Thursday, October 24, 2013

Alahai emak kahwin kan aku lalala

Hai.

Eh cemane eh nak menaip gua dah lupa sejenak. Maklum la sejak cuti kerja sana sini. Turun naik tangga sidai kain teman opah pergi sana sini. K over. 

Okay tak tau nak intro apa. Eh kena eh? Ingatkan lagu je ada intro. Pada hari Jumaat yang lalu, bersamaan 18 Oktober 2013, satu kursus pembangunan keluarga telah diadakan di kolej saya, ya'ni Kolej X. Kursus pembangunan keluarga tu apa? Kursus kahwin leee. 

"Eh, awalnya ambil? Dah nak kahwin dah ke?" dan soalan soalan yang lebih kurang sama ditujukan oleh kebanyakan orang. Emmm....macam biasa la, kolej X dan perkataan wajib berpisah tiada, bagai aur dengan tebing bagai isi dengan kuku bagai melepaskan batuk ditangga bagai pungko.......eh salah, pungguk rindukan bulan. gitteww. Tapi paksa paksa pun okay jugak la sebab ambik dengan kawan kawan. Ada geng ambil sekali. tehehe.

Kursus ni diadakan selama 2 hari. Setengah hari jumaat, Satu hari Sabtu dan setengah hari Ahad. Pergh boleh tahan terer jugak aku kira, kahkah. Jangan memain ya, matematik time foundation gua A okay. Time degree jangan tanya la tapi. Statistic segala jadah pulak tu.

Sepanjang 13 slot telah diadakan sepanjang 2 hari kursus tersebut berjalan. Kalau kursus kahwin, biasa la, lawak semua nak yang lawak orang kahwin je, terus tukar warna bendera Perlis otak aku tau lepas habis kursus kahwin. Kalau tak faham sila abaikan. Siapa google warna bendera perlis dia fail sejarah/geografi! kahkah.

Beg free. Tapi pen tak ada. Hmmm.

K nak kahwin nanti baru baca la buku gerbang perkahwinan tu. Selagi tak kahwin, baca doraemon dulu. Kbai.
Oh ya ketiga tiga belas slot tersebut adalah:

Pengurusan Masa dan Kewangan - Penceramah tak ingat siapa. Bab bab ekonomi ni lemah sikit laa. Walaupun penting, tapi memang lemau la. Tu je.

- Talak dan Kaunseling - Kelakar gilaaaaaa aku bagi 8 dekat borang soal selidik tu. Orang JAIS penceramah dia. 

- Barakah & Rahmat Sebuah Perkahwinan - Kuliah subuh......So......zZzZzZzZzZ.....Pagi tu bangun pukul 3.30 pulak ada qiyamullail. Walaupun.....tak semua yang qiyam, tapi masih ada yang tweet salam qiyamullail. if you know what i mean. kakaka

- Pengurusan Kesihatan Diri & Keluarga - Yang ni pun best gila. Maybe best or tak depends on penceramah kot. Tau tak, Nabi Muhammad minum air mula dari pukul 6 pagi sampai 7 malam je. Malam baginda minum segelas susu kambing. Haaaaa. Aku pun baru tau. Best best pun sempat la tidur kejap. tehehe.

- Ibadah dan Taharah Suami Isteri - ZzZzZzZzZzZz......sebab time ni dah petang, memang lemau la cerita diaaaaa. 

- Prosedur Perkahwinan & Undang-undang - Ni best gilaaaa. Ustat dari JAIS yang masuk air. Tak tau nama dia, kat borang soal selidik tulis Ustaz Stress je sebab dia selalu sebut stress.

- Akidah Asas Kesejahteraan dalam Rumahtangga 

- Pertunangan, Perkahwinan, Tanggungjawab Suami Isteri

- Tekanan Konflik dan Penyelesaiannya

- Akhlak, Komunikasi Terpuji suami isteri

- Hubungan keluarga Kandung & Mertua sebelum selepas kahwin

- Isu-isu kehartaan dalam perkahwinan

- Psikologi Alam Rumah tangga

Okay dah malas nak describe type tajuk je la. Overall kursus kahwin ni banyak cerita pasal pengalaman orang yang dah kahwin, untuk dijadikan pedoman hidup. Gittew. Dapat penceramah yang kelakar, memang seronok la. Sampai terjatuh jatuh handphone aku sebab ketawa sebab kelakar sangat. Dapat penceramah yang serious........faham faham je la. eheheh.

Ni time slot kesihatan tu. Tu ambik nombor phone tu, call. Nanti dia tau boleh diagnose kau sakit apa. Tapi kena bank in duit dulu la cerita dia. Orang tu la kata.

Weolls dua orang je yang sesat kat Audi A (bukan nama sebenar). Yang lain (housemates) semua di Audi B. sobs


Shapa if youre reading this, remind me to whatsapp you my account number, huahuahua.
kerana berjalan kaki di malam hari memenatkan.

So kesimpulannya, dalam tiga belas tiga belas slot tu, mesti ada slot untuk aku tidur. Maksudnya, dalam satu slot, aku akan buat slot tidur sendiri. Lulz. 

Malam habis kursus kahwin tu release tension (amboi tension benor ke kursus kahwin nya) lepak before memasing balik rumah. Ada pulak dah balik awal kemain lepas kursus kahwin tak sempat rehat dah kena kemas beg. Ngahahah.

Best housemates everrrrr. Kalau boleh nak sama rumah lagi sem depan :(
(tiada dalam gambar - Farhatun dan Maisarah)
I thanked Allah for all these fun, caring, loving and annoying people around me :P 

tsk annoying tu gurau je lah.

Okay dah tu je byebye. Saya sudahi post saya dengan serangkap pantun budi, kahkah;

Pohon beringin pohon meranti,
Kita kahwin jemput la nanti.

Ok baru boleh bye. :D

*sumber gambar daripada phone sendiri dan madihah dan dari siapa tah diorang ni share kat whatsapp*