Wednesday, October 9, 2013

Langkawi Trip (2)

Hello.

Saya ada lagi satu paper hari khamis ni, tapi bermaharajalela umpama sudah habis peperiksaan akhir sahaja lagaknya. *wink wink*. Okay saje tambah wink wink tu sebagai penyeri. Padahal taktau nak type ape tu.

Anyway, post langkawi ni, bukan la maksudnya second day third day ke ape. Hari yang sama jugak macam last post haritu. Tapi, well, you know perempuans, weolls dengan camera tak boleh terpisah. So gambar banyak sangat terpaksa bahagi post.  hewhew. 

Oh k sambung. Haritu lepas balik island hopping, tidur, solat jamak, (ehem farah dan farah if you know what i mean). Lepastu gerak pergi cable car menggunakan map. Nasib la ada orang reti tengok map. Tapi sekecik kecik langkawi tu, boleh pulak terpusing dua kali kat airport. Last last guna jugak laa navigation. Rupanya salah jalan sebab sign board nak pergi cable car kena block dengan pokok. Oi cukai free, tapi dahan pokok yang menghalang sign board taknak potong pe? Ok takde kaitan.

Cable car dia tak ingat la harga berapa. Macam bawah RM10 rasanya. Rasanya ah. Tunjuk IC dapat lagi murah tak silap. Okay bab macam ni pelupa habis.



Okay ni time beratur nak naik. Dug dag dug dag okay takut tertinggal.



Gabra siap baca alfatihah ke ayat kursi tah.

Dia macam ada dua stop. First stop, turun, ambil gambar dan sebagainya. Second stop pun sama. Tapi second stop tu lagi best sebab sejuk! heheh. Kalau tak panaih nya laaa. Memang balik KL muka burn macam baru lepas kawad kaki.


Ni yang belah lagi atas . Kot.


Breathtakingly beautiful. Gittewww.






Dah gelak gelakkan sorang pakcik ni, boleh suruh dia tangkapkan gambar pulak. Sambil tahan gelak la tapi. Sebab gaya dia snap gambar, emmmm, macam, emmm kelakar. 

Cuak ouhhh tergantung kat tengah tengah tu.

Abang baju kuning offer nak tangkapkan gambar.

Masa nak scan ticket untuk keluar dari tempat cable car tu, ticket aku tak boleh lepas. Scan banyak banyak kali pun merah jugak lampu dia. Rupa rupanya yang aku scan tu ticket flight!!!!!!!! Sampai kiamat tak lepas kalau camtu. Jadi pengajarannya, ticket simpan dalam handbag or buang je kalau dah habis guna. Jangan letak kat poket belakang seluar. K. 

Lepas dah turun balik bawah, kat bawah tu ada kedai kedai souvenir. Tapi tak beli lah malas. Sebab time tu tak beli chocolate lagi, so save duit. Lepastu dah balik dari situ baru sedar ada duit lebih terselit kat celah wallet. Cis. Bawah ni ada macam-macam. Ada naik kuda ala ala Cinderella tu, ada 6D punya tayangan ape tah, ada kedai jual air yang ada rabbit banyak gila, ada budak dengan ular dia, mostly kedai souvenirs la. Kedai yang jual Radzwan Radziwill (aku google okeh nak eja nama dia) punya collection pun ada. Tapi..... Kalau camtu......tax free pun......




Oh kat dalam tu ada satu kedai yang jual jual macam baju, kain yang ikat tepi tu (kau ingat ni air teh o ais bungkus nak ikat tepi ikat tepi), dengan baju baju. Kat satu part ni ada 'serkup' macam macam kaler. dia gantung. Member aku laa ingat tu serkup, padahal bikini! hahaha!

Ni la kedai jual air yang ada rabbit tu. Banyak gila okay. Ni baru kat tangga. Kalau kucing banyak camni dah peluk dahhh. Rabbit tak berani. Cam busuk je. hehe.
Yang budak bawah ni, kitorang tanya dia "Dik, ular ada lagi tak? Nak pegang." Budak tu relax sambil tunjuk kat rumput rumput tu, "Kejap kak, tadi dia ada main main kat sini." Kitorang macam......okay.......ular main main......

Balqis je pegang, aku dan farah dan farah hanya tangkap gambar. Dan menjerit. Dan attract orang ramai untuk tengok ular tu. Padahal time kitorang tak jerit kosong je situ takde orang datang pun. hahah!

Lepastu serious dah penat gila, pergi lepak Pantai Chenang. Rasanya la. Ah dasar pelupa memang macam ni. Yang pasti bukan pantai cahaya bulan laaa. Macam biasa lah tangkap gambar. Batu besar banyak pulak, memang banyak la gambar cerita nya. Eheheh.


Masa tengah jalan jalan tepi laut, kitorang nampak ketam kaler putih, lepastu Balqis buat lawak "ketam tu albino weh!". Tiba tiba muncul satu soalan sambil diiringi gelak tawanya "hahaha, Albino tu siapa?" *echo*

.......




krik....krik.....




HAHAHA

Kalau tengok dari jauh macam kena buli suruh pergi beli roti melon. Ceywah cam citer jepun pulak. Ok tak paham abaikan.

Fatin Adibah a.k.a Jenny.

Farah Ter. a.k.a Ter. Okay Ter tu ayah dia Termizi.

Balqis Hamdan. a.k.a kak aqis.

Farah Liyana a.k.a Liy. 


Penat pun sempat kau pose.

Liy muka redha gila. 


Takde orang nak tangkapkan gambar, so.....yeah.



Lepas habis jalan jalan, kitorang makan kejap dekat stall bawah pokok situ. Ada jual rojak, mee rebus dengan apa tah tak ingat. Sambil lepak sambil gossip tengok gambar senior yang kahwin masa hari tu. 

Malam tu lepas beli chocolate macam tak ingat dunia dekat kedai Haji Ismail apa tah, pergi jalan jalan dekat area chenang. Situ kira macam kawasan tourists carik souvenirs murah laa. Tapi best laa. Cuma penat. Seharian berjalan, malam jalan lagi. Ye lah dah nama bercuti, takkan bercuti duduk bilik manjang pulak. 

member kitorang ada nama Abby, so saja snap, sebagai souvenir. ngahaha

Lepastu nampak kedai yang macam agak agak okay sikit, masuk je laa. Dia selain seafood, dia ada makanan arab jugak. Tak sure la macam gabung kedai ke apa. Tapi okay laa tempat dia cantik. 



Penat botingkek tingkek.


Lepas makan, jalan jalan sikit, baru balik guest house. Sempat jugak laa beli 2-3 helai baju. Murah kot RM* je! Balik terus tidur. Tak jugak. Pillow talk kejap, lepastu baru tidur.

Besoknya flight pukul 2, so pagi tu pergi dataran helang. Gila kau pergi Langkawi tak pergi Dataran Lang (ke Helang tah)? Apa guna pergi Langkawi tak tangkap gambar dengan big bird tersebut? Tapi cuaca memang ya Allah panasnyaaa. Padahal baru pukul 9 - 10 camtu kot. Bertambah lagi burn. Melampau gak laa burn sampai sekarang tak hilang.  



saja inter frame time Liy tangkap gambar.

Panaih gila sumpah.

ada cina tu tengah dating ke ape tah depan kitorang, so terpaksa la dia jadi mangsa tangkapkan gambar. tehehe.


Sebab panas yang tak sanggup di tahan lagi, kami beredar ke tempat seterusnya. Pergi breakfast. And pusing pusing bandar Kuah, beli chocolates lagi. Nak kencing manis pe tak tau laa. Lepastu before pergi airport, pergi tengok Lookout Point. Ingatkan boleh tengok the whole Langkawi. Takde pun. Tengok area area situ and airport. Gua syak tempat ni tempat budak sekolah lepak ke ape tak tau laa. Pondok kena conteng conteng. Ceh salahkan budak sekolah je terus. Mementang dah lama habis sekolah ngahaha.

Tak ramai pun datang sini. Ye la naik, tengok pemandangan, turun. 

Tak jadi sebab Ter gerak gerak.



Tengok pun dah nampak panas kannn.




Kereta sewa sepanjang 3 hari dekat Langkawi. Rugi okay time pulangkan ada dua bar lagi minyak. Menyesal gak laa isi sampai RM30. *sobs*
Lepastu bergerak la ke airport. Check in, membunuh masa dan sebagainya. Tapi sempat jugak laa jalan jalan kat situ, last shopping. Sempat beli gelang yang besar gabak kat kedai kat situ. Baru rasa cam rugi sebab tak pergi muzium kraf tangan apa tah Liy cakap. Ye laa barang kat airport mesti mahal sikit dari biasa. 


WiFi.

Tebal. and berat. Mak cakap buat ape la beli berat berat buat berat tangan je. ngahaha.
yang penting price tag kena sorok. Lepastu bila orang kedai kata tak boleh tangkap gambar, buat buat macam "oh ye ke? sorry." Padahal tau dah, kahkah.
Bye bye langkawi.

Hello KL.
Masa kat KLIA kelakar gila okay. Takpe malas nak cerita sebab kalau tak tengok tak kelakar pun. Cumanya, kalau agak agak barang kau banyak sangat, sila ambil dua troli. Jangan share troli konon konon muat sebab nanti takut barang tu terjatuh lepastu taktau nak buat apa terpaksa tendang guna kaki sebab kalau berhenti, orang belakang akan langgar. Kan dah rosak chocolate. XD

Okay dah tu je. Okay jugak pergi sebelum final masa study week tu. Sebab sebelum study week tu laa banyak kerja kena submit itu dan ini. So dah settle semua, pergi bercuti. Final belakang kira. Tehehe.

Okay bye!

Gambar semua dari phone Farah dan Farah dan saya.

.




No comments: