Friday, January 24, 2014

Beraktiviti di Gua Damai Extreme Park amboi tajuk macam karangan Darjah 3

Hello.

Pada hari ahad yang lepas , yang bertarikh 19 haribulan Januari 2014, saya dan beberapa orang rakan telah menyertai aktiviti ekspidisi gua damai yang bertempat di Gua Damai Extreme Park. Ekspedisi tak berapa nak eskpidisi sangat la masuk hutan keluar hutan, masuk gua keluar gua, flying fox dan jugak abseiling. Yang aku nak try sangat tu masa memula dengar ada tempat kosong untuk join bendalah ni. Hambik kau dah try terus rasa macam itu la first and last time gua buat abseiling. 

Kitorang bertolak dalam pukul 7 lebih macam tu. Tu la kali pertama aku bangun awal dan mandi terus rasanya selepas kursus kahwin. Kalau tak sebab kursus kahwin, last aku bangun awal dan terus mandi maybe masa form 1. okay over lagi. kakaka.




Pagi pagi segar lar muka semua orang. Time balik........muka macam dah expired rasanya. kahkah.

ni lar Gua Damai Extreme Park. Gambar cantik ada dalam phone tapi malas nak transfer bluetooth bagai. Ambil dari kamera orang sahaja. Kira nak cakap aku tangkap gambar lagi cantik la. mihihihihi


Encik Azman , kelab kembara punya penasihat (penasihat kan orang panggil? agaknya lah) dan Pak Mus, owner Gua Damai Extreme Park.

Semua kena pakai glove, harness dan topi keselamatan. Kalau kau nampak glove aku paling murahan. Ambik abah punya glove cat rumah je kat rumah. Jimat. hihihiks. 


Getting ready.


Start dengan jungle trekking dulu before flying fox. 



Oh lupa sungguh nama pokok ni. Tapi dia pahit gila. Aku tak rasa la, depa ni yang rasa. Letak sikit kat bibir, lepastu jilat bibir sesikit rasa pahit. Kemain si Hajar sampai nak habis air aku dibuatnya nak hilangkan pahit. Pahit benar nampaknya tu.

pokok Loki. Eh bukan nama orang tu okay.

Abang Loki. Eh eh eh eh?hehehehensem [source]

Oh tak suka part turun yang guna tali kuning ni. Aku kat bawah tu tengah cramp okay sebab kaki nak capai tanah tak sampai.


Ni keladi gajah. Rasanya lar. Kalau salah maafkan saya zahir batin. ihihihi.

Ni nak start flying fox.





Best gila sumpahhhhhhhhhhh!

Lunch and semayang zohor. Aku dengan Ain punya lar ingat ada orang duduk dalam hutan sebab nak masakkan lunch untuk orang orang yang datang naik naik bukit semua, rupanya diorang pakai 4 by 4 je hantar makanan. K.


Dah kena start pakai head lamp sebab nak masuk gua. Kitorang masuk dua gua, Gua Damai and Gua Chili Padi. Tapi takde Jaafar Onn la kat dalam tu. Kahkahkah kelakarnya oi rasa diri ini. K hambar. Siapa tak faham tak tengok tv la tu time kecik kecik tu.



Pak Mus tengah bagi penerangan before masuk gua. Yang penting mulut jangan celupar and jangan jerit jerit. Tu biasa lah kan.






Dalam gua memang gelap gila la kalau tak pakai head lamp. Yang gambar tu terang sebab ada flash camera and sebab head lamp kitorang. Dalam tu Pak Mus tu tunjuk la kelawar, cengkerik gua dan katak gua. Dan beberapa haiwan gua. Lepastu dia ajar la struktur yang ada dalam gua tu, stalactite, stalagmite dan sebagainya. Tahukah anda bagaimana caranya untuk mengira usia gua? haaaa kau pergi la sendiri Gua Damai jumpa Pak Mus sebab aku dah lupa calculation dia. Tapi rasanya ada kali dengan 60 camtu. 


Rasanya ni dah lepas keluar gua. Teruk benar nampaknya head lamp aku dah jadinya. Ye la tu kot.

Lepas masuk Gua Damai kitorang ke Gua Chili Padi. Wey penat gila oi nak naik sumpah tak tipu. Tapi bila sampai je kat pintu masuk gua tu memang macam tetiba ada angin menerpa. Rasa cam "wahhh bestnyewwww!" Tetiba rasanya macam dalam cerita Frozen. Okay over sangat tau. Gua Chili Padi ni lagi luas compared to Gua Damai. Kalau tengok The Croods, lebih kurang gua yang diorang tinggal tu la. hihihi.


Hihihihihiihiihi.

Ni namanya Port Hole. Port hole ni aktiviti yang pengunjung boleh buat adalah, daripada atas, kau turun bawah masuk gua dengan tali. Kitorang tak buat sebab takut tak cukup masa. Tapi Pak Mus kata memang ada yang sampai menangis sebab dalam gua memang gelap gila kot. Tetiba kau dari atas nak kena turun bawah pulak, tak haru camtu?


Lepas dah explore Gua Chili Padi, kitorang keluar gua and naik lagi satu tempat, dia cam gua jugak tapi tak tau gua apa. Aktiviti last adalah. ABSEILING! Aku sebenarnya tak pernah nak look forward to abseiling sangat pun sebelum ni. Maybe sebab nama dia biasa biasa je. Tak macam 'Paragliding'. Kan best nama tu, kan kita macam "eh apa tu cambest ah nak try ah." Okay tak. Rasa nak try sebab tengok kat 8tv pasal paragliding. 

 Paragliding tu apa? Sila google ya jangan nak malas sangat assignment boleh google soalan panjang panjang, nak tau paragliding tu apa tak boleh pulak? Kbai tetiba.

Kau takkan faham makna ketakutan yang aku rasai. Sungguh aku manusia lemah. Serious takut weyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. Terus berjanji kat diri sendiri taknak gelakkan Jaesuk dengan Haha lagi kalau diorang gayat time dalam running man. Over betei rasanya.

Senah berani wey. Tapi time flying fox aku dah berani dulu dari dia takpe.Gambar membuktikan segala. Tak masuk dalam ni lar tapi. Heheheh. 


Antara yang terawal turun bawah. Muka memang penat habis la dah habis.


Memang worn out gila wey. Sumpah. 

Okayyyyy itu la pengalaman saya di Gua Damai Extreme Park. Kira berbaloi la pergi under kolej, RM55. Kalau pergi sendiri RM150 tak silap. Ada pakej pakej dia lain lain harga dia. Yang kitorang ambil ni yang RM150 rasanya.

Oh untuk gambar gambar yang lain ada di sini http://guadamai.blogspot.com/2014/01/senior-kuis-students-adventure-day-out.html . Kat kamera je dah 700+ + 500+ gambar. 150 juta daripadanya adalah gambar selfies. so yeah.  

Siapa nak tau lebih lanjut ch ch ch ch check it out kat blog tu. Okay gua tak semayang maghrib lagi. Byeeeee.





Monday, January 13, 2014

Big Bad Wolf

Hello.

Yaa yaa saya tahu big bad wolf dah lama berlalu. Tapi sebab tahun lepas adalah first time pergi big bad wolf, so rasa macam teruja gitu nak buat post. Eh kenapa baru terhegeh hegeh nak buat post? Well time tu banyak dugaan melanda. Okay laptop rosak itu dan ini.

Last years big bad wolf was my first time and definitely would not be my last time, insyaAllah. heheh. i loooveeee books, tapi tu lah, biasanya buku best best ni mahai betei. Kecuali komik. Sebab tu aku membesar dengan komik, tu je yang mampu beli pakai duit poket sendiri. Miahahah.

So how was your experience ?

Oh lonernya buat interview dengan diri sendiri. Bestttt. Hard covered punya buku yang tebal kertas cantik tebal tu tak mudah terkoyak tu,RM5 - RM8 je weyyy. How can you not like big bad wolf ? Especially for book lovers like me. Okay la takde la book lovers sangat, tapi kalau dah beli baca la kan takkan buat pekasam pulak. Pekasam pun 2 minggu je kalau orang buat. (okay baru tengok dokumentari ape tah tadi).

So anyway, gambar tak ada. Sebab.....pergi sorang sorang......Yeah......Semenjak dua tiga menjak nak habis degree ni kemain acah acah independent la konon gerak ke mana mana sorang sorang. Hehehe. Its not that i dont have any friends to go with, sometimes people just need some time of their own kan? Lagi lagi time tu dua hari stress duduk rumah, stress ku terubat dengan buku buku tersebut. hehehe. Last day pulak tu nasib baik sempat.

Source. Click for interview author dengan sape tah aku bukan baca pun copy link dengan ambik gambar dia je.

HIGHLY RECOMMENDED SERIOUSLY WEYYY. Okay excited nya. I finished reading this book in less than a week. Since i had nothing to do at that time. Cant do my work also cause laptop takde. Bukan senang tau nak tengok aliah wafa tanpa laptop di bilik. Bukan senang jugak nak tengok aku baca english novel yang genre dia bukan humor tau. 

And walaupun tajuk dia the 40 rules of love tapi tak, dia bukan cerita pasal couple yang kena kahwin paksa dengan mak bapak dia lepastu mula mula tak suka lepastu last last bercinta, lepastu last last tv3 ambik buat drama maghrib maghrib buta. TAK. 

Dia.....universal la. Love kan universal gitu. kakaka. Okay now only i realized im not good at reviewing books. I just know how to read it and enjoy it myself. hihihi. 

[source gambar]

NI PUN BEST HIGHLY RECOMMENDED. Set up in Wari, Africa. Aku siap simpan angan angan okay nak pergi Africa lepas baca buku ni nak tengok sama ke tak dengan apa yang aku baca. Oh ya, tak reti nak review buku. Kalau kau bagi komik Doraemon pun aku rasa aku tak boleh nak review. 

Macam mana beli buku eh? Main pilih pilih je eh? Of course la tak. Aku tengok review orang kat belakang buku. Kalau macam melampau banyaknya pujian and cerita macam best baru ambil. 

Anyway, aku beli 5 buku for RM38, lepastu dua buku je best. Satu lagi tu so-so, and lagi dua tu......Mengantuk bila baca......So simpan dalam bag as emergency je.....in case lecturer lambat datang dan sebagainya. hehehe.

Okay dah la bye. 

.



Thursday, January 2, 2014

siapa sini nama Azam?

Hello.

2014 dahhhhh. Another year to survive. Azam? Manooo adoooo. i stopped making azam since high school . its not that i dont want to make any goals or plans in my life. i do have a life plan, tapi tak semestinya a life plan or a resolution must be started from january kann. you can always plan anytime any day any month you want. its not like its compulsory for everyone to make resolutions on january.

eh teremosional pulak dah kenapa?

so anyway, azam ni dari few years back. just a few of it;

1) nak turunkan berat badan. (i managed to do this once a year since masuk kolej. and then i gained weight. again. cisbedebahmakbedahbetei!). susah aaaa nak maintain dengan orang sekeliling "eh Wafa dah kurus eh?" "eh dah kurus sikit ah. apa rahsia?" "oh ambik produk X eh? mahal tak?" bla bla bla bla. Dia bila orang dah komen cenggitu, kita akan berada dalam zon selesa, so.......yeah. 


eh, oh. itu je rupanya azam gua dulu kini selamanya. kakaka. 

[source]


Ohhh tapi this year ada new resolution. and....of course its a secret. buat apa nak kecoh kecoh bagitau semua orang.


masalahnya semua orang tu rajin pulak nak baca blog aku ni kan? miahahaha malu sendiri kejap.

okay bye pukul 4 ada kelas. Boring betul kelas takde kawan ni. Hmmmmm. Takpelah just a few weeks more to survive :D 

positive positive! Hehe

.

Friday, December 6, 2013

Anugerah Kecemerlangan

Hello.

Hari ni kat kolej X ada anugerah kecemerlangan. Yea....orang lain cemerlang dari sem 2 dan ke atas, aku sem 5 baru nak cemerlang. Tu pun takde siapa tau pun. I dont really care anyway. Tapi its kinda sad when no one congratulated/celebrated me. hahah. padahal result sentiasa rahsia tu.

Anyway, aku pernah dapat sekali je anugerah kecemerlangan. Masa darjah 2. Anugerah kecemerlangan sebab kedatangan tahun tu penuh. Cemane boleh penuh tah. Kalau camtu time foundation aku patut dapat anugerah kedatangan penuh dengan X la kan? Eh? mihahah.

Okay la dah tak ada apa nak cakap. Bye.

Tuesday, November 26, 2013

Sem baghuuuu

wuyo wuyo lama gila tak type. its been a month or two since i last touched my laptop. no seriously. it feels a lil bit awkward typing. haha. laptop rosak sepanjang cuti sem. i thought i was gonna die, turned out i survived my semester break. its not that bad living without one. tapi dah start sem memang kena la, cause all the bloody works need to be done!

hopefully this semester will be the last semester for me. and my friends. cant wait to finish this freaking semesterrr. then after study what to do? hennntahh la kak jahhh. if this was last year, id surely said "lepas study, kahwinnnn!". kakaka. tapi nak buat camno, cintaku tertinggal di putrajaya bro. eh eh eh kakaka. *lap air mata di tubir mata*.

mannn its been a year already, move on leee. 

so anyways, hopefully we'll pass this semester with flying colors. kemain. especially final year projecttttt. eja je pun dah menakutkan. brrrr. serem.

okay la babai.

Thursday, October 24, 2013

Alahai emak kahwin kan aku lalala

Hai.

Eh cemane eh nak menaip gua dah lupa sejenak. Maklum la sejak cuti kerja sana sini. Turun naik tangga sidai kain teman opah pergi sana sini. K over. 

Okay tak tau nak intro apa. Eh kena eh? Ingatkan lagu je ada intro. Pada hari Jumaat yang lalu, bersamaan 18 Oktober 2013, satu kursus pembangunan keluarga telah diadakan di kolej saya, ya'ni Kolej X. Kursus pembangunan keluarga tu apa? Kursus kahwin leee. 

"Eh, awalnya ambil? Dah nak kahwin dah ke?" dan soalan soalan yang lebih kurang sama ditujukan oleh kebanyakan orang. Emmm....macam biasa la, kolej X dan perkataan wajib berpisah tiada, bagai aur dengan tebing bagai isi dengan kuku bagai melepaskan batuk ditangga bagai pungko.......eh salah, pungguk rindukan bulan. gitteww. Tapi paksa paksa pun okay jugak la sebab ambik dengan kawan kawan. Ada geng ambil sekali. tehehe.

Kursus ni diadakan selama 2 hari. Setengah hari jumaat, Satu hari Sabtu dan setengah hari Ahad. Pergh boleh tahan terer jugak aku kira, kahkah. Jangan memain ya, matematik time foundation gua A okay. Time degree jangan tanya la tapi. Statistic segala jadah pulak tu.

Sepanjang 13 slot telah diadakan sepanjang 2 hari kursus tersebut berjalan. Kalau kursus kahwin, biasa la, lawak semua nak yang lawak orang kahwin je, terus tukar warna bendera Perlis otak aku tau lepas habis kursus kahwin. Kalau tak faham sila abaikan. Siapa google warna bendera perlis dia fail sejarah/geografi! kahkah.

Beg free. Tapi pen tak ada. Hmmm.

K nak kahwin nanti baru baca la buku gerbang perkahwinan tu. Selagi tak kahwin, baca doraemon dulu. Kbai.
Oh ya ketiga tiga belas slot tersebut adalah:

Pengurusan Masa dan Kewangan - Penceramah tak ingat siapa. Bab bab ekonomi ni lemah sikit laa. Walaupun penting, tapi memang lemau la. Tu je.

- Talak dan Kaunseling - Kelakar gilaaaaaa aku bagi 8 dekat borang soal selidik tu. Orang JAIS penceramah dia. 

- Barakah & Rahmat Sebuah Perkahwinan - Kuliah subuh......So......zZzZzZzZzZ.....Pagi tu bangun pukul 3.30 pulak ada qiyamullail. Walaupun.....tak semua yang qiyam, tapi masih ada yang tweet salam qiyamullail. if you know what i mean. kakaka

- Pengurusan Kesihatan Diri & Keluarga - Yang ni pun best gila. Maybe best or tak depends on penceramah kot. Tau tak, Nabi Muhammad minum air mula dari pukul 6 pagi sampai 7 malam je. Malam baginda minum segelas susu kambing. Haaaaa. Aku pun baru tau. Best best pun sempat la tidur kejap. tehehe.

- Ibadah dan Taharah Suami Isteri - ZzZzZzZzZzZz......sebab time ni dah petang, memang lemau la cerita diaaaaa. 

- Prosedur Perkahwinan & Undang-undang - Ni best gilaaaa. Ustat dari JAIS yang masuk air. Tak tau nama dia, kat borang soal selidik tulis Ustaz Stress je sebab dia selalu sebut stress.

- Akidah Asas Kesejahteraan dalam Rumahtangga 

- Pertunangan, Perkahwinan, Tanggungjawab Suami Isteri

- Tekanan Konflik dan Penyelesaiannya

- Akhlak, Komunikasi Terpuji suami isteri

- Hubungan keluarga Kandung & Mertua sebelum selepas kahwin

- Isu-isu kehartaan dalam perkahwinan

- Psikologi Alam Rumah tangga

Okay dah malas nak describe type tajuk je la. Overall kursus kahwin ni banyak cerita pasal pengalaman orang yang dah kahwin, untuk dijadikan pedoman hidup. Gittew. Dapat penceramah yang kelakar, memang seronok la. Sampai terjatuh jatuh handphone aku sebab ketawa sebab kelakar sangat. Dapat penceramah yang serious........faham faham je la. eheheh.

Ni time slot kesihatan tu. Tu ambik nombor phone tu, call. Nanti dia tau boleh diagnose kau sakit apa. Tapi kena bank in duit dulu la cerita dia. Orang tu la kata.

Weolls dua orang je yang sesat kat Audi A (bukan nama sebenar). Yang lain (housemates) semua di Audi B. sobs


Shapa if youre reading this, remind me to whatsapp you my account number, huahuahua.
kerana berjalan kaki di malam hari memenatkan.

So kesimpulannya, dalam tiga belas tiga belas slot tu, mesti ada slot untuk aku tidur. Maksudnya, dalam satu slot, aku akan buat slot tidur sendiri. Lulz. 

Malam habis kursus kahwin tu release tension (amboi tension benor ke kursus kahwin nya) lepak before memasing balik rumah. Ada pulak dah balik awal kemain lepas kursus kahwin tak sempat rehat dah kena kemas beg. Ngahahah.

Best housemates everrrrr. Kalau boleh nak sama rumah lagi sem depan :(
(tiada dalam gambar - Farhatun dan Maisarah)
I thanked Allah for all these fun, caring, loving and annoying people around me :P 

tsk annoying tu gurau je lah.

Okay dah tu je byebye. Saya sudahi post saya dengan serangkap pantun budi, kahkah;

Pohon beringin pohon meranti,
Kita kahwin jemput la nanti.

Ok baru boleh bye. :D

*sumber gambar daripada phone sendiri dan madihah dan dari siapa tah diorang ni share kat whatsapp*