Friday, August 5, 2016

Medicine

we had a fight. My husband and i.

We apologized half and hour after that. We confessed few stuffs while apologizing. One thing that made me cry harder (yes I've cried the moment i said im sorry), he told me about his fever.

Him : kite rasa demam kite dah kurang. Lambat sikit kurang sebab tak makan ubat.

Me : nape taknak makan ubat?

Him : nanti awak berjangkit pulak demam, ada ubat nak makan. Takyah pergi klinik kerajaan tunggu lama. Procedure kat office nak letak nama isteri untuk klinik panel lama. Just in case demam boleh makan ubat kite dulu.

T______T

I feel like i have to blog this to sort of remember it in the future. To remember that whatever happen you're there for me.


 I love you husband :'(

Tuesday, August 2, 2016

Honeymoon penat gila

Hi.

Here i am again. Baru lepas scroll jobstreet and clicking on apply banyak banyak . kekeke. Dah bosan apply, update blog sikit.

Tempat honeymoon ni lama kitorang survey. Dari awal tahun, around Jan Feb macam tu. Aku memang suka pulau and laut. Asalnya nak cuti kat dalam Malaysia je. Save budget untuk hidup lepas kahwin. Pulau Perhentian ke, Tioman ke Lang Tengah ke. Lang Tengah baca review memang orang kata cantik, tapi kalau dah remote sangat tempat dia pape jadi kang sakit ke tak memasal lak kan.

Long story short, aku hint2 nak pergi Lombok and yeay Alhamdulillah murah rezeki ada orang book kan hewhewhew. Time tu pun dua dua kerja so kitorang combine gaji beli tiket flight, book hotel. Kitorang naik Air Asia. Air Asia ni ada masa2 tiket murah ada masa tiket mahal. Ni semua Faez uruskan sebab dia rajin hiks. Hotel pulak kitorang book through Agoda.

Hotel : Holiday Resort Lombok
Type of Room : Beach Bungalow
Breakfast included
MYR : 1002.02
Reservations : 1 Room 3 Nights.


Flight ticket pun around RM800++ camtu. Semua ni kitorang tong tong so banyak cut cost disitu. Kitorang stay dekat Senggigi sebab orang kata situ sesuai untuk honeymoon. Kalau nak night life boleh pergi Gili Trawangan. Which besok tu kitorang pergi tempat dia agak packed la.

Bayangkan, nikah Jumaat malam (22/7/2016), Sanding Sabtu (23/7/2016), flight kitorang Ahad pagi (24/7/2016) pukul 8.35AM camtu. Dengan penat gilaaaaa gigih jugak bangun kul 3.30AM siap2 pergi airport.


Gigih sangat nak angkat 2 beg terus kan? Lantakkkk kauuu.



Alhamdulillah takde yang termiss flight and lepaih 3 jam camtu, kitorang pun sampai ke Airport Lombok. Dah sampai lupa dah segala tips baca kat blog suruh pilih teksi bluebird bla bla bla. Redah kasi pecah je hahahah. Ramai gila orang approach. Serious macam ada fan meeting lak kat situ. Akhirnya Faez pilih sorang brader ni nama dia Supardi. Kalau nak ke Senggigi IDR250,000 = +-RM80.

Keluar pintu belakang so gambar tak berseni sangat. 
Airport Lombok kecik dan selesa untuk beratur cop passport dan sebagainya. Compared to Airport Bandung yang sesak ya'amat. Oh ya, sampai2 kitorang beli simcard IM3 kalau tak silap. 4gb internet untuk 2 months. IDR27000 = +-RM8. Faez beli sorang aku tak beli.

Ate this before going back to KL, kfc won for sure. 

Dia nyanyi2 kat airport. Lagu Lombok maybe.

Tak berseni en aku tangkap gambar? Tangkap asal ada untuk blog harhar. Dari airport nak ke Senggigi ada la dalam 1jam 30 minit. Sepanjang perjalanan tu banyak tembikai, or diorang panggil semangka. Tak tangkap gambar  sebab iolls pemalas. Before sampai hotel kitorang mintak dia bawak pergi tapau makan. Dia bawak pergi Rumah Makan nada Alam nyaman. Katanya famous dengan Ayam Taliwang.


tak tangkap gambar sebab penat. Tapi ni la tempat dia. [source]

Kitorang tapau 2 bungkus ayam taliwang. jus nenas, tembikai and air mineral. Total IDR138,000 = +-RM43. WTF mahal. Kitorang baru perasan mahal bila dah sampai hotel. Rupanya main order je tak tengok harga. Lusa kitorang pergi balik tengok harga IDR45000 satu. +RM14. imo, ayam taliwang rasa dia biasa je. Takde kuah sangat , pastu ayam dia kecik takde daging lol. dah la tengah lapar, harem betei. Tapi yang 2nd time pergi tu kitorang beli nasi goreng aaa murah.



Dah sampai hotel takleh check in lagi. Check in pukul 2. Dapat welcome drink, honeydew tea. Kot la.

depan bilik. baru balik breakfast.



Nasi goreng tapaooo.


"SIALAN!" Terkejut iolls tengok movie subtitle indonesia okay. hahahah.



kalau kau membuang pastu teran kuat2, kat luar boleh dengar okay. hahaha. 


kalau hujan, yang basah kat bahagian pokok tu je. dia ada jaring2 kat belah atas. so feeling mandi outdoor sangat uolls.



okay gambar gambar bilik tu kitorang ambik masa hari ketiga. first day penat sebab bangun pagi sangat, second day penat sebab snorkelling, balik memang nampak katil. third day penat jugak tapi asyik sebut nak tangkap gambar tapi malas, so Faez tangkap kan. Nampak kan muka letih aku camne kat atas tu hahaha. 

Untuk activity on first day kitorang tak gi memane, duduk hotel sajorh, Petang jalan2 kat pantai and dinner terus kat hotel. untuk dua orang IDR400,000+ = +- RM125. Kat kawasan hotel takde kedai dekat2 nak tapau makanan or nak jalan2 ke. Bandar jauh. So yeah. 

photographed by love.
Btw without any filter okayyy. iolls jarang guna filter kecuali kalau gambar gelap. Time tu memang dah nak maghrib tu gelap camtu.



Tunggu sunset katanyerrrr.

Laut tu nampak je tenang padahal ombak dia kuat kot. Kitorang diri tepi pantai je, ombak datang tertarik okay. Ada video dia kat instagram. which i initially wanted to put it here on my blog but the embed option is not there anymore. huh.


gambar banyak dekat phone Faez asyik lupa nak transfer hurmmm. Will continue once i got all pics from him. kalau ingat la. balik2 dah borak borak borak pastu lupa. heheh.

dah la bye.



Monday, August 1, 2016

kahwin

hi.

taktau nak buat intro apa harharhar. im married yeayy. didnt expect my wish to get married before 25 came true. dulu target kalau dah 25 tak kahwin lagi mintak mak carikkan. Alhamdulillah 24 tahun dah kahwin and dah kena kemas rumah sendiri. eh?

Alhamdulillah hari jumaat haritu 22/07/2016 kitorang selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. walaupun aku macam tak sure sebab ada orang tu pronounce syed as "shayid" instead of "sayed", tapi dah tok kadi kata sah Alhamdulillah la hihihi.


big thanks to my family especially my mother who next my mother who next my mother and then my father. hihi. and of course adik beradik especially yang tolong bawak pi sana sini beli barang hantaran, buat bunga2 hantaran kat KL, pi mai pi mai sana sini, mekapkan cheq, tolong buat signage jalan last2 minute teman pi laminate (and some people still sesat lol  penat ahkaks pergi laminate last minute tau)  mashehh. pestu untuk opah yang bawak pi gunting rambut few days before kahwin, and tak lupa kasi minum jus apa tah hari hari.mashehh. hihihi.

also to groups of friends dari sekolah rendah SSP  (kay takde group Ain datang sorang je hahaha), sekolah mahad and kuis, mashehhhhh. geng gegeleng siap volunteer bagikan doorgift, tolong mak kite kat pintu masuk. ya Allah serious tak expect kot. ada dari awal majlis sampai akhir. sobs sobs. geng mahad mashehh hilangkan nervous before masuk dewan nak nikah tu. kalau takde korang takde aku buat lawak bodoh bagi hilang nervous hahhaa.






hat ni ja gambaq yang ada setakat ni. gambar lain photog belum kasi. sebab kitorang ada lagi satu reception belah lelaki august ni. btw, official photographer kitorang adalah Sweet Touch Production.
Alhamdulillah photographer sangat sempoi, tambah lak dengan hobi si Faez bercakap tak henti2 XD.


This one's my fav! walaupun hakikatnya masing2 dah takde mood sangat, dengan tengkolok and crown mak andam dah mintak awal2 tetiba, gambar still cantik. i mean the whole pic, not just us. eh? harharhar.

dah la nak sambung kemas rumah. paihtu masak sebab ceq lapaq. kbye.

Friday, July 15, 2016

Sending Out wedding invitations to lecturers

Hi.

Tadi aku pergi KUIS, sebab nak kasi kad kahwin dekat lecturers. Sumpah awkward yang amat sebab first lecturer aku jumpa tak ingat aku. Pastu dia tanya aku dia mengajar apa, aku pulak tak ingat. Elok sangat lah tu kekeke. i had to use azuan fahim ghazali and hasnah's name for her to remember me, tapi takpe diorang pun puan tu tak ingat sangat hihih XD. Ye lah iolls dulu kan passive income orang nya.

Tapi Alhamdulillah sorang  dua je la tak ingat. Yang lain memang ingat sebab hampir tiap tiap sem mengajar kitorang. Ada sorang lecturer siap elak eye contact kay. Obviously dia tak ingat aku siapa hahaha. Tapi aku kasi jugak kad sebab pernah belajar dengan dia time shortsem.

Soalan standard yang bukan sahaja lecturer, malahan tak kira umur lelaki atau perempuan tanya "kahwin dengan orang mana?" Jawapan standard "orang selangor jugak." Tapi bila dengan lecturer "orang sini je puan, orang kuis." hahaha

Puan M : Oh saya tau, ada tengok2 jugak kat facebook (we're friends on facebook XD)

Puan S : Siapa ye?

Tashia : Ala puan nama dia dulu panjang orang panggil.

Puan S : *Muka terkejut habis*

 guess she didnt expect that coming. hahahha.

Puan A : La saya ingatkan awak dah kahwin dah (must have stalked me on facebook jugak tu kekeke)


Alhamdulillah everything went well. Memang ada facebook event untuk invite, tapi rasa macam tak proper nak invite lecturers through facebook. And gembira sebenarnya bila dapat jumpa balik lecturers yang ngajar dulu. =)




Thursday, July 7, 2016

Marriage


Hi all.

Harini raya kedua hang pi mana pi mana pi mana pi mana pi mana pi mana pi mana pi mana pi mana pi mana pi mana ja? Hikhik.

Harini raya few houses. And dengar orang cerita pasal experience kahwin depa. Not in a good way though. 2 stories thats enough to creep me out.

First story

A woman, was married to a mat pit. Who believed that he'll change after getting married. Ended up divorced after <5 years ( sebab anak first umur 5 tahun, just assuming ) . Anak first kena bawak lari dengan ayah and dah terpengaruh dengan lifestyle mat pit. Sian dia. Ex husband carik and ugut macam macam. It was a very long story and i tried not to focus on it too much.

Second story

Perempuan jugak, bercerai dengan ex husband sebab jumpa perempuan lain. Kira orang ketiga la ni. And thats all i know. Hats off to the woman for not selling her stories out on facebook and to everyone. Kitorang tau pun lepas dah habis iddah. Kire lama jugak la kan.

Thing is, im getting married in 2 weeks time insyaAllah. These stories rub off all of my expectations of marriage and hits me back to reality. These things could happen in a marriage (Na'udzubillah). Marriage is not just about hearts and flowers, hugs and kisses, baby and bae, etc etc etc.

Jodoh pertemuan ajal maut kerja Tuhan. May Allah ease everything for us. And may it lasts forever till jannah :)

P/s : you probably not gonna read this now since kat kampung internet slow . Just would like to say love you. Kbye



Friday, June 24, 2016

Beli kuih ke buat kuih


Hi.

So this week aku dah start distribute kad kahwin. Sebab next next week cuti paihtu sehari je lagi tinggal nak kerja. Awkward jugak nak kasi kad kat geng biasa kau buat lawak bodoh hambar dan sebagainya.

Tapi lepaih tu tak henti henti membahan aku. Dok sebut sebut "Ajak Faez sekali la bukak puasa." Kat chat group office "wey Muhamad Faez Baharun mana" . Banyak kau punya baharun hahahaha.

Harini pun sama.

S : weh beli kuih raya aku ni.

Me : aku dah beli kan satu jenis.

S : Tu satu, beli la untuk Faez. (urgh takde modal nak bahan tu)

Me : Eee tak kuasa laaa.

*gets a brilliant idea*

Me : Aku tak beli untuk dia, aku buat untuk dia.

S : Wekkkkkk.

Me : victorious laugh.





Saturday, June 18, 2016

Kad Kahwin Online - Yay or Nay?

Hi.

Laptop dah restart. Cepat gila dah up post baru. Biasa la sekali sebulan bukak laptop. Hikhik. Its just another wedding post, that ive been waiting to post since forever!

So last month, March or April, about 3 months before my wedding. Abah tetiba suruh order kad kahwin. Aku memang relax je sebab sebelum ni time kakak aku kahwin parents yang orderkan. Ni tetiba cakap "dah boleh order dah kad kahwin" jadi cam krik krik jap.

Sebab aku pemalas gila, aku pun decide nak order kad kahwin online. Walaupun kakak aku dah nasihat kata better pergi kedai. So carik la aku #sayajualkadkahwin kat instagram. Kat instagram okay. Sebab fikir nanti lepas dapat orang buang, so ambil yang simple and murah je lah. Sebenarnya before jumpa kat instagram, aku dah jumpa website yang betul2 jual kad kahwin, yang trusted - Kad Kahwin Ijab dan Qabul.

TAPI TAKTAU KENAPA GATAL NAK JUGAK PERGI BELI KAT INSTAGRAM MACAM BELI TUDUNG ONLINE LAK.  *breath in, breath out*


Okay ni design yang aku ambik. Simple je lar kan. And kad dia sekeping je depan belakang. Lepas dah bagi details semua, orang tu edit and hantar kat whatsapp. Oh lagi satu sebab aku pilih orang ni, dia macam trusted sikit. Reviews macam okay je. Review okay + murah = how i buy shits stuffs online.






Time ni dah rasa cam, eh asal hijau dia camtu eh? Takpe la sampai nanti okay aaa kot. Tanya Umi and Abah , diorang kata okay terus proceed. Lepas 3 minggu siap katanya.

So beriyalah aku siap buat list, kad kahwin nanti nak bagi siapa. budak office yang aku tak suka nak jemput ke idok , yang tak rapat perlu jemput ke idok. Siap buat list ni. Nak mintak alamat siapa . Excited kemahen kann. Tiba lah hari yang ditunggu tunggu "cik kad dah siap ye." Post pulak pakai skynet, yang mostly aku dengar ada yang berbulan2 tak sampai barangnya.

Berdebar few days, akhirnya sampai lah jua....Oh ye, cost RM180 for 500 pcs, + RM20 untuk postage. So RM180/500, satu card ada la dalam RM0.36.

So when the actual cards arrived...


Taktau  nak heksaited ke idok. Kat bunga ros tu ada mark apa tah, and its on every printed cards. it wasnt there on the soft copy of the card. wasnt there on the design,


Zoooooooommmmm innnn.





Zooooooooom in again, Look at the white line, kat atas kad tu. ITS ON EVERY FREAKING CARDS. ON ALL OF THE 500 PCS CARDS. 


It looked cheapo. *ehem it is cheap remember?* K, So my mum decided to order a new one. Sebab yang nak dapat kad tu bukan kawan kawan aku je, kawan kawan depa jugak. Kalau boleh nak la kad yang semenggah sikit. So that same week terus pergi shah alam carik kedai kad kahwin.

Kitorang order dekat Kad Lestari, Shah Alam. Akak aku jumpa kat instagram,  But at least this time they have an actual, physical store yang boleh pilih cards betul2. Design kat atas tu pun ada nyampah hahaha. Oh, and kat sini banyak artis tempah kad kahwin diorang. Che Ta je dah 3 ke 4 jenis kad dah, ada tomok, nabil, jihan muse, yana samsudin. Tapi diorang punya card yang mahal2 la. sekeping RM3 - RM7 ke atas kot.Tebal semacam je. idok le temannn. hahaha. 


Kat area situ memang banyak printing. Kau waze je kad lestari jumpa nya. Bawah printing, atas tempat kite pilih2 card and discuss. Ni atas ni kat belah depan dia.


Long story short. Mak aku pilih card yang paling murah. Murah pun RM1 sekeping kau. Design pun mak aku yang pilih. And mak aku sponsor Alhamdulillah murah rezeki hewhewhewhewhew. Lepas hantar final design, kite kena pergi sana balik, nak sign and tengok yang dah siap print, okay ke idok. nak ubah lagi ke idok. 

See peta pun dah upgrade sikit kan? Akak aku la buat. Kalau peta location kat kad lama tu kitorang ambik kat kad orang lain je. Memang tak sepenuh hati betul buat kad memula harharhar. 

Time order ni mak aku bayar full payment terus. So dapat free welcome board, signage, poster and guest book . Which i dont think its necessary pun tapi mak aku kata ambik je, hambik je la. 


Welcome board. Emm pas kahwin taktau nak gantung mana bendalah ni hahah.


  Signage. and yang gulung tu poster. 

Ohhh and here's the actual card. *drum rolls*


TADAAAA. it looks 10 times better than the actual design. and 100 times better than the green card XD


Time ni excited kat hotel tulis nama sedara mara nak passing card time beruka (refer to previous post)


Alhamdulillahhh. Pastu setiap kali aku cakap "jauh beza dengan kad yang dulu." Mak aku balas balik "kad dulu kan RM0.20 memang patut la." K , K, dan K times 10000 Ks. 

By the way, orang yang buat card hijau tu okay la dia tak sombong ke apa. So aku takde la nak tunjuk apa instagram dia. kang kata tutup periuk nasi orang la apa la kan. So kesimpulannya, jangan beli kad kahwin online. Kalau nak beli , okay, tapi jangan jadi cam aku laa. kad kahwin ijab dan qabul cam nice. Tapi tu la owner dia kata diorang online je, takde physical store. 

Initially memang nak beli kat situ, tapi tah, pergi carik gak kat instagram. Maybe orang kad hijau tu perlukan duit ke time tu ke apa ke kan, Allah je la yang tau.

Kay dah masuk july baru boleh jemput kat pesbukkkk ad group whatsapp. 

Owhhhh andddd by the way, this is my fiance's wedding card. Buat sendiri kemahenn. Memang jimat la buat sendir kan. Hikhik.


hihihi. bye.