Friday, June 21, 2024

Influenza A

 Helloo


Ahad

Sehari sebelum raya haji. Adira demam panas. Bamm. Terus cancel nak raya rumah MIL. Dah le pagi pagi dah masak kuah kacang ngan lodeh nak bawak balik kampung. Tiber tak jadi balik tak memasal kitorang makan lauk raya sehari sebelum raya. Time actual raya makan cekodok je nokkk.


Isnin

Adira still demam. So memang kat rumah je. Bagi PCM pun tak jalan. Dah plan if petang still panas kitorang pergi klinik. Sekali petang tu dia Alhamdulillah okay so tak jadi pi klinik.


Selasa

Bangun pagi okay lagi. Kemas kemas rumah sebab parents nak datang tengok cucu demam. Plus kerja jugak cam biasa. Kids tak sekolah sebab sorang cuti peristiwa sorang dicutikan incase demam spike. Time ni aku sakit mata belah kanan. Asal kelip je sakit. Puas la dok tengok kat cermin ada apa2 ke sebab mata tak merah or ada ketumbit ke apa tau. Tapi asal tutup je sakit. By the time nak tidur makin okay so macam okay kan aje.


Rabu

Pagi Adira pi sekolah cam biasa. Aku dah tak sedap badan. Hidung dah sumbat sumbat. Tengahari tak larat masak beli oden konon eh konon boleh hilang kan hidung sumbat. Hshshsh. Time makan tak rasa apa weh. Kena tarik nafas dalam dalam baru ada rasa sikitttt la. Pastu aku whatsapp husband aku ajak MC besok sebab dia pun hidung berair selsema. Dia onzzz alang2 kerja takde yang pending.

Time lunch aku tidur lepas ambik pcm sebab penat gila badan. Berselubung ngan selimut + tutup kipas ya sebab gigil2. Pastu terlajak dalam 15 minutes camtu terus on laptop balik nak clock in. Pastu aku gi mandi bapak la menggigil gigil weh. 

Gigih tau habiskan kerja time tu. Yang penting petang tu ada teams call semua dah dengar suara tak larat sis sebagai petanda “ya aku sakit so besok kalau MC jangan terkejut zasss” wkwkwkwkw. Padahal dah bagitau member rapat nak MC. 

Petang tu Awatif balik sekolah mengadu sakit kaki. Lah pulakkk. Malam sikit badan dia panas so cam fine alang2 kitorang nak gi klinik bawak la dia sekali. 


Khamis

Pagi Adira pulak self diagnose dia demam. Dok “adira demam, demam” padahal badan tak panas pun. Tapi lepas mandi ada lah dedar sikit so cam alang alang satu kampung la pergi klinik. Dalam kereta budak2 tidur, badan masing2 dah start panas. 

Sampai klinik kitorang masuk berempat terus. First doctor check husband aku. Tengok tekak merah so dia suggest buat swab test for covid + influenza. Time tu memang nampak clear 1 line kat dua2 test. Sampai turn aku doc suggest jugak untuk buat. If parents both clean then anak2 tak perlu buat la katanya. Sekali nohhh kau clear aku punya 2 line kat influenza punya kit kat huruf A. Terus anak anak semua kena swab. Bangga jap sebab antara kitorang 4 orang aku paling cool kena swab 🤣


Ni kids punya. Tapi kitorang 3 memang line clearrrrr gila.


End up husband aku pun doc kata influenza A jugak. Sebab nampak macam faint line kat huruf A tu. Aku ingat cam “asal eh beriya nak kata ada line jugak padahal tak nampak pun??” Lepastu hujung2 tu baru aku nampak line tu. Halusss je gitu cam bayang2.

Balik klinik beli breakfast makan ubat pastu masing masing baraiii. Adira paling teruk kebaraian dia. Sampai malam badan panas je. Batuk non stop ya. Aku? Hmmmm dah semua barai kitonyo tak boleh le barai kena bangun gak masak, lap air kat badan. In between habiskan kdrama wkwkw. Semoga dapat pahala besaqqqq jaga family time diri sendiri pun sakit. Aminnnn.


Jumaat

Adira bangun dah boleh gelak ajak gurau. Badan pun dah tak tahap melecur kalau pegang (overrr). Btw aku dulu pernah ada thermometer yang thermal scan tu tau lepastu rosak tak beli dah sebab if ada benda tu asyik check je suhu time anak demam pastu resah gelisah terlampau. So kita manual je pakai tangan hikhik.

Semua orang nampak macam kembali normal…….kecuali saya. Yang kononnya semalam okay zap zap zusss. Harini badan rasa lemah (ke malas ek?), batuk teruk and paling annoying telinga rasa cam kena tekup je. Yang kalau naik plane kita telan air liur dia okay kan. Ni ko telan satu baldi pun sama gak grrr. Aku just assume its something to do with the influenza. Sekali la dengan sakit mata aku tu. ENT kan, gamaknya la. Oh also sakit kaki Awatif tu pun sebab influenza. Sakit2 sendi antara tanda tanda dia gak laa. 


Doakan kitorang satu family sembuh yaaa. Ingatkan demam biasa la sekali nohhh makan pcm nak dekat sepapan pun tak luttt. Fyi influenza ada specific ubat dia, so sebab tu tak jalan ubat biasa. Aku actually dah dapat agak sebab tu doc kata nak swab aku onzzz sahaja. 

Dah la nak tidoq baru lepas makan ubat and ada ubat mengantuk. Byeeee




Thursday, February 22, 2024

Allahyarham Sudirman

 Hellooo.

Harini mood dengar lagu lagu Sudirman. time tengah scroll instagram, tiba tiba ada orang cakap pasal lagu P.Ramlee Tunggu Sekejap. Lepastu aku jenis malas buat playlist kat spotify, so aku play je lagu tu and biar je next lagu random keluar. Sampai la kat lagu Sudirman - Terasing. 

Tiba tiba rasa sedih sebab lirik dia. Rasa macam lagu untuk ex wife dia, aku agak je la based on lyrics tapi rasanya ya. Sebab pernah baca dia sayang gila ex wife dia kan. Aku pun google la pasal Sudirman. Baru sedar dia meninggal 22/2/1992. Then baru sedar tarikh harini 22/2/2024. Coincidentally. 

Dia macam takde la nak fikir bukan bukan ke apa just secara kebetulan and i feel like writing it here. Lepas lagu Terasing aku dengar lagu Salam Terakhir lepastu tiba tiba nangis. Rasa macam sampai betul sedih dia. Bila baca lagi pasal arwah, ada yang cakap lagu dia bukan sekadar lagu, tapi meratap. Maybe sebab tu kot extra sedih dengar 😢

Anyway Alfatihah Allahyarham Sudirman. Patut la mak aku selalu cakap suka gila lagu lagu Sudirman. Truly evergreen. 

Saturday, July 1, 2023

we old now man - of slip disc and hospitals

 hello

a lotttttt of things happened last week and everything happened so quickly so i nak letak sini mana tau tiba tiba lupa. cehwah macam la rajin nak baca balik kan. 

so last week Friday morning 23/06/2023, husband aku tiba tiba mengadu tak boleh gerak langsung and belakang dia sakit gila. which backpain tu memang dah lama dah dia sakit. dah pergi klinik, dah urut dah chiro but still semua elok temporary je. tapi this time around sakit sampai nak gerak kaki pun tak boleh. tapi him being him, still nak jugak hantar anak pi sekolah sendiri. Padahal kereta besar tu aku boleh je ya bawak. Dalam sakit2 dok risau apa2 jadi hshshs.

aku dah cakap jom pergi hospital, kena marah. buat apa semua kena marah sebab tengah sakit. at last tengok dia sampai dah termelutut (cause he cant stand or sit properly), aku terus call 999, mintak ambulans datang. Dia sambungkan ke ambulans, aku tanya hospital mana ya. "Hospital Serdang puan". ah sudah. Tau je la gomen kalau tunggu berapa lama pulak, plus ramai, plus HAVE YOU SEEN HOSPITAL SERDANG??? hellooo parking dia sampai tepi kuil sana ha punya jauh. aku terus cakap "oh okay takpe saya call swasta."

nasib baik office dia ada hospital panel. between KPJ or Columbia Asia. KPJ memang kitorang dah banned sebab lama and tak function. thats another post for another day gituuu. hshshs. Terus mintak GL untuk Columbia Asia kat belakang rumah ni. Nak panggil ambulans dia kata kena call nombor lain pulak. Again, my husband being my husband, dia gigih naik motor ya pergi hospital. Alasan biar aku kat rumah ambik anak2 incase dia kena warded. Taknak aku serabut sekali kat hospital.

aku tunggu kat rumah. aku EL time tu sebab dah fikir nak jaga dia. Sakit lain macam sampai nak bangun makan pun tak boleh. Sementara tunggu dia update kat hospital. nak tenangkan diri aku main PS dulu hshshshhs. Sejam lebih nak dekat dua jam dia update cakap kena slip disc and kena operate. Siap cakap jangan datang sebab dia tak suka orang datang tengok dia sakit. haizzzzz

ingat aku nak dengar? memang tak la. besok tu aku datang tunggu dia habis operation kat tepi katil dia hshshs. merasa la tengok live orang under influence ubat tidur tu idk the medical terms lah kan, tapi nurse dah cakap "dia mamai ya biar dia tidur." masalahnya mamai2 pun dia merapu tu dia sedar. ada la pi buat mini heart, peace, menyanyi bagai. last2 dia tertidur. finally tidur betul sebab dia kata for the past 24 hours dia tak boleh tidur betul2. diri salah, duduk salah.

lama gak aku kat hospital, sampai tertidur sebelah dia. nasib tak sorang lagi pulak slip disc kan tidur tak betul atas kerusi hshshhs. nauzubillah weh nanti takleh dokong anak tak best. petang tu aku tunggu dia boleh diri boleh duduk, dah makan semua, then baru aku balik. btw sedap gila ya makanan columbia asia. aku makan kari dia time suap husband aku makan.

budak2? kat rumah dengan mak aku &  kakak aku. yang bongoknya aku nak mintak orang tengokkan anak aku. before pi hospital aku boleh cakap kat anak first "mama nak gi hospital okay. doktor potong belakang papa nak bagi papa tak sakit lagi." kau rasa??? tak meraung budak tu dengar bapak dia nak kena potong hahahhahaha. kakak aku marah aku sebab sebut perkataan potong tu ahhahahaha.

total bill RM50k plus. dudeeee kalau GL company aku tak lepas ya max untuk inpatient 40k sajorh. so sekarang kitorang tengah usha2 nak carik medical card sendiri selain berharap GL company je sebab apa2 jadi mak serammmm mana nak cekau duit. nak masuk gomen, tunggu la kau berjam jam. yo insurance agents tak salah eh diorang guna waktu menunggu lama kat gomen untuk tarik orang ambik medical card.

time dah tau slip disc tu, aku search la kat google nak tau extra la konon. ternampak ada akak ni 3 kali appointment baru boleh buat MRI ya kat GH. ye la faham sebab ramai kan. GH doctors dia tak dinafikan memang power tapi waiting time tu...........mak tak sanggup.

ni dah lepas seminggu operation Alhamdulillah he's getting better. bangun pun takde dah asyik pegang pinggang macam dulu. duduk pun tegak. 

ok dah nak pukul 7 pagi ngantuk dah. byeee

Saturday, May 6, 2023

Raya 2023

 Hellooo.

Macam biasa pukul 6 pagi update blog ya. Hshshs. Tadi blackout lepastu terjaga dah sampai sekarang tak boleh tidur. 

Tak tak, ni bukan zaman dulu nak letak gambar raya 44 keping dalam blog. Just nak cerita yang this year's raya i (we) am finally able to accept guests to come over for raya. and i love it!!! hahahhaa. suka masak pastu orang makan. before this memang orang nak datang raya pun selected je nok. yang datang 2-3 kepala je. sebab i tak reti le nak masak banyak2 nak agak sorang makan berapa banyak hshshs.

also bulan puasa haritu buat 2 kuih raya. which i think saved me a lot? wuahahha padahal tak pun. beli barang baking je dah nak beratus hahah. tapi better than beli kuih raya berapa ratus dapat beberapa jenis tapi sebenarnya tak sedap pun. worse, dari dough yang sama je dia tukar2 itu ini. kerepek2 mak aku dengan MIL bagi, ah gabung2 cukup 6 balang. 

Paling laku is chocolate chip ya. Buat 2 kali, each batch dapat dalam 2 bekas tupperware berapa ml tah. 2 bekas je buat makan tuan rumah sendiri hshshs. Next year nak buat lagi banyak, insyaAllah. 

Oh nak get back to topic pasal tetamu, haritu family aku, adik beradik semua berkumpul kat sini including makcik aku, her husband and their 3 kids. Total 23 orang. Kelam kabut gak la masak (padahal dari pagi dah masak benda simple je pulak tu macaroni bakar hshsh), lepastu beli dominos kat grabfood baru teringat eh raya ada ke rider. nasib baik dominos hantar guna delivery dia. aku dah cuak eh sebab aku masak benda ringan je, bukan juadah raya. Kenapa? sebab sebelum tu diorang raya rumah kakak aku so aku target semua datang sini dah kenyang hahaha.

lepastu bestfriend datang raya, hari jumaat ya, which besoknya tu nak balik johor. kelam kabut aku in between teams calls, replying emails, kemas rumah, mandikan anak, at the same time nak masak sambal. aku buat nasi lemak btw. time aku buat sambal kawan aku datang. nasib kawan baik pandai dia buat cam rumah sendiri, amik cawan, amik air sendiri. hshshshshs i love my friends!!

patutnya 3 orang datang (minus their plus ones), tapi sorang nak gerak dari banting kul 7 camtu. so aku terpaksa tolak sebab banting ke kajang berapa lama pulak kau, besok nak kena bangun awal pi johor. plus it was raining at that time. tapi hopefully petang ni ada rezeki jumpaaaa. in the end ada 2 org kawan aku datang on that day. habis nasi lemak yeay akak lega. kawan aku siap cakap kat husband dia "yang kita kena datang rumah dia yang. rumah dia ni susah nak dapat datang ni."

kakakkakaka ye la for the past 6 years kot asal orang nak datang je either aku balik kampung (dulu balik kampung husband for raya lama gila ya i nak nangis setiap kali balik ahahha but yeah we'll save that story for another post gitchewww as if ada orang baca selain kau) or anak tak sihat. selalu antara dua tu je la.

Okay la dah 6.30 aku pun dah ngantuk nak tidur balik byeee

Saturday, March 4, 2023

Through The Darkness & The Rain Coat Killer

 Helloo.


Morning. Wau updating this at 6:59AM while kids are still sleeping. Dulu update mesti 2-3 pagi and tak tidur malam. hshs. Not missing those days though. Macam mana la boleh tahan tak tidur malam/sampai 3-4 pagi baru nak tidur. 

So anyway, cause i still want to keep my blog alive, here i am still updating up to this day. Where orang lain semua buat post panjang berjela on ig, sorry mak tak kuasa. Feel tak sama type kat phone dengan on keyboard. Also aku tak baca pun caption karangan panjang2 tu hshshs. Macam tu la jugak orang tak baca pun blog aku ni lulz. 

Decided to update pasal tengok drama apa je lah. Nak update pasal colleague tu dah kat twitter. Kakakaka reason why i keep my twitter acc locked. ALL. THE. TIME. but i did not invest much to tweet about them. who are yousss aku ada banyak benda lain nak fikir dari tweet pasal orang. Dah masuk 30 nok apa jadah nak buat perangai 13 tahun lepas.

Anyway latest kdrama that i watched recently was Through The Darkness. DAH LAMA NAK TENGOK PLEASE. tapi baru keluar netflix kot sebab dulu check takde. Cerita pasal experience korean criminal profiler and how dia solve serial killings kat korea guna kepakaran dia. All based on true stories. Tapi semalam ada came across a twitter thread about Hwaseong Cases (you can google it though), case tu lagi gore dari dalam cerita. Dalam cerita pun aku tengok nak muntah, bila baca real case ya Allah scary dia lain macam. 

I highly recommend yall to watch this drama. I was not really a fan of violent, crime thriller kinda genre, tapi i got hooked up with this one and tengok sampai habis within a week. ye lepastu tidur malam macam2 fikir sampai lock pintu check multiple times.


Kim Nam Gil, yang bawak watak the korean profiler [source]

The actual Korea criminal profiler [source]

I tau cerita ni actually dari facebook, macam kat media kan ada orang suka cut cut scenes dari drama, so tertengok scene dia interrogate  this guy on the first case in the drama. Instead of doing it the normal way, dia suruh mamat tu tulis rumah mana yang dia pecah masuk. 

Mamat tu ingat salah dia kecik la sebab dia pecah rumah je, ambik barang time takde orang. Tapi the profiler boleh ajak dia borak sampai dia unintentionally terconfess crime yang dia buat. I rasa ada la more than 20 times i tengok scene ni hshshs. Its like my go to thing to watch before sleeping. 

[source]

Sebab scene ni je yang interrogation dia tak gore. Yang case lepas lepas ni terus rasa nak muntah everytime diorang describe case yang diorang buat. 

Also cases yang dia solve tu, lama ya, Hwaseong cases tu lama 30 tahun baru resolve. Tengok dalam cerita memang la nampak kejap sebab dia lajukan timeline tu kan. 

Antoher case yang dia solve was the Raincoat Killer case. i taktau ni tajuk kat netflix or memang diorang guna panggilan tu untuk dia kat korea. Boleh tengok documentary dia kat netflix. Dulu pernah try tengok tapi macam mengantuk mengantuk nak tidur mana time tengok. Lepas tengok Through The Darkness try tengok balik nak tengok sama tak dengan dalam drama. And ye sama and lagi gore and geli and sedih😢😢😢😢

[source]

At first i ingatkan dia dapat nama tu sebab dia pakai raincoat everytime dia bunuh orang, tapi rupanya tak. Time dah kena tangkap tu polis yang bagi raincoat tu untuk tutup muka dia. Tapi dia memang babi la and scaryyyy mental semua ada. Alasan bunuh, bunuh orang tua kaya sebab time kecik dia susah,. Then bunuh perempuan sebab kena tinggal dengan awek. Bunuh is one thing. then dia boleh study pasal anatomy sebab wey i dah type i backspace balik sebab nak termuntah type.

Anway, thanks to Through The Darkness i discovered Kim Nam Gil, and just like how i discovered PSJ and decided to stan him and watched most of his drama, i will do the same to stan Kim Nam Gil. hshshhs. So far baru tengok Memoirs of a Murderer and otw nak tengok The Fiery Priest.

[source]

Bye!

Tuesday, January 17, 2023

Kdrama not so review

Hi.

Sebab aku penat buat kerja so aku nak cerita jap cerita apa aku tengok for the past few weeks. Sekarang kalau layan kdrama aku carik yang episodes <16. Malassss nak tunggu sampai 16 episode unless cerita tu betul2 menarik and tak cliche hshs.

1. The Glory

The glory best nak mampus please. Cerita pasal perempuan ni kena buli brutally time kat highschool sampai dia dropout. And then took her 10-20 years to plan everything for a revenge. Gituu. Cerita genre macam ni biasa slow sendu je kan, tapi The Glory tak. Tapi yang tak bestnya lagi 8 episode dia sambung bulan March. zzzz.

Songhye Kyo cantik gila please even dah 41. And pelakon dia ambik time high school dengan current scene muka lebih kurang sama je. Tapi actually takde la sama sangat. Yang Jaejun tu la the most similar kot. Ada angle2 maybe. Yang best cerita is the revenge part. Time bully tu macam gore gak la letak iron rambut tu kat kulit. 

Source

2. Gaus Electronics

Lepas tengok cerita genre stress, kena tengok cerita genre bodoh2 shshs. Aku memang dah lama nak tengok cerita ni tapi takde kat Netflix. and not sure ada kat Viu ke tak. and if ada pun aku malas nak subscribe banyak2 benda. So kawan aku suggest 1 app ni untuk tengok drama2 latest semua ada kat situ la. Apps apa? Rahsia hikhikhik. Nanti terpaling data privacy pi report kang maleh aque.

Cerita ni.....sebenarnya taktau apa main plot dia tapi maybe typical love story dari 2 orang yang benci each other tapi ended up jatuh cinta. Aaa gituu. Tapi tu pun bukan main plot citer ni. Dia takde main plot. Baru nak scene serious tiber2 ada benda bodoh jadi. Kalau tengok preview untuk next episode nampak macam serious, takyah la percaya hahahhaha. Aku gelak macam bangang tengok cerita ni.

Nak tengok sebab Kwak Dong Yeon je sebenarnya. Tapi watak si Ma Tan (yang pegang kuda putih) tu lagi menonjol bodoh dia 😭😂

Recommended tengok kalau tengah stress. 

source

3. Weak Hero Class 1

Ni baru habis tengok semalam ke kelmarin tah. Lepas cerita bangag kena tengok cerita serious balik. Bagi otak refresh and neutral hshshs. Ni aku rasa dari webtoon/manhwa. Cerita pasal buli2 jugak tapi scene sekolah/remaja. Watak utama dia aku tak kenal tapi suara dalam nak mampus Park Ji Hoon tu. Tapi bila google ya Allah typical kpop weh lain dari dalam drama tu T__T.

Cerita ni scene gaduh dia real la sampai aku tutup2 mata gak laa tengok. First episode dah scary yet satisfying bila dia tumbuk pembuli dia. Aku terjumpa scene tu kat youtube please watch at your own risk. Tengok starting minit ke 40. 


source
Choi Hyun Wook tu macam awkward sikit tengok watak dia sebab last 2 kdrama tengok dia bukan watak pukul2 orang gitu. hahah. Tapi okay je. Yang paling annoying mesti la nerd tu. Sampai sekarang akitorang (mewakili orang lain kat twitter yang tweet watak dia hshshs) tak maafkan kau ye tang ina mo Oh Bum Seok!!!

Si nerd tu dah lah lemah lepastu ada hati nak blame orang yang tolong dia time dia kena buli?? Lepastu dah upah orang nak belasah orang, bila orang dah lembik baru nak sambung belasah gae sekkiya bagai kan shibal kau Bum Seok. 

NotSoFunfact pasal orang nerd kat sekolah aku dulu. Lepas SPM dia ada chat aku kat YM ke friendster entah dia cakap "aku tau laa korang dulu jalan belakang aku lepastu gelak2 kan aku kan." Ha pesen cam Bum Seok ni la perasan diri terpaling penting sampai semua orang kena cakap pasal dia. Aku takleh lupa benda ni sebab kena tuduh hshshs. Now bini sama naik annoying nak mampus kat instagram. Lah tiber masuk citer lain

Anyway, looking forward to Season 2!!! Kecuali Gaus Electronics kalau ada season 2 tak masuk akal hahaha. Umpama kampung people nak ada sampai 3 season, makcun nak ada sampai 4 season. Sangat tak masuk akal. 

Dah nak lunch time bye.


Sunday, December 11, 2022

A december to remember

 Wah gittew tajuk. Yea its only december 11th and lots of things happened already. From good news to not so good news to nauseating news (NOT pregnant).

Penatttt. Its like that time when i got retrenched. Macam “bila nak habis phase ni.” Or at that time when i was pregnant with my 2nd “bila nak beranak ni penat dah bawak perut”. Then dah beranak “bila nak keluar ward ni”.

Being a grown up sucks. You have the money but not the time. Cheyy padahal money pun kejap je ada. Lepastu as what my husband used to say “menghitung, menunggu gaji” *cue aiman tino lagu apa tah*.

Haihhh cepat la habis this phaseeee im tiredddd. Nak happy pergi kedai belakang dengan budak2 ni beli ice cream.

Oh talk about ice cream. I asked my first born “nanti nak gi mana?” As in bercuti di mana. Dia boleh jawab “nak pergi kedaiii”.

😒😒😒😒 pi la hang mama nak pi laut penat.

Bye

Wednesday, June 30, 2021

Sleeping in the kitchen

 So i lied to my daughter saying if she sleeps beside me on my bed , then i will have to sleep in the kitchen. Sebab sempit. Super single bed, tidur 3 orang including a 3 months old. Sempit and bahaya. 


Sebelum tidur dia cakap "mama you don't have to sleep in the kitchen okay?" in a half concerned half sad kinda voice. Then she proceeds to sleep beside my husband. Which is on a queen sized bed. 


Legit was about to cry just now. I asked her if she's sad. She  said yes very slowly lepastu terus tutup muka dengan bantal.


Tapi tu la tahan je dari panggil dia baring kat sebelah sebab bahaya T__T and sempit also. Haihh she's all grown up already 



Saturday, June 19, 2021

A blogpost by my daughter

 khjbkl ,,v,v,,,,v.v,v.                                    f;oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo💙💚💛💜💘💗💗💖💕💔💓o


ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

.ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo❆❅❄⛄☃oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

Thursday, June 3, 2021

Pengalaman Bersalin kat Hospital Kajang 2021

 Hi. 

Harus letak 2021 tau kat title nanti senang orang nak buat rujukan. Ni aku saja share pengalaman sebab time aku nak beranak aku tak jumpa lagi review beranak Hospital Kajang yang latest, lagi lagi musim covid ni kan. Bawah ni notes yang aku buat ya sepanjang admit kat hospital. Kemain free lagi hahah.

24/3/2021-

🔸 Tarikh checkup hospital bagi. Time ni memang dah expect akan kena warded terus sebab baby besar. Doctor kata kalau tunggu sakit bersalin natural memang tak lah. Nanti ada risk baby keluar tangan terseliuh, or kalau besar sangat kena ceaser.

 ðŸ”¸Time doctor check bukaan baru 1 cm or less, lepastu dia cakap "Saya tarik sikit ya. Okayy dah 2 cm dah". Time dia tarik apa entah tu aku nak terkencing ya hshshs. Bikin malu saja kat bilik scan tu sebab kat luar ada patient lain tunggu.

🔸 Doctor kata boleh terus warded. Then dia tanya nak warded on the spot ke pukul  6 nanti. Aku cakap nak on the spot, doctor tu cam "eh awak ni pergi la jalan2 dulu,makan2. Nanti dah masuk tak boleh keluar dah. Jumpa suami pun tak boleh dah." Jumpa nurse kat luar nak daftar ward, nurse sendiri cakap pi balik dulu. Lepastu aku request nak ward kelas 1 or 2, nurse tu gelak ye kawan kawan hshshhs. Sebabnya ward kelas 1 and 2 dia letak pesakit covid. Nak tak nak masuk la ward kelas ke 3, kalau tak silap. Orang yang dah biasa beranak Hospital Kajang diorang panggil ward 5.


🔸 Balik rumah mandi. Kul 5.30 pi hospital balik. Oh btw kenapa kena pukul 6 pm, sebab time tu waktu untuk buat swab test. Tapi time aku sampai ward bersalin tu ada lah dalam 6 lebih2 sikit. dah terlepas waktu swab test. Tapi aku warded lah jugak. Cuma kena tunggu lama kat kaunter tu sebab ramai orang. Before masuk ward buat ctg scan dulu and check bukaan, still 2 cm btw, pukul 9 camtu baru dapat katil. Tu pun bilik doctor ditransform jadi ward sementara. Dengan katil rendahnya, susah ya untuk orang mengandung bangun duduk.


🔸 9.30 ish - brought to a diff block to prepare for covid test. Time ni ada lah buat dengan beberapa orang covid test. Buat kat ward 6, katil satu bilik 4 orang. Toilet pun bersih je. Tapi tu lah ward tu panas nak mamp. Aku assume tu la ward untuk covid sebab tak boleh bukak aircond and nurse pun pakai PPE. Aku sebab dah dapat ward lepas dapat result boleh balik ward. Yang lain kena stay ward tu sebab takde katil dah kat ward 5 tu. 

25/03/2021 -
🔸 Pagi pukul berapa tah nurse kejut sekali untuk ctg scan. Time ni dia bawak tempat scan tu kat katil so tak payah bangun. Tapi besoknya ada check aku kena pergi berjalan ke ward lain nak buat scan tu.


🔸 Kul 6.40 am  nurse kejut untuk induce. Time ni aku ingatkan bukaan dah 2 cm tak payah la induce. Rupanya idakkk kena jugek hshshs. Ramai lagi kena induce pagi tu. Semua case mostly baby besar jugak. And cara induce pun berbeza rupanya. Ada masuk ubat ada yang dia check bukaan je. Macam aku kena masuk belon. Nasib dah ada baca sikit2 pasal induce ni so aware lah apebenda masuk belon tu. Since aku dah 2cm, dia masukkan belon tu untuk bagi bukaan bukak lagi besar. Berapa banyak bukak daa. So lepas dr masukkan ni kat lubang bukaan tu, kena tunggu dia terjatuh sendiri dalam 24 hours. Kalau jatuh means dah bertambah la bukaan tu. Aku punya terjatuh sendiri betul2 nak dekat 24 hours. Sebelum dr check bukaan, sebab before tu aku pi toilet, sekali plop jatuh. 

Photo Credit

🔸 9 am, breakfast kueyteow goreng and milo. Sedap ya tapi portion sikit la. Ye la hospital kan, bagi makanan sihat takkan la portion banyak satu kuali nak bagi hshshs. So harini seharian aku tak buat apa, tengok phone je. Kejap kang nurse datang check,lepastu itu je. Baring bangun tidur bangun tidur. Boleh pulak Tunetalk buat hal eh time tu takde internet. Kwajaq betei.



26/03/2021-


🔸 Kul 6.30am doktor kejut suruh tunggu depan nak check bukaan. Time ni la aku punya belon jatuh time kat toilet. Check bukaan dah 4cm. "Okay lepas breakfast boleh masuk Labor Room dah". Time tu dup dap dup dap, dalam masa yang sama tak sabar nak bersalin sebab tak tahan dah letih pregnant. 


🔸 Pukul 9 pagi, nurse bawak masuk LR. Time ni tak rasa sakit pun lagi. Dengan bilik tu rasa sejuk je. Dengar pulak orang bilik sebelah zikir kuat kuat, ada yang cakap sakit, ada yang dengar esak esak tahan nafas. Betul ke ayat tu entah la you get it hahaha. Nurse pun datang masukkan ubat. Nak bagi rasa sakit. I guess that is for the induce kot. 

🔸 Makin lama makin terasa sakit. Setiap kali tu aku tengok jam. Boleh berzikir lagi. Baca poster dia tampal dalam bilik tu. Makin lama makin sakit. Dekat 7 cm jugak aku bertahan sebelum mulut aku keluar benda lain selain zikir. Gatai nak vacuum la, nak ceaser la. Dr and nurses kat situ memang baikkkkkk sangattttt. Walaupun aku tau muka nampak penat. Ye la bukan layan aku sorang. Lepas 6 jam macam tu, Alhamdulillah lahir la seorang Adira pukul 2.25 petang. Alhamdulillah jugak sebab contraction tak selama masa 1st pregnnancy dulu (>24 hours). 

🔸 Lepas je lahir nurse or doctor aku taktau mana satu dah sebab ramai hahahha, dia letak kat dada, bagi skin to skin dengan baby. Ni yang antivaks bangang kata doctor tak buat skin to skin, aku dah 2 kali beranak 2 kali ada skin to skin ya bodoh. Maghoh ni maghoh. Lepastu dia ambik baby bersih2 kan. Sementara tu doctor jahit and settlekan uri semua. 

🔸 Lepas dah settle jahit, nurse pass baby kat kita suruh breastfeed. Alhamdulillah baby latch okay. Time Awatif tak sempat rasa sebab dia masuk icu. Ha time ni Alhamdulillah dapat rasa. Rasa dia bahagiaaaaaa sangat 3 jam dalam tu dengan baby. Sambil2 tu dengar kat luar orang yang nak beranak, doa dalam hati semoga dipermudahkan urusan diorang pulak nak beranak. Cuma time aku tu ada satu patient tu menjerit kuat gila betul2 kat luar bilik aku. Nurse cepat2 rapatkan langsir.

Lepas 3 jam tu aku dia pindahkan ke ward baru. Postnatal ward. Okay la ramai yang baru beranak masuk situ. Nurse pun dekat incase ada apa apa jadi. Malam tu aku lapar gila sebab makan petang tu ikan, and aku tak makan ikan. Aku makan nasi and sayur. Malam tu aku order nasi goreng cina suruh grab hantar kat guard. Long story short sebab aku dah malas nak taip hshshhs, besok 27/3/2021 aku dibenarkan keluar ward lepas baby dah berak and cucuk bcg.


Apa yang penting kena bawak pi Hospital?

1. Pad. Lots and lots of pad.

2. Disposable panties. Ni aku recommend sangat sebab akan selalu bocor. So buang je time tukar, takyah nak basuh2. 

3. Botol air kosong. Diorang provide air, tapi botol bawak sendiri.

4. Power bank and charger. Power bank saja tak mencukupi lagi2 kalau kena cam aku nak kena tunggu 24 hours la apa la.

5. Sudu. Time aku makan terpaksa pinjam sudu orang sebelah. Ni untuk makanan dari luar la. Makanan dalam tu ada je sudu.

6. Pampers, kain bedung, baju baby. Ni wajib bawak masuk LR sebab nurse nak settlekan baby lepas beranak.

Overall beranak Hospital Kajang sangat lah okay. Cuma kalau toilet yang share ramai2 tu kena tutup mata lah. Makan minum, doctors and nurses semua okay. Yang penting, kalau kita beradab, insyaAllah diorang pun okay je.

Oh btw baby aku 3.8 kg. How crazy is that huh? Time check kata 3.6 ke 3.4 je, sekali ha kau. hahah. Alhamdulillah dah 2 bulan beranak.

Okay lah bye. Sakit leher. Tiber hshsh

Saturday, April 17, 2021

Beranak 2nd. How was it?

 Hi.


So harini minggu ke 3 aku berpantang. Dont ask me how many days im too tired to count. So beranak second ni, ramai kata ; "eh tak sakit sangat", "beranak kedua senang sikit" etc etc etc.


At first aku cam "ah bullshit ah senang". Tapi bila compare dengan beranak 1st, agak dipermudahkan la jugak. Imagine eh beranak first it took me more than 24 hours, almost 48 i believe to get a full 10cm opening, tapi beranak 2nd ni 6 jam je. And i was induced to feel the pain. Alhamdulillah the induce worked well sebab ada tu rasa sakit, tapi bukaan tak ada.


Tapi the pregnancy part........ Gotta admit it was worse than previous pregnancy. Weight gain banyak gila sampai kena check up banyak kali kat KK. Baby besar sampai kena pergi Hospital banyak kali. And tu pasal kena induce jugak sebab takut baby jadi lagi besar.


Anyway beranak kali ni aku tak dapat bersalin kat PPUM. Cause of covid. So beranak hospital kajang je. Beranak free je awak husband kita abang gomen hshshs. Alhamdulillah. Nurse and doctors semua baik. Nanti lah ada masa tulis proses nak beranak hospital kajang pulak. Wasnt that bad lah. Facility-wise, PPUM menang ah. Lagi selesa. Lagi satu time2 covid ni tak boleh duduk ward kelas 1 or 2. So duduk la ward ramai ramai. Tapi hospital kajang menang bab procedure. Walaupun orang kata old school sikit, tapi puas hati. Nurse akan confirm information banyak kali dari start daftar sampai la kau balik bawak baby.


Ward ramai2 okay jugak. Tak scary. Dapat orang katil sebelah okay, okay la. Time aku admit tu, ward penuh. Aku duduk ward sementara, bilik doctors dia tukar jadi ward sebab ramai sangat. Best sebab sejukkkk ada aircond. Ward ramai2 tu orang panggil ward 5. Ada je aircond tapi tak rasa sangat. Sebelum bersalin aku duduk ward sementara tu, lepas bersalin duduk ward 5. Tak scary lah don't worry.


Okay dah ngantuk lah penat nak sambung. Also dah takde mood, maybe sebab pakai phone je type. Haha.


Bye. Ramadhan Kareem. Agittewww

Tuesday, January 12, 2021

Placenta Previa what?

Hi.


So tadi aku baru balik dari checkup 7 months kat Klinik Kesihatan (KK). Sampai kat scan, doctor cakap aku punya uri tu rendah. Haritu time detailed scan doctor dah cakap dah, tapi dia suruh repeat scan on 28 weeks. So baby punya position tu kira menyonsang. Aku confident eh time baby gerak cam "ha ni mesti dah kepala terbalik ni" hshshshs. 


So doctor explain lah condition uri ke bawah ni nama dia Placenta Previa. Dia jadi bila kedudukan uri tu dekat dengan pangkal rahim and menyebabkan baby tak boleh berpusing.  Lepastu doktor explain ada 4 jenis kedudukan placenta ni, boleh refer kat screenshot bawah ni. 


source from here

Aku punya condition is Type 2. Maksudnya until 32 weeks ada chance lagi baby nak berpusing kepala ke bawah. If 32 weeks pun still songsang jugak, doctor akan refer hospital pakar. possibility untuk c-zer tinggi sebab laluan tu sempit and baby takleh pusing. gitu la ayat ringkasnya.


so aku tanya la doktor sebab apa ni terjadi. sebab pemakanan ibu ke or tak bersenam ke apa. Kang kalau orang tanya "mak dia tak buat bla bla bla tak?"  or "mak dia ada makan apa2 tak?" aku dah ada jawapan la nak bagitau. In my case sebab ada history of D&C time gugur masa kandungan first. Other causes boleh jadi sebab pernah ada history of czer jugak. Nak lagi detail boleh baca sini. Its very helpful and mudah difahami. 


so in 2 weeks time kena scan balik. hopefully baby dah boleh pusing kepala ke bawah lah. if not memang kena czer. Tu 1 hal, takut kena admit hospital awal wuwuwu. Doctor banyak kali cakap jangan angkat benda berat2, kena selalu rehat, kalau ada darah walau sikit pun kena cepat2 pergi hospital. Rupanya bila aku baca article tu memang dia kata placenta previa ni mudah nak tumpah darah. Tu yang doctor tak bagi angkat berat2 ke apa. 


Ah lepastu aku baca pasal article pasal czer. lepastu seram sejuk sorang sorang hshshsh. Aku pernah tengok live kakak aku nak turun katil lepas dari czer sakit dia camne. Tu ia lah swasta nurse tolong, baby kat nursery. Ni aku nak beranak gomen nokkkk. Tau facility hospital gomen lagi better dari swasta, tu tak dinafikan. Tapi ye lah kita pun faham nak dapat special punya layanan kirim salam harap mak long lah kan ramai patient. Nak pulak orang kata beranak time musim baby PKP. Ah sudah..... Oh lepastu doctor dah cakap biasa kalau case camni, memang swasta pun biasanya akan tolak hospital kerajaan jugak. so yeah.....plus aku pun memang takde duit nak gi swasta hshshshs. jadi sedar diri sendiri.


Tapi takpe la praying for the best je ni. Ni aku type pasal czer pun tiber rasa kecut perut sendiri. Oh btw uri ke bawah ni jangan nak urut2 ke apa ya. Baca niii.

source from here

Nasib buat research jugak ye, tadi aku call MIL aku cerita pasal ni dia tanya "habis tu nak kena urut ke?" Kalau tak aku pun mungkin menyetujuinya memandangkan badan memang tengah sakit sakit sekarang hshshs.


Okay la tu je nak citer. bye

Wednesday, December 23, 2020

Counting what??!

 Hi.


You know how important it is to teach your child about private parts right? So my method was i used the simplest yet appropriate word to teach my daughter. I:e - instead of saying vagina, i taught her to say faraj. Susah pulak nak sebut panjang panjang kan.


Now for breasts, its kinda hard and weird to either use breast or buah dada or payu dara. Like to me those words are kinda confusing. So i ended up using the word boobs.


Masalahnya sekarang, she lovesssss counting them. Yes. She would sometimes come to me and asked:

" is that boobs?"

'yes' i answered.

"one boobs, two boobs"

'no you can't say it out loud. Also no matter how many times you count its still going to be 2'

"but Awatif wants to count boobs....." sambil sambung while whispering this time "one boobs, two boobs"


Smh..............gonna start using the word chest from now on. Walaupun might take time sebab dia ni kalau dah tau satu perkataan tu, itu je la dia guna.


Pening kepala mak kau. Hshshs


Bye

Sunday, December 20, 2020

10

 Hi.


Tengah tengok blog sendiri tiba tiba baru perasan, eh dah 10 tahun dah blog ni rupanya. Rasa macam baru semalam create time zaman lepas SPM. content pun bodoh bodoh je. tapi bodoh bodoh pun time tu ada orang baca sebab kawan kawan semua baru buat blog jugak. you follow i follow gitu kekdahnya. hshshhs.


ni nampak sikit je. ada tahun yang takde padahal aku dah archive semua. aku dulu aktif gila blogging. that was before twitter and instagram. segala cerita masuk sini. segala gambar masuk sini tak fikir privacy bagai. 

Sekarang twitter instagram semua private. tapi ye tau there is no such thing as privacy when youre online. tengah berak sambil main phone si mark zuckerberg boleh tengok kot front camera. https://www.theverge.com/2020/7/25/21338151/instagram-bug-camera-privacy-ios14-apple in case youre wondering what im talking about. yeah it says on ios14, tapi kalau apps survey bodoh ex company aku pun boleh secretly capture front and back camera at a certain time, apa tah lagi apps yang dah advanced kan. 

anyway tu je nak cakap. da 10 tahun blog ni. tu je. siapa yang still active blogging hari hari tu aku......nak cakap tabik tak jugak. takde nak cakap apa lah. hshshs.

bye nak masak. mak mak kan sekarang kena la masak. takde la nak order burger king je. tiber. dah craving pulak burger king. damn

Monday, December 14, 2020

Sharing food

 Hi.

Pernah tak dulu dulu baca article pasal benda tu kalau anak anak suka makan, mak automatically jadi 'kenyang'? Okay i cant find the right keyword to Google it. Been randomly searching for "mak dah kenyang komik" for the past 5 minutes hshshshs. I've seen it in a comic form hence the keyword komik included. 


Tadi order Burger King set. French Chicken set which has been my favorite since uni days. Still remember going to Giant Nilai alone after class to have my French chicken burger. Masa pergi holiday kat PD pun before check in kitorang beli BK sementara nak tunggu dinner and order benda sama. Sedikit selingan di situ sebab these 2 incidents will always come to mind everytime makan French Chicken. 


Lepastu tanya my daughter apa dia nak makan. Jawapan dia sambil bisik "ice cream" *sambil sengih*. Minah ni memang tau nak je aku debik hahah. Last last orderkan dia cheese fries. 

sedapnyeee emmm. probably cause takdak sayur lagi satu that made it extra sedap :P [source]


Dalam setengah jam makanan pun sampai. Lepastu ajak dia makan sekali. Fries taknak. Nak burger. MY favorite burger that I've been craving for quite some time jugak. Tapi bila dia keep on asking for more, which would rareeely happen unless benda tu memang dia suka. So kite pun tiber terus tak jadi makan. Habiskan fries dulu sebab nak bagi dia kenyang dulu. Sambil sambil suap tu makan la sikit sikit burger. Bila dia dah kenyang, tunjuk tunjuk air pulakkk. Jenis pantang nampak air sejuk. Share lagi tuang separuh masuk cawan dia. 


Tapiiiiii. Bila dah habis tu kenyang dia lain macam. Rasa content gituuuu. Im writing this here because it kinda affected me in a way. Lepasni kalau makan French Chicken akan ingat moment share makan dengan anak. Sampai air pun share sama sama. Rasa dia dapat lebih kot, mak dia dapat ais je ek eleh. Hshshs


Okay tu je. Been awhile since i last updated this blog. Lepasni makan apa2 share dua orang je lah. Kecuali spicy chicken mcdeluxe ah. Tu terpaling favorite so tengok lah camne nak share ke tak hshshshs


Bye

Wednesday, June 17, 2020

jobless and looking for one right now

Hi All,

Cheyy macam tulis email kan. Semenjak hari hari send email carik kerja ni. As all of my followers know, (which is takde orang pun), i've been sacked from my current (current ke?) job. in fact it wasnt just me, everyone in the company pun kena. idk it was kinda expected, but we didnt expect it to be in the middle of project. in the midst of handling tasks here and there. tup tup dapat invitation for meeting, and TA-DA! in short, the company lost to covid-19.

kalau lepas PRU tu kena buang kerja, boleh la faham.  Najib kalah PRU, time tu lagi la kerja takde apa takde. Memang faham ah kalau company tutup ke apa. Sekali tak tutup, okay ada project baru bagai. Even before PKP pun ada meeting pasal business continuity strategy, like 4 working days policy only, meaning that hari jumaat tu takde gaji. in short tolak gaji.

tup tup ha kau kena buang. tapi tu la husband aku cakap dia macam dah boleh predict sebenarnya bila tengok situation wife dia. hmm apa boleh buat. benda dah jadi.

aku nangis macam apa ah time tu. dah la sorang2 kat rumah. hshshs. petang tu dah okay sikit la dapat let it all out to my husband. effect dia macam breakup punya effect. one time kau okay, and tiba tiba je boleh nangis gitu. lepastu kejap kang okay hahah.

just want to let it out here. at least in the future kalau aku baca balik, mana tau boleh senyum ke. lol. but in all seriousness, if anyone is reading this, kindly let me know if there is any vacancy anywhere. currently looking for an IT Support helpdesk or any related position. I also have minimum experience in assisting project management. Just drop your email and i'll give it a try.

i know no one's probably gonna read this post, but im trying my luck anyway. you never know kan

Monday, June 15, 2020

Fom work from home to....

yep, you guessed it, to being jobless. that's it. that's the content of the post.

to more exciting (ke?) things to look forward to.

bye

Saturday, May 16, 2020

WFH during RMO to WFH forever

Hi. I've lost count on what day of RMO we are in today. Okay tak sebenarnya harini takde siapa update dekat group office so aku malas nak kira walaupun its just a click away je kalau google. a gittewwww.

Last week kitorang ada division meeting. annnnd guess what? we wont be coming to office anymore unless there's a need to. As the title says, office kitorang memang dah start WFH full time. well almos full time la. people can still go to office on Tuesday and Thursday. Hari lain kerja dari rumah

well ada pros and cons lah to me. Pros dia very very flexible working hours. say if you're comfortable and more productive during the night, then buat la kerja time malam. Janji kerja siap kekdahnya. Boss aku siap cakap kalau nak pergi hospital ke, checkup ke, beli groceries ke pergi je. Cuti tak tolak. As long as you are there when needed. Tapi im pretty sure tak ada meeting terkejut ke apa. Rasa boss aku cakap kalau nak buat meeting pun ada SOP, macam 2 hours earlier ke apa tah. Gitu la

Lagi satu pros is kurangnya mengumpat hshshs. tu sebenarnya cons jugak untuk aku sebab tak dapat jumpa kawan kawan. sobs sobs.

Lagi cons, untuk aku lah is aku tak bebas sangat nak gerak sana sini. Sebab sini nak gi mana2 kena naik kereta, and kalau grab jauh. camtu la. tapi time time sekarang ni nak keluar pun buat apa. carik penyakit je.

Tapi okay la, boleh la tengok anak lebih sikit. Aku decided to hantar dia taska selang sehari. Sebab Taska pun tak galakkan untuk anak2 ramai kat taska. So selang sehari la minah tu pi sekolah. Ni bila tanya "nak pergi sekolah tak?", terus dah jawab "taknak". Padahal dulu pergi sekolah, kalau orang ambik awal kau buat muka kan sebab tak sempat main. haiyo si tembam ni

guess that's it for today. also maybe akan start blogging balik. dah alang duduk rumah. time tak busy la tapi.

bye

Wednesday, May 13, 2020

RMO - Day 57 - Things I Bought during RMO

Hi All. Sekarang pukul 6.07am, tarikh 13/05/2020. Saja online lepas subuh walaupun aku tak semayang subuh pun hshshs.

Keeping this here as one of the memoirs of RMO. Gittew.  Sekarang dah tukar jadi CMCO. Controlled Movement Control Order which im pretty sure there are still some people who are stupid enough not to understand it and thought that the MCO is over. Apo pergi beli groceries bawak anak letak dalam trolley tu. haih entah lah. dah agak panjang intro ni. moh kite start walaupun benda ni aku sorang je yang baca kekeke.

1. Febreze

Febreze ni aku beli sebab anak aku pampers bocor. So nak feeling iklan bini harith iskander merungut tilam berbau hapak dan hancing, beli la febreze.

photo credit [shopee]

2. Stuffs from Guardian

Pantyliner, Deodorant, Tissue Kotak, and Facial Cleanser Aiken. Yang ni lama nak mampus process order. Ada la dalam 9-10 WORKING days ya. Tapi aku redha je la sebab expect pkp sambung lagi sebab time tu kes banyak gila.

3. Ubat Berak anak

Duphalac Syrup. Anak aku memang ada masalah buang air besar. Makan dia takde masalah sangat. Cuma tu la, aku tak macam mak lain ada je idea nak masak itu ini bagi sayur and buah tu nampak sedap. Jadi dia pun jarang makan buah and sayur. Bila masak tu, potong kecik2 sebab letak dalam mihun la, mee goreng la.

Duphalac ni memang pediatrician yang suggest so dia safe okay untuk anak kecik kau. jangan pakai Lactule. Lactule tu untuk kite2 yang dewasa ni okay la.  

4. Mouse

Aku dah penat pakai wireles asyik kena beli battery je. Plus before cuti yang sepatutnya 2 minggu tu je, aku tinggal mouse wireless aku and bawak balik wired mouse separa rosak aku yang kemudiannya menjadi fully rosak. hshshs. susah kay nak buat kerja takde mouse. Mouse ni laki aku pilihkan. Dia kata kalau aku yang pilih mouse tah pape nanti. cheh.

[source]
5. Downy 2.4Lx 2

Ye, aku beli softener pun online. Sebab offline dia mahal, and susah kot nak carik yang 2.4L. Busuk2 pun yang tinggal kat Tesco tu yang size kecik.

6. Barang dari Alpro pharmacy

Second time nak beli barang dari pharmacy aku tak beli kat Guardian dah. Taubat lahum bak kata ustaz2 penceramah. Beli Pad, Masks, Sanitizers and Champs untuk budak tembam tu. Dah la first time makan, mintak banyak kali. Kau ingat tu gula2 ke apa???

champ perisa ni. Tablet dia kecik je sebab tu makan 1 tak puas 🤣[source]
7. Baju Tidur budak

Baju tidur murah je kat shopee. Takde carters2 eh musim gaji kena tolak ni hshshs.

8. Portable Sewing Kit

Every house needs a portable sewing kit. pshh. kisah dia sebab patung anak aku koyak. Tu je. Lepastu nak kukuhkan alasan, nanti senang nak jahit nametag anak dah ada tempat jahit. kekeke

silakah beli.berbaloi2.pastu takyah letak dalam butter cookies punya bekas[source]

9. Mauripan Instant Dry Yeast and Plastic Food Wrap

Ni time tu susah sangat nak carik yeast yang 11g tu  yang ada free delivery. Aku beli yang besar terus. Kelmarin buat donut nasib baik hidup lagi yeast tu. Nak buat roti tapi malas nak try selagi dapur tak betul2 kemas.

[source]
10. Sambal Garing Che Nor and Maggi Pazzta

Sambal Garing untuk makan time sahur, magi pazzta untuk anak. Sian dia mak dia ada kat rumah pun kena kerja. Takde masa nak tung tang tung tang kat dapur.

11. Chipsmore, Munchys and Captain Oats Oatmeal

12. Blouse

13. Ankou Airtight Food Container

Yang ni mak sukaaaa sangat! Lama tau dok dalam cart, dok survey survey sebab for me mahal la price range dia starting from RM25 satu camtu. Kononnya nak tukar bekas2 serbuk kari, garam gula kat dapur semua tu. Carik punya carik last2 beli jugek kekeke. Nak beli bekas biasa tu rasa cam membazir kalau beli 1-2 je. 1-2 bekas tu boleh dapat free dengan pembelian kuih raya which aku tak beli pun tahun ni hahah.

Beli kay siapa yang carik food container yang betul2 berkualiti

[source]
14. Panty Liner, along with Pringles and Andes Chocolates

Asalnya nak beli panty liner je hshshs. tapi nampak produk lain yang menarik tu selit sekali.

[source]
15. Khind FPC900 Mini Chopper

Ni pun lama dalam cart. Haritu nampak ada orang beli kat twitter. Lepastu dok usha2 tapi fikir nanti dulu lah. Tapi setiap kali aku kena pakai lesung batu, or chopper kecik which aku rasa maybe dalam 0.1L kot size dia, setiap kali tu aku rasa aku kena beli benda ni. Susah kot chopper kecik kalau nak masak dalam kuantiti yang banyak. Aku kena 2-3 trip nak bagi chop semua bahan tumis.

Kalau pakai lesung batu, memang makanan jadi lagi best, lagi rasa.Tapi lesung batu kitorang kecik. so kalau banyak benda nak tumbuk tu, dia punya terkeluar2 dari lesung tu. Mak rimas ya!

[source]
16. Flash Card Jawi

Yang ni aku beli untuk anak aku. Sebab dia macam phase nak belajar, and tiru semua benda. So elok lah ada benda ni. Kalau tak asyik mintak nak main Pou bodoh tu je kat phone aku. Btw aku baru tau pronunciation dia is Poo as in taik.Mungkin sebab tu dia bentuk segitiga cam taik tu?

17. Kuah kacang segera Mama

Sebab tak jadi raya. Beli instant je la labuuuu.

18. Toys

- Bouncing the Room. Yang ni kononnya nak main satu family la. Sekali anak aku buat susun2 dalam measuring cup. Susun ikut warna. and last2 kena sorok dengan bapak dia sebab ayam kecik2 tu asyik hilang je hshshs.

[source]

- Ice Cream cart toy. Yang ni anak aku sukaaaa tapi bisingnya lagu dia ya Allah. hahaha. tapi sebab dia suka biar la. kesian asyik buat ice cream guna lego je (yang dah sorok jugak hshshshs)
[source]

Ni baru dari shopee and lazada. Luar shopee and Lazada tak termasuk hshshs. Tapi tak banyak sangat la. Just tudung from tudungpeople, Gene Martino and makanan dari peniaga kat Taman ni. 

Dah la nak tidur bye. Ngantuknya dah pukul 7.13am dah weh. 

Sebab aku tak puasa and tak ada meeting harini, nak check in pukul 10. Bye!


Saturday, April 25, 2020

RMO - Day 39 - Whats Wrong With Secretary Kim

Hi.

Have you ever watch a drama, and wish it would never end, but at the same time you do want to know the ending? A K-drama to be exact. I just did.

Nak nangis sebab cerita tu dah habis tengok, tapi at the same time still nak cerita tu continue. tsk tsk tsk yes what a complicated human being us women are.(nak gak tiber salahkan women complicated).

Cerita yang aku tengok tu, Whats wrong with Secretary Kim. Aku sebenarnya dah fed up nak habiskan CLOY tu, so takat episode 4 suku je mampu tengok. Satu hari tu lepas subuh, aku baring2 nampak cerita ni kat netflix. Try tengok 1 episode, sekali sampai ke next next episode sampai la habis.

Previous post aku ada cakap kononnya CLOY tu very the typical kan cerita dia? Ni pun lebih kurang typical hshshsh. Part romantik tu je la tipikal. Tapi jalan cerita dia unique sebab dia takde 2nd hero and heroin. Lepastu tak ada mak hero yang merentan taknak heroin jadi menantu. Memang focus kat diorang je.

                                   

Watak sampingan dia pun kelakarrrrrrr sangattt. Boleh tak lepas gaduh dengan laki aku, aku pi sambung tengok cerita tu, lepastu tergelak kuat pulak tu. Bengang la laki aku cerita dia, nampak bini cam tak kisah, tak ada impak lepas pergaduhan mulut pun. hahaha.



Biasa k-drama dah boleh expect, episode 14 bersama, episode 15 berpisah + hujung episode bertemu, lepastu episode 16 reconciliation. Aku confident ingat dia confirm berhenti and nak sambung belajar kat episode 15 tu, sekali episode tu dia propose. Wehhh serious kelakarrr.

Tadi dengar lagu dia kat youtube,tengok comments semua tak boleh move on lagi. Last aku rasa camni time tengok Goblin kot. cuma goblin heroin dia cam biasa je so takde rasa nak tengok lagi. yang ni aku rasa possibility akan masuk list cerita untuk tengok time makan.

cakap pasal list cerita untuk tengok time makan, here's mine:

1. modern family

tu je. hshshsh. kalau time study dulu parent trap duk ulang berapa ratus kali sampai hafal dialogue. Dulu takde netflix account so tengok je la apa yang ada kat external hard disk tu.

Okay dah tu je nak rant. Blog ni pun aku dah set to private. Rimas la kang sampai kat officemate, diorang tu bukan boleh percaya sangat. hshsh

bye