat Taman ni. 

Dah la nak tidur bye. Ngantuknya dah pukul 7.13am dah weh. 

Sebab aku tak puasa and tak ada meeting harini, nak check in pukul 10. Bye!


Saturday, April 25, 2020

RMO - Day 39 - Whats Wrong With Secretary Kim

Hi.

Have you ever watch a drama, and wish it would never end, but at the same time you do want to know the ending? A K-drama to be exact. I just did.

Nak nangis sebab cerita tu dah habis tengok, tapi at the same time still nak cerita tu continue. tsk tsk tsk yes what a complicated human being us women are.(nak gak tiber salahkan women complicated).

Cerita yang aku tengok tu, Whats wrong with Secretary Kim. Aku sebenarnya dah fed up nak habiskan CLOY tu, so takat episode 4 suku je mampu tengok. Satu hari tu lepas subuh, aku baring2 nampak cerita ni kat netflix. Try tengok 1 episode, sekali sampai ke next next episode sampai la habis.

Previous post aku ada cakap kononnya CLOY tu very the typical kan cerita dia? Ni pun lebih kurang typical hshshsh. Part romantik tu je la tipikal. Tapi jalan cerita dia unique sebab dia takde 2nd hero and heroin. Lepastu tak ada mak hero yang merentan taknak heroin jadi menantu. Memang focus kat diorang je.

                                   

Watak sampingan dia pun kelakarrrrrrr sangattt. Boleh tak lepas gaduh dengan laki aku, aku pi sambung tengok cerita tu, lepastu tergelak kuat pulak tu. Bengang la laki aku cerita dia, nampak bini cam tak kisah, tak ada impak lepas pergaduhan mulut pun. hahaha.



Biasa k-drama dah boleh expect, episode 14 bersama, episode 15 berpisah + hujung episode bertemu, lepastu episode 16 reconciliation. Aku confident ingat dia confirm berhenti and nak sambung belajar kat episode 15 tu, sekali episode tu dia propose. Wehhh serious kelakarrr.

Tadi dengar lagu dia kat youtube,tengok comments semua tak boleh move on lagi. Last aku rasa camni time tengok Goblin kot. cuma goblin heroin dia cam biasa je so takde rasa nak tengok lagi. yang ni aku rasa possibility akan masuk list cerita untuk tengok time makan.

cakap pasal list cerita untuk tengok time makan, here's mine:

1. modern family

tu je. hshshsh. kalau time study dulu parent trap duk ulang berapa ratus kali sampai hafal dialogue. Dulu takde netflix account so tengok je la apa yang ada kat external hard disk tu.

Okay dah tu je nak rant. Blog ni pun aku dah set to private. Rimas la kang sampai kat officemate, diorang tu bukan boleh percaya sangat. hshsh

bye