Friday, October 4, 2013

Langkawi Trip (1)

Hai.

Rindu iolls taaaaaaaaak? OK hambar sangat. Tak reti lah nak buat introduction. Kepala hotak still full dengan paper Network Management tadi. huh.

So anyway, pada hari jumaat dua tiga minggu yang lalu, saya bersama beberapa orang lagi kawan saya telah mengambil keputusan untuk bercuti di Langkawi. Disebabkan kami semua lain lain universiti, saya seorang sahaja yang gila nak dekat final exam pergi bercuti. Kawan kawan saya yang lain semua baru nak start sem and baru nak praktikal tau.

Ah serabutnya. Plan asal nak pergi naik bas. YE NAIK BAS. Kau bayangkan 7-8 hours (kot), lepastu, naik ferry pulak, baru sampai Langkawi. Tapi Alhamdulillah ada ticket flight murah kitorang pergi naik flight. Eyeay. Business class okay, bukan kelas shapa. Okayyyy lagi hambar. economy class ja.

Waiting for abang pilot to pick us up. 


How we socialize. 
Baru kat airport, dah berpuluh gambar share kat whatsapp.  Biasa la perempuan dan camera, takkan terpisah.

First timer weh. Bagi chance duduk tepi tingkap. Eleh tapi bukan nampak awan nano pun. 

Balqis duduk sebelah abang jong kook. kakaka



First time jumpa guard cakap tak boleh ambil gambar. hmmm.  "Adik ingat pakcik buta kee?" kata guard tersebut apabila kami cuba berbohong.



Safely arrived at Langkawi Airport :) Balqis teruih call marka dia mintak kereta sewa.

Kitorang stay dekat Amara Guest House dekat Bandar Kuah. Okay laa not bad. Tempat dia bersih, bilik air bersih, katil bersih. Receptionist pun ramah. Siap boleh tunggu kitorang lagi untuk ambil kunci sebab kitorang lambat sampai. Sepatutnya dah tutup dah.




Lepas dah check in, susun katil rapat rapat, pergi toilet dan sebagainya, kitorang pergi makan kat gerai dekat dekat situ jugak. Best kalau duduk dekat Bandar Kuah sebab senang carik makan, nak shopping chocolate, pinggan mangkuk, rokok dan sebagainya. Kira area area situ memang are untuk shopping la. Oh kedai runcit pun dekat. In case lapar tengah malam. 7 eleven ada. Lepas dah balik, semua tidur. (kecuali balqis hamdan tak boleh tidur lalu menjadi saksi orang berdengkur mengigau dan sebagainya.)



ehhhh ahkak yuna larrrrr nak sign!!!!!

Pagi tu, tanya kat receptionist pakej mana yang dia buat untuk tourist (wah tourist macam konon dari oversea je bunyiknya) yang stay kat guest house tu. Dia ada banyak, island hopping (4 hours), snorkeling, mangrove (8 hours) and ape tah lagi tak ingat. Tapi kitorang pilih island hopping since itu yang kejap and nak snorkeling pun baju lebih tak bawak, so...yeah. 


okay muka bangun tidur sangat.


Island hopping dia bawak kita pergi 3 pulau. Tapi biasa kat dalam pamphlet situ semua tulis 2 pulau je. Beras Basah, Dayang Bunting and satu lagi pulau kitorang tak stop sebab malas nak fish feeding bagai. Nak tau pulau apa tengok Romantika Sheila Rusly. Rasanya la dia pergi situ. 







Oh kalau nak pergi island hopping sila jangan bawak beg plastik sebab monyet monyet kat situ akan curik. Dia ingat tu makanan. Even plastik untuk baju basah pun dia dah acah acah nak ambik. Hmm well trained. Siapa train hang buat kerja tak senonoh ni ha?

"Aku pulang.............Tanpa dendam........."

Tak bawak baju lebih, so tak boleh mandi mandi cam orang lain. sobs. 

cantikkkkkk. thanks liy. lepasni boleh la side income jadi photographer sambilan. 

air dia jernih and cantik. Nak carik camni kat PD memang tak laaa. Eh ke ada?

Lepas pergi Beras Basah, ada aktiviti eagle feeding. Okay mula mula dengar eagle feeding, ingatkan kita feed eagle tu guna tangan sendiri, macam pakai glove, hulur makanan kat helang tu semua. Tak ok tak. Macam ni je.......Orang bot tu campak makanan, pastu ramai helang datang. Tapi cool gak la. Tak pernah tengok gelang sekali banyak camtu. Kalau ada pun dalam national geographic. Kalau ada pun.....bukannyaa tengok national geographic sangat pun. kakaka.


Baaaaaanyak lagi sebenarnya. Tapi tangkap yang ni je la. 

Lepastu dia bawak kitorang pergi pulau apa tah tak tau. Kat pulau tu aktiviti dia fish feeding pulak. Tapi rasanya tak ramai yang nak turun kat situ sebab tempat dia macam tak menarik sangat. Plus time tu orang stop kat pulau tu, dalam bot kitorang takde sorang pun yang nak turun. So, orang bot tu kata terus pergi pulau yang ketiga. 

Tasik Dayang Bunting / Geoforest Park.


Kalau kat sini, tak disarankan kot untuk bawak orang tua. Sebab ada orang tua dalam bot kitorang. Kitorang yang muda ni pun ketaq ketaq lutut daki tangga. Dia before nak sampai tasik tu, kena naik tangga. And kena turun tangga. Lepastu panasnya kemainnnnnn. Dan lagi sekali sebab tak bawak baju lebih, kitorang celup celup kaki je. Tu pun kaki dah merah sebab pijak pelantar (eh nama dia?) tu before celup kaki.

Orang putih suka lettew boleh tan kan badan diorang.


Panoramic tak jadi. Terus creepy mukak akak mana tah ni. Ngahaha



Kawan aku kata, kalau perempuan yang tak boleh mengandung, minum air tasik ni, boleh mengandung. Ok sila jangan percaya.,khurapat okay.  kakaka. Kalau tak boleh mengandung please find a guy, get married and..........


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


pergi honeymoon kat langkawi, pergi tasik dayang bunting, try la tengok betul ke tak. Ha fikir kotor lettew! 




Selain daripada mandi manda kat sini, aktiviti lain yang ada canoe and cycle bendalah yang macam bot tu. Ala kalau takat tu pergi Taman Botani pun boleh. Time Form 2 dah pernah rasa, so malas la nak cycle benda macam bot apa nama tah tu kat sini. Lagipun kaki dah ketaq ketaq turun naik tangga nak cycle mendanyaaaa. 





Okay lepas habis tu, kitorang pun balik. Masa pergi kemain jerit jerit excited bila bot tu langgar ombak, macam nak jatuh. Dah balik dah penat dah, dah lali dah bot terumbang ambing macam nak jatuh semua tu. kakaka.

Okay nanti sambung le iolls dah penat. Byeeeee.

Lots of love, XOXO. 

Kahkah saje je. 

Bye.


No comments: