Thursday, November 3, 2016

Nikah



Hi.

So hari khamis lepas kitorang baru dapat album kahwin kitorang. Excited kayy sebab majlis belah aku and husband jarak sebulan, so memang lama la nak tunggu gambar kahwin. Dia kata paling - paling 2 bulan lepas habis majlis album siap.

Untuk photographer, kitorang pilih Sweet Touch Production . Faez yang jumpa  time tu ada promotion iklan kat facebook. Ahkak la yang kena contact semua. Dah discuss harga semua, nak tanya Faez okay ke tak, dia boleh pulak tengah dota. Harapan kini menjadi nyata la nak suruh dia reply cepat. hahah. Nasib photog okay time tu. Gelak je aku cakap tunang tengah Dota. Btw, photog kitorang ni nama dia Khairul.

Nikah day, 22 Julai 2016. Rombongan lepas asar dah sampai. Sebab takmau jam punya pasal. Yang Khairul lepas maghrib sampai. Alhamdulillah sangat sebab ni first time aku guna service photog online. Sebelum ni photographer tak Hasnah, Diniy sebab diorang ada DSLR. kekeke. Tapi sebenarnya mana ada event besar2 sebelum ni nak hire photographer pun.

Baru lepas solat Isyak ni. Aku tengah kipas2 tisu kat luar sebab panas.





Hat jubah hitam tu boria wey semua. Lepas makan baru aku perasan lak tu.hahahaha


NAK TAUUU APA YANG KELAKAR SANGAT SAMPAI SEMUA KETAWA

khutbah nikah ngantuk lettew semua tengok telipon.

farah je mampu selfie pandang camera lain XD

almost thereeee.

Alhamdulillah sah =')
Ahamdulillah dengan satu lafaz aku sah menjadi isterinya. Kakaka amacam? Novel sangat kan ayat aku. Tapi kalau orang tanya rasa apa, aku cakap rasa lenguh, kaki kebas. Sebab duduk bersimpuh lama gilaaaaa. Hahaha. Memang time orang suruh salam tu, aku slow slow bangun sebab kaki kebas. 

Kaki still kebas but who cares, still have to pose for the camera. 

The not-so-teenage drama queen.
The not-so-teenage drama queen.


kengkawan faez. Yang aku ingat Salleh je sebelah dia, hahahha,
yang merestui. :)

yang merestui jugak :)

Btw tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah mertua saya ye. Alhamdulillah sempat tengok anak anak kahwin sebelum pergi :)

Support system!!! Missing sister, brother in law and arissa. Mesti arissa tengah lari2 la tu. hahaha.
Family baru hihih. Took me quite some time to remember their names :P

Support system dari zaman tak bercinta, frust, sampai bercinta kembali. gettuhhhh,
dulu time form 5 selalu teka2 siapa antara kitorang yang kahwin dulu. sekali.....hahaha

Paez ni kalau bukan pengantin dia sekali posing mabuk dia tu. hahah

Yang first kahwin antara kitorang. Padahal aku tunang dulu tu, haahah jkjk. 

Alhamdulillah the nikah ceremony went well. Tak sangka laki aku tu satu lafaz je. Mak mertua aku cakap terkeluar jawanya waktu nak akad nikah. hahahhaha. Sampai aku nak tunjuk video dia akad nikah, dua2 mak dengan anak taknak dengar XD

Okay ah. Gambar peluk2 taknak aaa letak. Aku pun reti erti segan dan malu jugak. Yang tu buat simpanan sendiri sajorh. Hihihi. 

Okay nak tidur. Bye bye.








Saturday, September 3, 2016

Holymoon Trip - towards the end

Hi.

Title nak acah acah tajuk movie je. huh. Nak sambung lombok trip part last sebab asyik kalah je main wind saga. So aku frust nak teruskan lantas bukak laptop nak type. Emmm, *reread previous post sebab lupa stop kat mana*


Oh berhenti kat Tanjung Aan and Pantai Kuta (Paeh if youre reading this, i know youre pronouncing it like how i always do XD). Last day kitorang keluar dalam pukul 11AM macam tu. Sebab last day taknak rush2.

jalan jalan kat Pantai last,

Time ni pool kosong suka benau. Aku malas nak masuk (kena jaga barang actually).

jalan nak ke bilik. Yang kat sini semua Beach Bungalow. 

gedik sikit sorry eh. kawan2 je pun baca, Paling busuk pun Ain Amran je sebarkan kat group whatsapp gegeleng XD

Mula2 supardi kata nak bawak pergi air terjun mana tah before gi airport. Aku dah ah sudah air terjun mana lak last day malas nak peluh2. Sekali tak jadi sebab dia kata makan masa (tau pun!), so dia bawak kitorang pergi Taman Narmada. Besaq nak mampuih. Fee masuk adalah IDR6000 = +-RM2. Tak silap Taman Narmada ni tempat raja lepak2 time musim tengkujuh. Please jangan percaya aku bulat2 sebab aku malas nak google and aku ingat2 camtu je.


hahah gambaq tak jadi mana tangan laki aku woi??



ada flying fox. besar bangat. 
swimming pool sekali masauk IDR5k tak silap. Tapi ew ew sikit yang belah sana tu. Cam lumut2 sikit, okay tak lah , banyak.

tempat ni botingkek tingkek. Kitorang ambik gambar ni dari view tingkat berapa tah. Tinggi gak tangga dia. capek deh.

Peta Taman Narmada. Kitorang pusing 0.00001% taman tu je dah penat.

Taman Narmada ni memang besar. Kitorang pusing 0.00001% taman tu je dah penat (copy paste di situ), ni kan nak suruh naik Gunung Rinjani, memang tak lah kakaka. Sebab Supardi dah jauh2 bawak kitorang, kitorang duduk la kat situ sampai 1.30PM. Kesian la kan drive jauh2 tetiba 5 minit pastu dah keluar. Nyaman tempat dia tapi aku rasa takyah gi pun takpe. 

1.30PM keluar supardi tengah merokok. Paeh apa lagi sapkoklu. Dia sogok aku dengan phone berinternet dia je nak suruh aku diam. Aku duduk situ dendiam makan maggi isi perut. 2.30PM camtu kitorang bergerak ke airport. 

Semayang jamak kat surau airport. Emmmm dont expect much la. Sebab surau tu cam baru so....em..... untuk perempuan cam emmm sikit la. ehehehe. 

because it was way too early, flight pukul 7 and time tu baru pukul 3/4PM, kitorang isi perut dulu kat CFC. Chicken fried chicken? chlorofluorocarbon (?)Not so sure what does it stands for. Tapi opkos KFC is wayyyyyyyy better than CFC lah. 


Dah check in lama nau nak tunggu. Kitorang pusing2 kat sekitar airport last2 lepak depan toilet. Habiskan data yang dah beli. Paeh dah serabut time tu sebab lama tunggu and tempat tak berapa nak selesa. Sampaikan orang sebelah dia duduk and bangun dia bebel "Duduk macam gempa bumi, bangun macam gempa bumi." HAHAHA. 

Kitorang sampai KLIA dalam pukul 10+PM.  Alhamdulillah selamat sampai. Itu ini itu ini kul 11PM keluar, solat kat Shell yang tedekat lepas KLIA. surau dia awesome wey. Selamat insyaAllah sebab paeh betul2 parking depan surau. Selesai semua isi perut kat McD bangi. Penat2 pun makan jugak taknak perut masuk angin.

Okay next trip kena tunggu iolls kerja dulu insyaAllah kalau ada rezeki. Hikhik. Kalau ada rezeki lagi pergi bertiga eh ya Allah bye.



Thursday, August 18, 2016

Holymoon trip - Lombok - part 3

Hi.

Gitchewww ada part part lak honeymoon. Ingat sejarah honeymoon kau penting sangat sampai ada orang nak baca? K.

Hari ketiga kitorang kat Lombok, dah takde main snorkeling dah. Request kat supir bawak pergi tempat traditional lombok and tempat shopping. First stop dia bawak pergi tempat mutiara. Katanya ori tapi rasa cam emmmm tak mungkin je. hahah. Tapi cantik la plus murah. Untuk brooch kitorang belikan untuk Umi, ibu, and opah. 3 biji dalam IDR100k, Murah la tu kan RM30+. So aku conclude tak mungkin ori. hahah. Kat kedai sebelah , Faez beli pisang salai untuk abang office dia.

Lepastu dia bawak kitorang pergi tempat tenun. Lombok ni famous dengan kain tenunan dia. Jauhhhhh kat kawasan perkampungan mana tah dia bawak. Lupa nama dia. Memang kampung habis ah. Rumah Sade/Desa Sade nama dia. Orang tu cakap kalau kat lombok, perempuan nak kahwin kena pandai tenun. kalau tak takleh kahwin.




Kat sini ada jual kain tenun2 jugak. Kitorang belikan kain pelikat untuk abah and ayah. Pastu beli beg sebab beg kecik sangat tak muat nak letak barang. Beg RM50. Boleh bayar guna RM or IDR. Tapi aku tak recommend beli kat sini sebab dia tempat tourist, so of course mahei. 

Rumah apa tah kat situ. Untuk tangkap gambar. Ada pakej yang pakai baju tradtioional dia sekali tak silap. Tapi kitorang tak ambik. 


Lepas pergi rumah ni, Supardi bawak kitorang pergi Tanjung Aan. Tanjung Aan ni jauhhhhhh dari tempat ataih ni. 1 jam lebih jugak la. And jalan nak ke Tanjung Aan tu gedebak gedebuk. Poning den. Tapi bila sampat cantik wehhhh. 

ni bukan buaian yang orang selalu snap kat lombok tu.

kitorang tak tangkap gambar kat situ sebab kawasan buaian tu dalam jugak la. Nampak je tak dalam. Lagipun tak bawak baju lebih nak basah2 sangat, 

Tengok laut tu before ombak.

Tengok ombak dia kemain kuat okay.
Takde siapa nak tangkapkan gambar. So yeah/

Gambar sendiri snap tak cantik. Here's one from Google (link)

Kat pantai ada pondok2 kecil jual makanan. And pondok2 untuk duduk berehat. Since kitorang tak lunch lagi, terus lunch situ. Beli maggie sorang satu, and air kuku bima. Dia kira cam energy drink la. Tapi supir kitorang cakap untuk orang yang bermalas malasan tak sesuai. Air ni untuk orang yang kerja kuat je. Tu pun takleh minum selalu. Boleh mati katanya.
Kitorang dah pelik sebab kat KUIS jual air ni macam milo ais. Dulu la sekarang tak sure pulak. Hehehe. Biasa orang letak susu. Rasa dia sedappp. Tak cam 100 plus ke excel ke. 

[link]

Oh masa tengah duduk duduk, akan ada 2 - 3  or more orang jual2 kat kau. Diorang ni ada yang sampai tahap paksa untuk beli. Kalau tak beli buat muka. Sampai kena beli. hahah. Tapi untuk yang bajet okay kot. Murah dia jual. Orang tu siap cakap "kalau di rumah sasak nanti mahal. Rugi tidak beli di sini." Kitorang beli satu kain tenun, IDR10k or 20k. Dalam RM3/6.

Sebelah Tanjung Aan ada Pantai Kuta. Ramai orang surf kat sini. Kitorang tak stop sebab macam sama je dengan Tanjung Aan tempat dia. Kitorang terus ke Rumah Sasak. Tempat orang asal orang Lombok katanya. Kau turun je kereta, akan ada staff approach untuk jadi tour guide. Tak perlu bayaran pun. 


kat dalam tu rumah semua macam ni bumbung dia. Lantai simen, tapi diorang kata buat daripada taik lembu. Surprisingly takde bau. And bila masuk sejuk je pijak.

Along the way. Main snap je gambar. 
oh ya,interesting fact about orang asli lombok ni, diorang kalau  nak kahwin memang akan bawak lari anak dara orang. Simpan kat satu tempat yang parents perempuan taktau. Tu je facts yang kitorang dengar, sebab lepastu sorang dah takut, sorang lagi sibuk carik toilet kat mana. >.<

Laluan dia kecik je. And kat tepi2 ada orang jual keychain and souvenirs. Oh and kain2 tenun.

Kat sini aku beli bracelet untuk kengkawan. oh ya, bak kata tour guide, kat sini konsep diorang memang akan tawar menawar. Masa aku beli bracelet tu, "kakak mau tawar berapa?" aku dah cam emm *converting IDR to MYR inside my head*, Dapat 10 bracelets = IDR10k. Cheapppp.

Tapi....aku ada beli jugak kain tenun. Kain tenun tak sampai hati nak haggle murah sangat. Tak silap IDR200k je aku turunkan harga. Around RM60. Dari berapa tah. Tapi kalau pandai haggle memang dapat murah ah wey.

Tour guide tangkap kan.

Same caption as above. heheh

Luar rumah sasak.
Lepas balik dari rumah sasak, supir bawak pergi shopping baju. Requested by husband sebab nak carik tshirt souvenir. 


Sasaku ke sasaki tah. 

kat sini tak tangkap gambar sangat sebab dah penat. Tapi ada la beli baju untuk adik beradik and fridge untuk peti ais rumah ni. hahaha. Kedai sebelah ada jual brooch, tapi jangan beli. Akak tu sombong, takleh haggle. Biarpun aku tak faham bahasa Lombok, dapat tau dari reaction dia. huh.

 
Tshirt bought for husband's friends. Ada sorang kawan kitorang nak naik Rinjani nanti, tu dia belikan baju ni. Kemain orang lain yang naik Rinjani kau yang excited lebih ye Faez? hahhaa.

Lepas shopping, singgah beli makanan untuk petang (kat kedai sama masa kitorang first sampai), and balik hotel. Memang dalam kepala fikir nak relax je sampai malam. Pastu sebab makan awal, malam sikit lapar hahah. Order makanan kat hotel. Room service sajorh. Pizza and coke share dua orang. 

Besok tu balikkkk. Tapi nanti lah tulis, hahaha. 

bye